Jan 3, 2007

before 2007

cepatnya masa berlalu....

rasa macam baru semalam, mak kejutkan aku utk pergi beli sarapan dekat kedai mak uteh. Still boleh rasa betapa malasnya aku nak celik mata di sejuk subuh tuh. Beli nasi lemak yang harganya cuma 30sen sebungkus. Itu aku kira-kira 20 tahun yang lepas..

rasa macam baru semalam aku tunjuk dekat kak long surat-surat tawaran sekolah menengah yang aku dapat. Satu sekolah tuh, aku confirm aku tahu kat mana, dekat je dgn rumah aku, mmg aku target pun lepas UPSR nih.. itulah sekolah paling hebat yang aku nak masuk.. tapi kak long suruh aku ambil satu lagi sekolah yang jauh tuh. Bukan sebab yang satu lagi tuh sekolah berasrama penuh dan hebat , tapi dia kata “ Nih lagi best.. boleh la ada pengalaman balik kampung” kalau setakat sekolah yang dekat tuh.. asyik balik rumah aje.. tak best la. Aku angguk-angguk mengiyakan. Betul juga, selalunye bila raya aku jek tunggu orang balik kampung.. Aku mmg dah dekat kampung. Itu tahun 1992.

rasa macam baru semalam, aku kena pakai baju sekolah di malam hari, waktu prep pulak tuh. Sebab tak nak dengar warden warning suruh habiskan game volley antara Rumah Ali dan Rumah Abu Bakar (final game yang berlanjutan lebih dari pukul 7 ptg). Tapi aku bangga sbb. ramai penyokong @ penyorak pun sama protes denda tuh dgn sama-sama join kitorang yang kena denda. Itu masa aku form 4.

“ Sikit lagi.. sikit aja.. Cuma 2 kelok lagi.” kata seorang sahabat yang meneman aku dan beberapa lagi budak-budak yang hampir patah semangat nak melangkah. Aku dan yang lain-lain tiba-tiba rasa berkobar dan melangkah gah. Setelah aku rasa dah berkelok-kelok kami berjalan.. masih lagi tiada tanda yang kami akan sampai ke puncak, aku tanya lagi “Jauh lagi ke ?” “2 kelok ajaa.. “ jawab sahabat tadi.. sambil tersenyum. “Aik.. tadi pun kata 2 kelok.. ini dah banyak kelok dah nih.. “ sambil senyum dia jawab “ kelok ke kanan.. kelok ke kiri.. tiada yang lain.. “ Aku rasa macam nak pengsan lepas tuh.. Itu kenangan mendaki tahun 2000.

Rasa mcm baru semalam, pertama kali aku sentuh dan cium tangan seorang lelaki yang bergelar suami.

Rasa mcm baru semalam, tangan aku mendakap bayi yang kami berikan nama “Amirul Akmal”

Rasa mcm baru semalam, aku mencium pipi lembut anak perempuan pertama ku “Nurul Atiqah”

0 comments: