Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Jun 9, 2015

RM10


Keluar dari Tesco , Si Anak dara menarik-narik lengan baju dan memandang mukaku sambil mengelip-ngelipkan mata minta diberi perhatian. "Ha.. ada apa ? "

"Mama.. kita singgah kedai DIY boleh ? " kata si anak dara sambil menatap wajahku penuh kasih sayang (caisss). Termakan pujuk si anak dara apatah lagi musim cuti sekolah kali ini kami tak kemana-mana. Layankan saja...

Ada 2 DIY store di bangunan Tesco , di sebelah kiri laluan menempatkan barang-barang pertukangan, paip dan alatan-alatan baiki rumah yg biasanya hanya di minati golongan ibubapa yang mencari alatan gantian barang-barang rumah dengan harga patut. Berlainan pula dengan di sebelah kanan laluan yang merupakan 'syurga' buat kanak-kanak sebaya anak dara dan anak teruna yang kini amat gemar membeli pen, pensil, buku nota dan lain-lain (entah apa-apa projeknya dengan buku skrap la, menyalin lirik lagu dari popstar negara seberang la.. tak ketinggalan si teruna abang pun mahu juga melukis gambar kartun dan game karektor) . Malah yang bawah umur 5 tahun pun bergumbira dengan mainan persis 'lego' tapi berharga RM5.. (^_^)v

Selepas melihat-lihat seketika , ku berikan 'limit' belanja kepada anak-anak. "Ok mama bagi RM10 je maksimum sorang boleh beli barang dalam DIY nih.. Jangan lama-lama sangat pilih, tu Papa tengah tunggu kat luar dgn barang-barang basah tuh.. Kang rosak pula daging, ikan , ayam kita tuh.. cepat "  

"Mama.. ada apa kat sini untuk budak kecik ?" tanya Farhan.. Pada masa pertanyaan di aju, Farhan ikut sekali berada di seksyen alat tulis. Sambil senyum, perlahan ku tarik Farhan menjauhi bahagian alatulis dah melangkah terus ke bahagian paling hujung di mana mainan yang seakan-akan serupa jenama-jenama hebat tersusun rapi.

Selesai memilih 'sesuatu yang hebat' untuk Farhan. Ku cuitkan si abang dan kakak dan suruh mempercepatkan memilih barang. Abang dah selesai.. "Abang cuma nak beli 'lead' untuk pensil khat dan pemadam .. Itu aje yang masih tiada. Mulanya abang macam nak beli pencil case juga, tapi tak menarik.. Abang pakai yang ada mama punya ada satu kat rumah tu boleh ?" Seperti biasa,si abang memang seorang yang sentiasa praktikal. Prinsip kalau barang dah ada, nak buat apa beli baru sangat teguh di jiwa. Kakak pula mengangguk tanda dia dah siap juga , turut ada 2 barang di tangan. Sebuah buku tulis berkulit tebal dan pencil case berwarna kuning.

Segera ku bergerak ke kaunter bayaran dan menyuruh anak-anak meletakkan barang-barang untuk di bayar. Tetiba si anak dara bersuara dengan wajah penuh berkerut-kerut.

"Tak cukup 20 sen la mama"
"Apa yang tak cukup 20 sen.. ? Ika punya barang jumlah lebih dari RM10 ke ? Terlebih 20 sen ?"
"Tak .. Ika punya barang ni.. baru RM9.80.. tak cukup 20 sen.. mama kata beli barang RM10"

(T_T).. oh anak daraku..





Jun 6, 2015

G5P3 - Week 23

How baby progress in Week 23 - in general read here | baca sini

Alhamdulillah, semalam HR circulated memo on Prenatal / Antenatal medical benefits update.. Yey it's back. Those effected (kena bayar sendiri dalam sebulan dua nih) boleh submit your claim to the CO. semula.... Syukur Alhamdulillah


Did my monthly check up at Klinik Menara (kat opis.. senang turun ke Lobi G, menapak selangkah dua.. dah sampai klinik). Latest check up on Thursday, a bit spike in BP. 130/80... normally in previous check up BP 110/70 - 110/80 (ntah den pun tatau cemana nak bace nye... hihhihii) .. Probably due to sore throat and flu. So the doctor prescribed me with ubat selsema.. and 'methol crystal' ( first time den nengok & tau mengenainya ).

Menthol Crystal
Macam mana nak guna ? Senang je.. amik 1-2 biji tu.. masukkan dalam air panas & hidu wapnya. Ada efek sejuk dan lega dalam rongga hidung tuan-tuan dan puan-puan nanti :)

Sambung citer check up.. sbb BP ada naik sket (mungkin not severe in comparison to a normal person).. tapi sbb mengandung.. anda akan di PERHATIKAN!. Ok doctor.. see you in 2 weeks time v(^_^)v


Week 23
Baby sekarang sudah lompat lompat dengan gembira.. aktif time siang hari (time maknya tgh keje & duduk kat opis). Ok baby.. teruskan progress bermain di siang hari okeyh.. Nanti dah keluar maintain the time zone juga (ini adalah arahan mama - sila dengar cakap)



Nota kaki :

Jom sambung projek2 photobook yang tergendala.. mood dan kerajinan telah datang kembali.. fighting!


May 28, 2015

Cerita Isra' Mikraj

Cerita isra' mikraj

Kekanak : mama .. Mama tadi ada sambutan isra' mikraj kat sekolah..

Me : ok

Kekanak : budak2 darjah 1 kena tanya soklan dgn cikgu. "Apa nama binatang yg Nabi SAW tunggang masa peristiwa Isra' mikraj?"

budak tu jawab "beruk"  .. (T_T)

jawapan sebenarnya "buraq"

(( terkekek2 kekanak dua ketul yg kekonon "dah senior" tu gelak .. Bukan main lagi korang ye..))

May 26, 2015

G5P3 - Week 21

I'm feeling pretty comfortable these days; many of the discomforts associated with early pregnancy are, for the most part, gone. Hoyeh! (Moga berkekalan lama hendaknya..) Tapi makanan berasaskan ayam masih lagi di luar capaian.. & tak termakan (haih.. pelik betul).

Our beloved CO suddenly realizes that they ("Co & appointed corporate medical benefit administration) made a big discovery which they 'accidentally' paid for the uncovered benefit for staff prenatal & antenatal checkup (selama ku bekerja.. selama itu kemudahan tersebut telah di TERsalah beri kepada semua pekerja) Gulp...

so bye bye benefits (T _T) ..hello bills.

Sangat sadis okeyh bila anda di refer ke hospital oleh GP for valid reason pun kena reject (just because your are currently pregnant.. dan di anggap saja-saja pergi hospital nak buat antenatal check up). Refer letter dibawah ku bawa ke hospital selepas 3 hari worsening of abdominal pain (memula doktor ingat cuma food poisoning di baginya ubat diarrhea..) Lepas pergi emergency DEMC buat further urine test.. rupanya Urinary tract infection 'UTI' & dapatlah dos antibiotik dan 2 hari MC.  Yang sakit hatinya bila GL kena reject , itu pun sendiri follow up selepas 1 hour menunggu GL tak kunjung tiba. Alasan di beri dalam refer letter tidakmentioned pregnancy complication cuma tulis pesakit mengandung. Lorrrr.. saya pergi sakit abdominal sampai tak boleh nak berjalan or berdiri .. lagi kata takde complication. (T_T)..

Dari pukul 12 submit GL request.. sampai la ke pukul 3pm bergaduh dalam talian.. isu cover tak cover.. I'll just hang up the phone and pay for myself. Hangin hangin.. dah le aku sakit.. isk.


Dah balik rumah..dah makan ubat.. dah tidur .. tetiba dapat apology call at 6.30 pm kata sebenarnya GL approved (pulakk!!!!). Tension den sehari tuh.. walaupun lepas tuh dapat pi kutip refund balik kat hospital... huhuhu..



Moving forward.. tgh survey kos-kos nak pergi rawatan sebelum & selepas bersalin (alhamdulillah.. kos waktu bersalin nanti masih cover). 



Apr 16, 2015

Selamat Pengantin Baru Ude!

Diorang nih dah macam adik lebih dari anak sedara..
Baju raya dulu2 pun madang je sepasang ngan budak2 nih.. 

Budak bimbam atas ribaan saya tuh namanya Mohd Faizal Omar a.k.a Dak Ude.
2 Sabtu lepas.. budak nih selamat mendirikan rumah tangga.. maka lengkaplah set 4 ketul dalam gambar diatas telah pun bekeluarga..  ((yang tetengah tuh.. siap dah ada 2 orang anak pun..)).. yg paling kanan tuh plak.. sdg berdebar menunggu kelahiran sulung..  So Ude.. welcome to the club.. !!

Nak dijadikan rencah cerita.. tertembung pula dengan event kanak-kanak sekolah.. Sabtu 4/4 (majlis nikah) Amirul ada event kat sekolah.. program jati diri.. Sabtu 11/4 (resepsi kat rumah kaklong) Ika ada pertandingan Qalam Jamaie.. Makanya.. saya jadi penumpang kakak & abang utk dua minggu berturut-turut (sbb malas nak drive sendiri tapi masih nak pergi majlis.. hehehe). Mekasih kaklang.. mekasih Abang.. nnt boleh saya tumpang lagi.. :P

Nowadays malas betul nak amik gambo.. aiyoh.. So kalau terasa terlebih rajin baru snap.. (itu pun dengan tepon)

Pakat baik-baik wokeyh.. Mr F & Mrs F

Peneman saya pergi kenduri En Paan.. sibuk nak pasang bunga manggar.. 

Ceria mak pengantin.. My beloved Kak Long.. 

Eh.. beratur plak diorang ikut siapa lahir dulu..
Di mulakan dari paling depan Kaklong, KakNgah & Abang (mmg manja kalau dgn kakak dia yg duorang nih.. kalau dgn kitorang.. Larikk!!!!)

Next in ranking.. Kak Shikin (wife Abang), Kak Uteh & Kak Lang (jeles weh.. nape ai tak leh kurus macam kaklang.. kekeke)

Panorama - Majlis Nikah

Panorama - Majlis Resepsi @ Felcra
Pengantin sekarang mmg sporting.. :)


1 dah selesai.. itu lagi 2 bakal pengantin May 2015 punye cerita plak..






Apr 7, 2015

G5P3 - Week 14

Week 14 ++ Dah masuk 2nd trimester huhuhu.. tapi this time around the all day sickness masih tak menjauh. Sobb Sobb.. Bertabahlah wahai hati & jiwa... 

Untungnya.. manage to lose weight secara sukarela.. Buang berkilo2 yg liat nak hilang tuh.. bagi ada ruang sikit agaknya for baby nak numpang berat.. Ulalalala... Macam-macam tips di share di internet to overcome or perhaps reduce some of the nausea effect.. tapi takde yang terkesan betul pada diri. 

Things yang boleh nak makan buat masa ini adalah : 

1) epal hijau
2) susu segar + koko crunch
3) air kosong/kopi/teh susu yg betul2 panas or betul2 sejuk (mane2 yg suhu in between.. tak boleh telan.. aduhai..)
4) Dan waktu makan ideal hanyalah between 7am -10.30 am sahaja.. lepas waktu nih.. abess sume jadi tak kena (T_T)

** kengkadang boleh la makan nasi lemak / something berlaukkan ikan or daging sekali sehari. So kalau kalau dah makan pagi.. mmg tula dia breakfast/lunch/dinner. 

Bende yang secara seriusnya tak boleh langsung nak telan : 

'Ayam' -- wohaaa.. pelik betul.. tapi ape je bermotifkan ayam.. tak boleh nak bawa suap pun



Image source

Apr 1, 2015

Farhan Says - Aje



Ariff : mama.. Nnt nama adik baby tu nak tukar lah (hari tu dia bg nama dah "muhammad")
Me : nak tukar nama apa ? 
Ariff : nama die "aje" 
Me : ha..aje
Ariff : haa aa "A" je .. Paan suke kalau nama die "A" je . Kalau boy "A"boy.. Kalau girl "A"girl .. 

Adoii la budak sorang ni..

Mar 18, 2015

Pending Order

Kesian 'customer' ai.. ((pergh... saya ada customer hokeyh))
abess semua order photobook masuk basket 'KIV'. Terima kasih kerana memahami.. huhuh

all i wanted to do is lying still on bed.. couldn't keep down (food or water). Everything made me feel sick, every single smell of the house, food and drink. oh.. bila la nak subdue the ill feeling nih..

(T_T)

Kalau ikut calculation last week, minggu nih I am 11++ weeks pregnant.. kata orang (hasil google).. by week 12.. semuanya akan reda.. Oh.. ku menghitung hari..

50% pandangan minggu ini adalah image di atas
sebelum... mata terkatup... zzz zzz
Cuti sekolah seminggu, aku pun cuti gak.. tapi melepek sahaja.. Kesian budak2. Ada gak hajat nak bawak jenjalan (at least pun ke SCM yg jarak sekangkang kera tuh kan) pun tak pegi pegi nye.. aduhai jiwa..  Nnt bila mama dah ok, mama bawak jalan wokeyh.. sroot srooot..


Mar 10, 2015

Hello World!

Muackss.. bila last post citer nih ? Deng!!!!

Terima kasih kepada facebook, instagram, whatsapp, messenger, telegram and what not.. cerita hidup menjadi pendek dan berlalu semudah kita menaip , share , some may comments.. kadang-kadang dapat LIKE.. kadang-kadang terbiar sahaja.. dan berita pun berlalu.. Bukan setakat orang tak ambil tahu.. kita sendiri pun tak ingat dah what happen semalam.. sigh

Sian blog ini.. bersawang-sawang wlpn pun takde lelabah di sini.. (T_T)

Bila rindu cerita anak-anak, kembali juga melawat blog sikulat nih.. rasa terhibur.. rasa gelihati.. rasa sedih.. semuanya ada.. tersemat elok, tersusun cantik (walaupun ayat tunggang terbalik 'confirm' dapat E kalau cikgu bahasa datang buat semakan).. ceritanya masih ada.. gambarnya masih seperti baru semalam berlaku..

Maka inilah cerita terkini yang ingin ku kongsi.. simpan dalam sejarah lipatan hidup yang pendek nih (sementara Allah masih bagi di pinjamkan nyawa)..  Hello world !!!

My 5th pregnancy.. :)  a.k.a Gravida 5 / Para 3


G5P3 @ 10+weeks

At the moment.. maknya rasa dunia bagaikan berputar putar.. teruk weh kali ni punya penangan "morning sickness" .. (series tatau kenapa orang panggil MORNING.. malam, petang, seharian je sicknessnye.. olalalala)

Di kala menaip nih... Maknye baru ada mood nak buka komputer kat rumah.. tgh cuti (ngabesskan cuti tahun lepas yang WAJIBUN di habiskan)..  Byk bende maknya pendingkan.. kesian photobook customer.. (pun kena pending keje.. ) secara serius TAKDE mood, takde kudrat, takde IDEA.. sume serba serbi tak kena.. isk isk...

Doakan perjalanan mengandung kali ini sihat babynye.. sihat maknya.. dipermudahkan urusan :)


Nov 11, 2014

Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Saya sudah .. Anda ??

Hahhaa.. sekarang memang semua di hujung jari (tapi kena la ada gak gajet di jari tu.. + ada internet connection).. belums sampai lagi takat semua free dan terapung di udara.. ala ala hologram tuh (maybe in the future lagi.. but not yet)

So apa lagi .. sila la ke laman web berikut : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

1) Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar (TANPA "-" atau "SPACE")
2) Pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah.
3) Kemudian, click perkataan Semak.


 

Overall result anak-anak.. Alhamdulillah.. Yang darjah 4 tuh.. kesian tgk list subjek.. banyaknyeeee... isk isk.. (T_T).. Yang si cikmek molek darjah 3 plak.. peningkatan berganda dari result pertengahan tahun.. hahaha.. ((result pertengahan tahun hari tuh.. mmg nak pengsan bila tgk.. wakakakka))