Sep 23, 2008

Andrea Hirata

Tak reti nak buat 'book review' macam orang lain.
Personal view --- BEST MMG BEST!.. among buku2 yang aku suka pengayaan bahasa (eventhough telah di translate ke Malay).. still sentuhan & pandangan Andrea Hirata dapat di sampaikan.. Lagi yang aku suka :
- simple story yang menyentuh perasaan
- kisah budaya & persepsi tade berat ke percintaan ke ape ke..
- cinta Ikal kepada Ah Ling.. (kisah kuku.. busuknya pasar, kapur utk Muhammadiah)
- about friendship
- boleh buat tergelak sendiri (especially masa cerita tarian penuh mistikal ciptaan Mahar)
... best best.. & tetap yang paling best 'Laskar Pelangi' .

Petikan ulasan dari Bunnybaby...

Saya amat tersentuh dengan watak Lintang, seorang pelajar lelaki genius yang amat miskin. Lintang perlu berbasikal sejauh 20 kilometer berulang-alik ke sekolah setiap hari. Pernah pula suatu hari dalam perjalanannya ke sekolah, dia dihadang oleh seekor buaya yang besar. Begitu susah sekalipun, sehingga terpaksa mempertaruhkan nyawa, dia tidak pernah ponteng. Semangatnya untuk belajar amat tinggi. Sayang sekali kecerdasannya terbazir apabila dia terpaksa berhenti sekolah setelah kematian ayah.

Kehebatan Lintang yang amat mengagumkan ini digarap dengan amat tersusun oleh Andrea Hirata. Dalam satu pertandingan kecerdasan antara sekolah-sekolah di Belitong, Sekolah Rendah Muhammadiyah turut terpilih. Di sinilah terpancar jelas akan kecerdasan Lintang. Walaupun menggunakan istilah-istilah saintifik yang bisa sahaja membingungkan kepala, penulis telah berjaya merakamkan pengalamannya ini dengan rapi dan berkesan. Perhatikan petikan perdebatan ini:

“Newton mengatakan, kecuali bapak ingin menyangkal manuskrip ilmiah yang tidak dibantah selama 500 tahun hasil karya ilmuwan yang disebut Michael Hart sebagai manusia paling hebat setelah Nabi Muhammad, bahawa tebal tipisnya partikel transparen menentukan warna yang ia pantulkan. Itulah persamaan ketebalan lapisan udara antara optik sebagai dasar dalil warna cincin. Semua itu hanya boleh diamati melalui optik, bagaimana encik boleh mengatakan perkara-perkara ini tidak saling berhubungan?”


* masih mencari 'Sang Pemimpi' ..


1 comments:

Ummu Auni said...

trilogi ni memang best! sang pemimpi pun best juga, cuma aku rasa still tak boleh beat laskar pelangi.