Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Feb 16, 2017

Tahniah Kakak Nurul Atiqah

Tahun lepas tiada laman web atau SMS boleh digunakan utk check result UPKK Abang. Mama balik office, awak yang bergossip beriye-riye.. "Mama , kawan ika kata Abang dapat 8A"

Reaksi Abang.. hmpp.. Takde expression... kekekkeek.
Gembira ke ? Teruja ke ?
Sampai kena suruh nak tgk slip result, baru korek-korek beg cari mana slip.
Iyela kan.. ntah betul ntah tidak gossip si adik manis tuh :)

Alhamdulillah.. Tahun nih reaksi yang berbeza... Tahniah Kakak!
Dia punya cerita tentang debaran menunggu result UPKK sejak 11 am - 530 pm (empunya diri di sekolah, terus sampai petang sbb ada aktiviti KOKO) .. Fuhh mama dengar pun dah macam keretapi laju ... Takde noktah ceritanya..

"Saya dengar Ilyana dah tahu result dia, mak dia mesej kat Cikgu Salwati, lepas tu ada si polan pun dah tahu.. lepas tuh.. lepas tu.. lepas tuh.. Lepas tu saya balik.. lepas tu saya klik link mama kasik tu, saya macam tak percaya.. lepas tu .. lepas tuh.. "

hohohoh.

Hari yang riang buat si Kakak.. Tapi jangan lupa ada lagi 2 exam besar utk awak :P


Moga momentum di teruskan utk UPSR & PSRA 2017 ! Chaiyok!


Jan 20, 2017

Ariff Farhan vs Rotavirus

Week in a Life | 2017
2-8 January

Kesinambungan cerita Sekolah, Sekolah & Hospital


January 5
Mak urgent leave.. monitor dua orang budak sakit

January 6
Bapak urgent leave .. take turn monitor dua budak sakit

January 7 

Hari Sabtu. 

Adehh.. mmg tak boleh jadi dah nih. Paan still continue to throwing up everything yang dia consumed. Ubat toksah cakap lah..air .. makanan ..ape saja.. huhuhu. Lepas Asar, paknya kata.. jom kita pergi hospital. Before ke hospital, kena dapatkan refer letter nak minta GL dulu.  So bergegas ke Klinik Araa berdekatan rumah. Doktor pun tak banyak soal, dia pun setuju, kena drip air nih. Ciri - ciri dehydrated mmg makin obvious. Alarming. 

Destinasi pertama, kami ke DEMC (sebab utamanya adalah , paling hampir dengan rumah. Apa apa nanti nak ulang alik hospital - rumah , MUDAH. 

Adeehh.. letih nak story pasal DEMC nih, with refer letter tuh, kami Q dia emergency lane. Tunggu punya tunggu.. Sampai lah giliran. Itu pun dah satu jam masa berlalu. Masuk-masuk bilik Doktor tuh, doktor tu tgk sikit.. Dia pun setuju anak nih perlu di hospitalised. "TAPI.. sekejap ye Mak, saya pergi cek ada bilik tak"

Credit to the attending doctor - sbb segera bingkas bangun pergi cek bilik - TAKDE KOSONG.
Terus suruh Mak decide Hospital lain . SEGERA.

Dah buang masa 1 jam kat situ. Mak dan pak terus aje vrooomm kereta ke Hospital Pantai KL. So far tak pernah mengecewakan dalam memberikan treatment segera. Walaupun nun jauh dari rumah .

Di HPKL, Alhamdulillah.. semuanya mudah dan segera di uruskan. Menunggu sekejap dlm 2-3 minit selepas pendaftaran di kaunter Emergency. Terus Paan di panggil masuk, boleh menunggu Doktor access di dalam wad temporary di Emergency treatment. Assessment pun mudah, Doctor yg datang ke katil, di belek.. di colek.. di tanya itu ini.Terus process utk di admit ke ward. Sementara menunggu bilik dan katil wad, Paan dah start di drip air. Alhamdulillah.. Lega perasaan Mak. 

Lega terus dapat baring di ER

Good boy, takde drama-drama masa nak pasang drip. 

Maka bermulalah kehidupan Mak , Pak dan Paan di hospital selama 5 hari nan indah.. kah kah kah. 

Day 1-2-3 macam ni lah dia..Makan tak berapa nak, minum kena paksa. Mengharapkan drip yg berbotol2 tu aje lah. Alhamdulillah, muntah dah takde, just cherry berry masih continue

Bilik Isolation - Lepas confirm Rotavirus, terus bilik kena marked gini. ISOLATE dari budak budak lain. Highly contagious.

Day 4 - dah ada selera.. tapi selera dia mahal okeyh..Sushi nyamm nyammm

Off dari kena drip, getting better. Dah boleh jalan-jalan dalam bilik.. Tgk permandangan (Jem kat bawah nun) & view office Mama  di seberang jalan sana nun..

Jalan-jalan ala ala tourist. Heho

Cehh..bila dah sihat .. Terus tukar gaya ronggeng atas katil orang sakit.

One for the album - Penghuni C528 utk 5 hari. 

Discharge YEY..Finally

Ajim windu sangat kat Abang.. dok terkepot kepot aje kat sebelah Abam yg dah 5 hari tak ketemuan. 


Diagnosis - Rotavirus

Sekian. 


Jan 19, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 2)

Week in a Life | 2017
2-8 January

January 4

4.15am
Makpak terus bongkah bangun....habis hujung katil dah lencun.. Tak tengok lagi part atas lantai..Adusss. Paan dah ulang balik masuk toilet.. Muntah ada..cherry berry jugak. Tatau berapa round dah dia muntah & tercirit.. Seluar dah berganti..pun kena lagi.

5.30am
Akhirnya Paan dia terlelap dalam berselimut gara-gara.. suar takde. :P Mak malas nak turun cari seluar kat bilik bawah. Ada Atok & Pah datang bermalam, semangat nak ikut sama menghantar Abang masuk asrama pagi nanti. Nanti kalau Mak pergi ketuk pintu nak ambil seluar Paan, harus Atuk & Pah join bersengkang mata pulak nnt.

645 am
Sebagaimana di rancang.. yang nak bertolak ke asrama harus memulakan perjalanan. Bismillah.. bertolak lah Mak, Pak, Atuk, Opah dan Abang ke Labu Negeri Sembilan. Bajet-bajet sampai awal, singgah RNR bersarapan dalam perjalanan nanti.

Jangka perjalanan 50 minit..  masih awal pagi. Kereta pun masih sikit di jalan raya. Berhenti rehat di R&R Seremban seperti di rancang. Kelibat mak bapak lain dengan anak seragam sekolah menengah merata-rata. Agaknya semua serupa idea..moh sarapan dulu sebelum register. Pendaftaran sbp seragam tarikhnya 4hb Januari..berteka-teka sendiri agak-agak ada tak antara anak-anak berseragam ni bakal meneman Abang di sekolah nanti.
Jom swafoto Abang 

Berdedai dedai orang singgah sarapan sebelum pergi register

8.30 am
Selamat memparkir kereta di perkarangan sekolah. Huh... mak rasa nostalgia sangat (sbb hantar anak masuk sekolah mak tinggalkan 20 tahun yg lalu). Walaupun tentativenya pendaftaran bermula 9 pagi seperti dalam surat. Tapi kaunter-kaunter di jaga pelajar-pelajar senior telah pun di buka dan boleh mula memproses. Proses pendaftaran di bahagi-bahagi dalam beberapa section. Kaunter semakan, kaunter Rumah Sukan, kaunter Bayaran Koperasi, Kaunter bayaran Asrama semua berasingan. Membenarkan ibubapa penjaga mudah bergerak tanpa perlu beratur panjang. (Boleh juga skip kaunter, pergi yang mana kosong). Bijak sistem ini. Berpeluh-peluh juga mengeluarkan wang pendaftaran.

10.00 am
Selesai urusan di dewan, kami boleh pilih hendak ke Koperasi (mengambil barang-barang yg telah di bayar tadi) atau boleh terus ke asrama. Kami pilih pergi cop katil dulu la.. hhehehhe.. Mak pak & Abang terus di serbu (boleh kata serbu gak le..  sbb dalam 4-5 orang nak tolong angkat barang pergi asrama). Okeh adik .. sila lah bawakkan barang nih (ecewaaahh.. mak perasan masih muda).
Beratur di Koop

Locker inspection - sampai awal boleh pilih-pilih

Bilik Rumah Umar 

Dorm mengikut rumah Sukan. Form 1, Form 2 dan 2 abang MPP akan duduk dalam satu bilik. Cadar semua seragam ikut warna rumah Sukan. Loker sorang satu, besi & sangat luas (ini comparison kepada zaman mak dulu yg cuma dapat loker kayu 1/3 size loker si anak nih).  Masa Mak , Pak dan Abang sampai bilik, abang MPP tengah menyapu sampah. Comel-comel dan sopan aje orang nya. First impression mak & bapak.. "nampak harmless" . Moga mmg begitula sifat azali nya walaupun nnt penjaga dah balik.

Aihh senang sekarang, pakai pasang siap aje.. tak aci nih

Loker yang besarnya weh.. 

11.30 am
Ada taklimat daripada pentadbir sekolah. Yada yada.. sesi soal jawab. Done.

Mengenang masa depan ke ape kah  ? 

Since masih boleh bawa anak keluar sehingga pukul 6pm. Kami keluar balik, terus decide nak pergi ke rumah PakSu di Bangi Avenue sambil singgah beli sandal utk Abang , kidnap senaskah tafsir dari rumah Paksu, makan tengahari, jahit badge di baju sekolah Abang (ada satu badge aje pun dapat beli.. jadi la.. asal ada). Sempat juga buat kunci pendua utk loker di asrama (satu bg abang simpan spare, satu letak dlm kereta makpak, satu tinggal rumah Paksu - dahsyat tak planningnya.. heheh)

Duplicate kunci in progress

5.50pm
Abang yang dah siap mandi di rumah Pak Su, turun kereta terus berlari naik asrama. Nak tukar baju melayu (Abang MPP dah pesan tadi, pukul 630pm dah kena siap nak makan malam & lepas tu ke Surau).

Hmpp... bye bye Abang (nampak ke dia berlari naik tangga tu ? )

Ganbatte!

Uiihh.. semangat. Takde toleh toleh belakang pun. So mmg takde la episode anak teriak , mak teriak. Mak terkebil-kebil ada la..  Bye bye Abang . Moga sukses selalu (Doa mak dalam hati)

by 7pm
Sampai di rumah.

Tengok Paan melembik. Tengok Ajim pun sama merengek-rengek. Sorang muntah & cherry berry.. Sorang deman & cherry berry. Lepas solat... terus bawa keduanya pergi klinik.

Orang sakit 1

Orang sakit 2




Jan 17, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 1)

Week in a Life | 2017
2-8 January

Minggu yang penuh.  Ke sana ke mari.. (fuhh peluh).

Januari 3 

Ariff Farhan (Paan) Day 1 at school. Semestinya budak yang ceria.. semestinya tiada drama air mata. Yey! Mama yang terkejar kejar nak catch up with his day. 7am - Aunty Kok (our beloved trusty acik van sekolah) arrived - punctual as usual. Off budak ceria naik van & waived good bye, all SMILE :)



7.15 am
Maknya start engine kereta & vroom vroom terus ke SAR KAFA Integrasi Setia Alam (konon nak sampai dulu before budak di turunkan van sekolah. Rupenya struggle sekejap nak cari tempat nak parking kereta. So while maknya cari parking, Paan dah turun van & Aunty Kok dah ensure budak2 kecik masuk pagar.



Maknya tengok dari jauh je, antara pesan maknya :-

"Dengar cakap ustazah, nnt waktu rehat boleh beli makanan dkt kantin, makan dengan kawan2, waktu balik tunggu Aunty Kok dekat tempat Aunty suruh tunggu tau. Jangan " merayau-rayau"

Dia jawab "haa.. tau dah.. Aunty Kok dah bagitau dah saya"

9.30 am
Maknya datang jenguk waktu rehat. Tercari-cari budak kecik tu, di celah2 anak-anak yang macam semut keluar kelas. Easy going as usual, boleh beli makan sendiri, duduk di meja terus boleh borak dgn member sebelah. Bila di tanya "kawan kelas paan ke ?" Dia jawab "ntah la.. tatau darjah berapa ntah.."



Kring masuk kelas ... Maknya rasa lega .. balik rumah. Selesai hal satu sekolah.

10 am
Maknya ajak Amirul Akmal (Abang) untuk cari beberapa item yang masih belum cukup utk asrama. Bapanya pun follow. Memula ke Daiso (biasala masuk Daiso mmg senang nak leka). Lepas tu singgah 99mart plak nak cari bekal kudapan sikit utk Abang esok hari.

12.15 pm
Off Paan ke Sekolah Kebangsaan pula.


12.30 pm
Maknya sekali lagi mengalami masalah mencari parking kat sekolah .. uhuh. Ingatkan dah awal, rupenye dah lambat. Berjalan laju2 masuk perkarangan sekolah, dari jauh dah nampak budak botak lari lari sengih (muka lega) nampak maknya sampai. Kata dia.. lepas Aunty Kok hantar depan pagar sekolah, dia jalan je ikut kawan2 tu masuk sekolah. ((bagus baguss..))



Cerita di perhimpunan pertama anak Darjah 1 , sama je saban tahun. Yang anak nya yang pertama (sulung) masuk sekolah, risaunya tak bersempadan (kata si emak anak #3 masuk sekolah; konon dah expertla tuh.kahkah)

Berbuih buih, berbelon belon air liur si cikgu memaklumkan "Minta kerjasama ibu bapa, tidak berada terlalu hampir dengan pelajar. Minta kerjasama memberikan ruang dan laluan kepada pelajar.. " Adehh.. mmg tak makan saman.

Mak mak veteran.. berdiri seiring agak jauh sedikir dari barisan pelajar , dua tiga orang (muka agak2 kenal.. pernah selisih di waktu di tadika, pernah anak #1 & #2 sekelas dulu.. ) Borak2 kosong bertanya khabar. Bertukar cerita si anak yang lain.. selang seli umpatan sedas dua kat mak pak yang tak makan saman & sama beratur di barisan pelajar. Kalau boleh nak duduk sekali agaknya di situ. Adeh..


Udahla petang dan panas, lama pulak ucapan Guru Besar..  antara ulasnya KSSR model baru..  betapa ramainya anak-anak tahun 1-2017 ini, 400 lebih semuanya yang melapor diri. yada yada.. ((dalam pikiran mak ada satu je..  Errr tak boleh ke anak-anak nih masuk kelas dulu.. ?")). Adehh..

Selamat pelajar-pelajar masuk kelas.. Maknya lambai lambai bagi semangat kat Paan "Chaiyok ..chaiyok" ((tu dalam hati maknye aje.. tak le plak maknya menjerit2 di tgh panas tuh)).



3.00pm
Mak datang lagi nak jenguk orang waktu rehat. Mak lambat, maka tercari cari dalam 400 org campur lagi budak darjah 2 & 3. Si budak comel kecik kiut tuh. Bila jumpa.. Ohoh selamat dah dia sedang membayar dekat makcik kantin. Bertukar tangan duit & air Tinge. Bila di tanya, nape beli air aje ? Jawab dia " Ramai ibubapa yang beli makanan, saya tak boleh nak beli. Sebab tu saya beli air nih, situ tak ramai orang" .. Adehh..


3.30pm
Keluar lagi bawa Abang ke BSN, konon nak applykan akaun. Sekali tu nombor giliran menunggu yg depannya ada 40 orang. Errk.. kensel.

6.30pm
Tengok rambut abang.. Alamak Abang.. tak potong rambut lagi. Zaaas keluar balik pergi potong rambut ala budak sekolah sopan di Tesco.


Adeh penat betul rasanya.

Januari 4

4 am
Paan masuk bilik, kata nak verak. OKla.. bukakkan lampu. Dia diam buat projek. Mak pun ngantuk2 tunggu. Dia keluar bilik air.. duduk tepi katil. Dia cakap "mama saya rasa macam nak muntah.. "

Blueeeekkkkkk..

Adeehh.. new episode.