Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Jan 24, 2007

busykah daku ? huahahhaa..

being busy lately..

* TMBEA review is coming soon; biasalah.. baru nak terhegeh-hegeh cari bahan, evidence (ade ke?) etc
* Meeting on behalf.. ke sane ke mari.. (ermp.. oklaa.. busan dok dpn pc jek)
* MIA sekejap-sekejap dari office (ke HR laa.. ke takaful kaunter laa.. ke tiaratot laa.. )
* Finally dah habis bace Harry Potter and the Half Blood Prince (sebulan nak habiskan.. heheh); by the way Dumbledore dah mati dah.. huhu.. sian sian..

Previous entry telah mengundang banyak incoming desas desus nampaknya. Uikss.. kami bukanlah O.K.B, tapi kalau dizinkan di masa hadapan, AMIN ya Allah..insya Allah. Tapi buat masa ini, the drastic decision membeli rumah bertanah tu has to come with a very drastic measurement jugak. Korang pun tahu cost-cost yang bakal meningkat nanti.. so kitorang bizi me'strategikan kewangan' kami berdua. The Do's and Don't list dah makin panjang. MDH even came out with the idea of only having big breakfast, no lunch and makan roti for dinner ((heheh)). Maybe kena buat macam tuh kot pas nih.. ahahahhaha.. Takpelah… bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian erh..

Kalau ikutkan angan-angan.. macam-macam dihati nih nak buat di rumah baru.. nak kitchen cabinet laa..both dry & wet.. nak pasang grille macam kat rumah MIL kat ipoh laa.. (grille tak fancy mcm rode iron… ape tuh ntah namenya.. tapi kemas.. dan simple).. nak pasang kipas 4 blade remote laa.. nak pasang aircond laa.. nak ada build in wardrobe kat master bedroom laa.. nak sofa L shape plak laa.. and the list go on and onn.. (( err.. sampai mimpi pun asyik pasal home décor je, hehehehe )). Tapi buat masa ini.. prioritization kepada necessity item aje la dulu.. BUDGET gile-gile laaa.. hhahahahhaha

p/s: okla dude.. nak kena baca Audit Report (Ummi bagi ni haaa..) esok nak meeting.. yah yahhh..
+ something wrong dengan posting gambar kat photobucket.. (see my heading tade gamba {kat bawah} .. iskisk.. kena repost gamba kat blogger plak aa.. )

Jan 16, 2007

Big Step..

We have again.. make another BIG step in our life.

Once, we have decided to get married a even though at that moment our net salary (after EPF deduction) was only RM980.00. We have just finished our study, only 22, barely know each other, but we took the risk. We draft our budget for the weeding, put aside half of the salary for weeding expenses and for buying essential item such as washing machine and refrigerator. Plan a head how our money will be distributed , the car loan, the house loan.. etc. After 6 month of engagement and at 23 yrs old , we were happily married. At the age of 24, we have already become a parent to healthy boy, we named Amirul Akmal. And to our surprise at the age of 25 , we were blessed again with another child but this time with an adorable little girl named Nurul Atiqah. Last year, might be the most luxurious year of our life.. we change from Wira to Matrix. We watch movies.. eating out a lot. Buy a new handphone to cope up with the technology and trends. (( hehehhehe)).

And this year..

Yaikss..suddenly we are in progress to buy a new house. So many things that need to be done.
1) Survey the location – done
2) Choose the most desirable house VS affordability – done
3) Eligibility letter for Loan – done
4) S&P signing - tomorrow
5) Loan approval – 21 working day
6) Get the key – Approximately in Feb/Mar07
7) Publish the apartment ‘FOR RENT!”
8) Move out & Move in

Ahahhaha, sounds crazy. But we have already half through it. So dude, our budget for the next 2 year will be very tight. Need expert help for item below :
1. Where can we find cheap but good item such as FANS, LIGHT and etc ?
2. Kitchen cabinet – good price, good finishing, fast..
3. Etc etc.. so many thing.. uhh uhh..

p/s: Pruzz, nampaknya kami terpaksa la reject offer utk beli rumah korang. hehehehhehe. * UHh.. big step, big money, big budget, big expenses, hopefully big in return. Insha Allah!*

Jan 15, 2007

Happy Birthday , Sayang!

hik hik..
aku bukanlah pujangga..
bukan juga penyair..
cuma komuniti bloggers; yang saban hari.. menjengah .. menulis.. mencari idea..

tapi di hari yang istimewa ini.. cuma satu sahaja ungkapan yg. ingin ku coretkan...
aku cuma ingin ucapkan pada suami tercinta..


HAPPY BIRTHDAY , SAYANG!

hehehhe...

Jan 9, 2007

refinance VS buy new ?

idea asalnya ialah refinance the loan. Currently kami membayar lebih kurang RM10k per year (monthly installment + maintenance + what ever cost ((sunk cost and bla..blaa…)). With company house loan scheme.. if berjaya refinance.. only RM7k per year. Save us RM3k. bayangkan.. x 30 tahun punya saving… RM90k.. huhu.. almost RM100k.. yaikss…
tapi.. bile di fikir2.. why not beli rumah baru aje ? Sekarang kami duduk di apartment.

Pro
+ terasa selamat, ramai orang, dekat-dekat aje rumah ((especially bile MDH kena kerja malam)).
+ Dekat – dekat dgn tmpt kerja, shopping, kemudahan awam, lrt, komuter, bus..
+ Kecik (pro)– senang kemas & manage, senang nak carik mana budak2 hilang atau barang hilang..

Con
+ Kecik (con) – bila sedara mara datang, tak cukup bilik diorang nak tido.. bersempitan aje..
+ Tinggi – incase anything happen (bad), susah nak menyelamatkan diri.. kena turun tangga .. dgn budak kecik lagi.. (nauzubillah)
+ Tiada ruang halaman – tade space bebudak tuh nak berlarian.. sedut udara segar kat luar rumah, takat boleh tgk dr. dlm grill pintu dpn je.. even bile MIL/FIL dtg.. kesian diorang duduk jek dalam rumah.. dari pagi ke petang ke malam.. ke esok plak.. aduhh..
+ Sesak – makin lah ramai manusia duduk situ.. waaaa.. waaaa.. pastu dengarnye bakal buka GIANT kat simpang empat tuh plak.. waaaaaaaaaaaaaaaaaa

Bila kira pro & con.. mmg menang utk beli rumah.. tapi timbul persoalan lain plak

+ Kat mana ? korang ada dengar tempat yg ok ke ?? suggestion ??
+ Mampu ke ? loan boleh amik max pun rm200k (maybe boleh la wat combine loan – kalau nak amik lebih) tapi .. nanti rumah baru akan cost around 1k. per month
+ Apartment skrang kena let go ke ?
+ Rumah yang nak beli tuh, dah siap ke ? baru dlm plan ke ? akan hampir siap ke..
Aduii.. pening plak.. tapi kena decide. Kalau tak beli, kena cecepat refinance aje apartment skrang. Rugi kalau di lambat-lambatkan.. Apa kata korang ????

p/s: baru balik dari jenguk rumah baru zarid & yati . Wah.. hebat-hebat… dahsyat diorang wat renovation. Pruzz & yati dah almost 90% siap dah.. ((hehehe.. cun aaa cabinet.. leh aa tiru design.. ek ek..)). Fami & zarid.. in progress.. teruskan berusaha!..

Jan 5, 2007

Cabaran

+ Pre Morning Entry
kehampaan melebihi azam nampaknya. baru masuk hari ke 4 (semalam) di bulan Januari. Kami (a.k.a siku|at & zarid) dah hanginnn satu badan sama bos. Argh.. mengapalah ?
Please ..oh please dear boss.


+ Morning Entry
HAPPY BIRTHDAY
to Dear Safurah; Omrainee and Izahmunirah. Moga cabaran mendatang dpt ditangani dengan penuh kebijaksanaan, kematangan dan keharmonian. Heh heh..

+ Afternoon Entry
* I'm offering myself to any vacant post @ any other units! Please .. help.. I need to get out from here. ! I need a change. For the sake of my career path and my own thinking ability. Lebih lama, aku disini, lebih berkarat tahap pemikiran waras yg. ada. Nanti 'brain dead' la plak. Argh!

Oh, just finish reading blog at Jeefoi / Malaysia Kini ; *the letter* & *the comments*

ada orang company nih hantaq surat layang kat PM “our CE tak sepatutnya jd. CE”. Hehhee.. personally, komen sedara tuh, byk yang terlalu mengikut perasaan. Accusation banyak, tapi facts and figure kurang menyakinkan. More emotional la kot. But jefooi comes out with some idea of him own.

Menarik on ideas, but I think the company real problem is the manpower. It is not about less/more manpower needed, but the management of the manpower itself. The company has invested millions on awarding scholarship to many of Malaysian own geniuses. Sadly, HR campak saja budak-budak genius tuh kat mane-mana ntah. So under utilize. Ergh.. teringat satu kes : ada satu seminar , I’m not sure on ape ntah ((biasalaa.. project-project ‘bijak’ dari unit-unit ‘bijak’ )). Selepas satu seisi busan selama ½ jam, speaker majlis suddenly dengan bangganya introduce to us a young man, which he said just come back from abroad, and studying at either Cambridge or Harvard ntah. Hah hah.. such a waste tak ? Belajar hebat gila, balik jadi EMCEE majlis jek.. Kesian. (itu satu contoh jek.. banyak lagi wooo.. )

Itu baru how they manage fresh graduate. Belum lagi, internal promoting, grading, evaluation, all the KPIs.. argh.. sunnguhlah menyedihkan. Katalah daripada 100 GMs at the company, maybe 30% jek yang layak duduk kat post tuh. Yang lain, huhu.. the process akan push diorang ke leadership post… competencies to become a leader ?? Imagine aje what these leaders will decide .. So sad.

+ Evening Entry
copied and paste in from judd's blog.. the truth about Key Performance Indicator

i. Outgoing Personality - Always going out of the office
ii. Great Presentation Skills - Able to bullshit
iii. Good Communication Skills - Spends lots of time on phone
iv. Work Is First Priority - Too ugly to get a date
v. Active Socially - Drink a lot
vi. Independent Worker - Nobody knows what he/she does
vii. Quick Thinking - Offer plausible excuses
viii. Careful Thinker - Won't make a decision
ix. Uses Logic On Difficult Jobs - Get someone else to do it
x. Expresses Themselves Well - Speaks English
xi. Meticulous Attention To Detail - A nit picker
xii. Has Leadership Qualities - Is tall or has a louder voice
xiii. Exceptionally Good Judgement - Lucky
xiv. Keen Sense Of Humour - Knows a lot of dirty jokes
xv. Career Minded - Backstabber
xvi. Loyal - Can't get a job anywhere else

** hrmp.. .. sungguhla benar !

p/s: ok dude.. happy ujung minggu!

Jan 4, 2007

Harry Potter Book 6

Dah lama tinggalkan hobi nih.. MEMBACA. Dulu masa kecik-kecik , pantang orang bagi form ada column HOBI. Mesti aku isi 1) MEMBACA. kalau ada jek topik karangan.. Describe your hobby ? Sure aku pick MEMBACA. hrmp.. hrmp..

Semenjak aku bergelar warga kerja, kemudiannya bergelar isteri dan tak lama lepas tuh mendapat gelaran mama. Aku macam terputus dari dunia MEMBACA. Last week, aku jumpa balik buku yg. aku kidnap dr. anak sedara aku.. Harry Potter , Order of the Phoenix (a.k.a book5). Aku kidnap lama dah.. 4 tahun lepas agaknye.. sampai la 2Jan2007, baru aku dapat khatamkan buku tuh. Itupun aku jumpe dah almost berhabuk dah buku tuh.. isk isk..

So kembali ke topik asal.. Siapa ada buku Harry Potter yang latest weh ? Book 6 atau pun The Half-Blood Prince. Nak pinjam .. atau sesapa yang ada buku menarik(( tak Harry Potter pun takpe..)) .. boleh aku buat bahan bacaan.. nak pinjam..

Nak membaca.. nak MEMBACA !

Jan 3, 2007

2007

Welcome year 2007.
Semoga diberkati selalu..
Moga segala cabaran mendatang, dapat diharungi dengan tabah dan cekal
Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki
Moga kesihatan anak-anak, suami, keluarga, dan sahabat sentiasa sejahtera

before 2007

cepatnya masa berlalu....

rasa macam baru semalam, mak kejutkan aku utk pergi beli sarapan dekat kedai mak uteh. Still boleh rasa betapa malasnya aku nak celik mata di sejuk subuh tuh. Beli nasi lemak yang harganya cuma 30sen sebungkus. Itu aku kira-kira 20 tahun yang lepas..

rasa macam baru semalam aku tunjuk dekat kak long surat-surat tawaran sekolah menengah yang aku dapat. Satu sekolah tuh, aku confirm aku tahu kat mana, dekat je dgn rumah aku, mmg aku target pun lepas UPSR nih.. itulah sekolah paling hebat yang aku nak masuk.. tapi kak long suruh aku ambil satu lagi sekolah yang jauh tuh. Bukan sebab yang satu lagi tuh sekolah berasrama penuh dan hebat , tapi dia kata “ Nih lagi best.. boleh la ada pengalaman balik kampung” kalau setakat sekolah yang dekat tuh.. asyik balik rumah aje.. tak best la. Aku angguk-angguk mengiyakan. Betul juga, selalunye bila raya aku jek tunggu orang balik kampung.. Aku mmg dah dekat kampung. Itu tahun 1992.

rasa macam baru semalam, aku kena pakai baju sekolah di malam hari, waktu prep pulak tuh. Sebab tak nak dengar warden warning suruh habiskan game volley antara Rumah Ali dan Rumah Abu Bakar (final game yang berlanjutan lebih dari pukul 7 ptg). Tapi aku bangga sbb. ramai penyokong @ penyorak pun sama protes denda tuh dgn sama-sama join kitorang yang kena denda. Itu masa aku form 4.

“ Sikit lagi.. sikit aja.. Cuma 2 kelok lagi.” kata seorang sahabat yang meneman aku dan beberapa lagi budak-budak yang hampir patah semangat nak melangkah. Aku dan yang lain-lain tiba-tiba rasa berkobar dan melangkah gah. Setelah aku rasa dah berkelok-kelok kami berjalan.. masih lagi tiada tanda yang kami akan sampai ke puncak, aku tanya lagi “Jauh lagi ke ?” “2 kelok ajaa.. “ jawab sahabat tadi.. sambil tersenyum. “Aik.. tadi pun kata 2 kelok.. ini dah banyak kelok dah nih.. “ sambil senyum dia jawab “ kelok ke kanan.. kelok ke kiri.. tiada yang lain.. “ Aku rasa macam nak pengsan lepas tuh.. Itu kenangan mendaki tahun 2000.

Rasa mcm baru semalam, pertama kali aku sentuh dan cium tangan seorang lelaki yang bergelar suami.

Rasa mcm baru semalam, tangan aku mendakap bayi yang kami berikan nama “Amirul Akmal”

Rasa mcm baru semalam, aku mencium pipi lembut anak perempuan pertama ku “Nurul Atiqah”