Mar 18, 2008

Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot

Ilmu utk dikongsi bersama :

A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'
dalam Bahasa Ibrani..
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
ramai yg x tahu kan...
.
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah
Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari
para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh" { yg dengar tuh penghantar email asal.. bukan saya}

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.. { dulu orang buat shortform je.. tapi skrang mmg orang LAFAZkan .. AKUM .. hermp.. itu yang jadi rosak tuh}

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. { google gak perkataan nih tapi tak jumpe definition , yg ada pun cuma yang posting blog / forum sama bincangkan pasal AKUM vs Assalamualaikum .. ada satu Mazzalot - planet ke bintang ape ntah}

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. { sekurang-kurangnya mmg Salam.. membawa maksud selamat sejahtera.. }

p/s: kalau tersalah info.. harap ada yang betulkan.. tapi gejala shortform nih mmg dah menular sampaikan bukan setakat ejaan dipendekkan.. tapi sampaikan lafaz pun terikut ikut. Hermp.. baru chat ngan anak sedara.. wargh.. susah btul nak faham ape kebende la dia cakap..

sample :

"..hr sab2 n dh nk g jb... "
"..cmne.. "
"..5rat je.."
"..nk msk klz.."

isk isk.. poning den..

3 comments:

abu dzar al-husaini said...

mcm kenal jer sample sms tue!

ummi said...

akak mmg suka guna word salam tapi sbb sama dgn nama gm kan... takut teranto email kat dia nanti.. kang dia ingat akak panggil nama dia pulok!

ieka said...

Assalamualaikum
Eppi besday.. hehehhe

wasalam..:P