Sep 5, 2008

dari mana datangnye ?

MDH dah pun call. Yupp aku mesti turun sekarang. Nanti lambat pulak. Bersiap-siap memastikan dompet & phone telah diambil, bergegas aku ke lif. Keluar dari lif , terus menapak keluar dari pintu utama kiri tanpa mengesyaki apa-apa.

Dikelibat ramai orang menunggu di depan pintu ( almaklumlah hujan) semua penunggu2 supir memenuhi ruangan lobi Annexe. Aku lihat 3-4 orang staff sedang cuba nak meredah hujan separa lebat. Berlari-lari anak ke arah tangga yang berada lingkungan 50 meter ke depan. Sambil memeluk tubuh (uhh..sejuk la plak).. mataku sempat terpandang kelibat tali yg bergerak-gerak spt ditarik-tarik berdekatan pakguard. Aku leretkan semula pandang ke depan.

Tak semena-mena.. tali tadi kelihatan laju ditarik hingga menarik mata kami yg berdekatan utk melihat sekali lagi kelibat laju tu. Pakguard dalam sengihannya mundur beberapa tapak ke arah kami di pintu kiri lobi. Kami pun sama serentak bergerak kebelakang. "Apesal ??"..

Seekor monyet atau lebih sesuai kukatakan seekor beruk yang ku kira tinggi setengah badanku dan masih ada tali dan rantai terikat di tengkuknya. Maju ke arah kami..Namun secara tiba-tiba beralih arah ke staff-staff yang sedang berusaha meredah hujan menghala turun ke tangga. Terkejut dengan tindakan beruk tadi, mereka yang sedang cuba meredah hujan berlarian lintang pukang naik semula & masuk ke ruang lobi.

Beruk tadi.. mengagah dari atas tembok tangga. Sekejap-sekejap mengagah orang lalu lalang & kereta yang hampir. Sekejap memandang dan menyeringai ke arah kami yang agak kaget campur merasa kagum akan kehadirannya. Tak habis di situ.. beruk tadi turun dari tembok dan maju ke arah kami. Ape lagi.. dalam rasa2 berani.. rasa kecut perut juga bila dia mendekat dan menjegil mata pada kami. Semua yang ada di hadapan pintu bertolak-tolak masuk ke dalam lobi. Ada gak yang terlebih takut sampai menjerit dan bertolak-tolak masuk. Nasib baik ada mechanism utk lock pintu lobi daripada automatik bukak bila ada object lalu. Dari pintu kiri.. kami masuk.. dan berkumpul ke pintu kanan.. (aku pun same.. takut gak beruk tuh... heheh). Sama join kelompok orang tertolak ke kanan. Tapi kan ke beruk tuh antara kejadian Allah yang ada akalnye. Dilihat pintu kiri tertutup.. dan ada 2-3 org keluar dari pintu satu lagi. Cepat2 dia ke pintu satu lagi. Kami bergerak ke kiri pula.. (wah.. macammana nak keluar nih).

Aku amik keputusan utk berdiri di balik tiang in between pintu. Takdela tertolak ke kiri kanan. Tak lama lepas tuh nampak MDH dan matrik sampai. Cepat2 aku keluar (err.. cepat2 gak tutup pintu takot plak beruk tuh ikut same masuk.. hahaha).

MDH kata.. ada sorang kakak tuh sampai jatuh-jatuh masa dia nak lalu naik ke lobi... lari takutkan beruk tuh... isk isk..

Kami pulang dulu .. tanpa mengetahui apa yang mereka & pakguard buat dengan beruk tuh. Dari mana datangnye ? Pun kami tatau.. isk isk...

p/s: Ini kes petang semalam.. anyone yang tau ape jadik kat beruk tuh ??


4 comments:

ummi said...

ada beruk? mana? mana? mana?
akak balik pukul 6 semalam.
beruk dah takde.
kalau tak sure akak termasuk salah sorang berlari dalam hujan.
relaku basah dari kena sergah dek beruk.
takut you..

Farra said...

ha? tatau ponnnn..sbb hujan kot dia cari tempat berteduh eheheh

sikulat said...

hehhe.. idak juge farra, sbb dia dok main ujan je.. kejap kejap jengah pintu kanan, kejap-kejap ke tgh laman.. dok mengacah orang nak melintas.. kite ada amik gamba pakai phone, tapi tak jumpe mana cabel phone nih.. tak dpt nak upload.

Fattytini said...

Kau tertinggal drama di mana bomba terpaksa datang untuk menangkap beruk tersebut. Yang kelakar tu, masa bunyi siren mula2 kedengaran, mamat tu siap kuar from lobby and check out the situation. Bila nampak je kereta bomba tu, mamat tu masuk dalam bangunan Annex 2 balik. HAHAHAHA. Bijak-bijak.

Bila bomba nak tangkap dia, siap melawan tu. Last-last, kena tangkap guna tali. Ala-ala koboi tangkap kuda liar la kaedahnya.

Kih kih kih.

Gosip liar yg ku dengar masa tunggu dekat Lobi Annex 1, beruk tu kepunyaan Pak Abu. Sebab tu bomba tak ajak mamat tu naik kereta bomba, instead pujuk dia balik rumah Pak Abu jalan kaki je. Maybe nak ajar mamat tu kot2 la dia sesat lagi, jalan pulang :-p