Dec 18, 2004

"Mati Itu Ingatan Untuk yg. Lupa Pada yg. Pasti.."

Today, still dlm kekejutan berita meninggalnya seorang sahabat petang semalam..

NOR ASHIQIN BT MOHD ALI, 25 tahun, bertugas sebagai Penolong Pengurus,
CASP, Tkt 3, TM IT Complex TM Net Sdn Bhd, Cyberjaya telah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan Jalan Raya di lebuhraya Puchong-Kajang (berhampiran IOI) pada petang semalam @ 16 Disember 2004 bersamaan 4
Zulkaedah 1425H. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan selepas Isyak semalam juga. Beliau meninggalkan seorang suami tercinta yang juga anggota TM, Ahmad Faizal Mohd Zani, Pen. Pengurus di unit IT Infrastructure Planning, ITD dan seorang anak lelaki Amiir Husaini bt Ahmad Faizal yang baru berusia 7 bulan.


Innalillahhi wa inna Ilaihi raji'uun, pergi meninggalkan keinsafan buat kita yang kadang-kadang terlupa usia muda tak menjanjikan hayat yang panjang di dunia. Terkenangkan anak yang masih kecil, dahaga kasih & sayang ibu.. terkenang diri sendiri.. terkenang keluarga sendiri.. wallahua'lam. Timbul rasa takut yang amat, kalau setakat ini saje hayat yang dipinjamkan. AlFatihah buat arwah, moga suami, anak dan keluarga arwah.. tabah menghadapi ..

Ntahla.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yg. memikul..

Qoute juga coretan ijah yang melawat semalam..

Sedikit coretan sewaktu melawat arwah...
Semalam, around kol 6; kite,hubby,
huda & ajon gerak sekali ke rumah famili jenazah di Bangi (Teras Jenang).Dengan berpandukan panduan jln melalui telefon (mekasih Kak mamah), alhamdulillah kitorang manage sampai tanpa sesat. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami. Sampai saja, mmg dah ramai org; kengkawan, junior, senior ramai yg ada dtg melawat jenazah hinggakan kami dpt tgk jenazah dr luar tingkap; kebetulan jenazah dibaringkan berhampiran tingkap.Jenazah masih ditutup hingga ke kepala. Tika itu, urusan menyediakan kain kafan dijlnkan; ada yg mengukur, menggunting dsbnya. Masa itu juga terpandang Abg Faizal yg jelas kelihatan kesedihannya. Beliau duduk disebelah kepala jenazah sambil mengusap-usap kepala arwah. Tidak nampak airmata yg jatuh, begitu tabah hati abgFaizal. Mungkin ini ujian terbesar buat beliau. Moga Abg Faizal & famili beroleh kesabaran menghadapi musibah ini. Menjelang Maghrib, jenazah dibawa utk dimandikan. Time tue, kami pon bersalaman2 dgn yg ada utk pulang dan singgah di Masjid Bangi utk solat Maghrib.

Khabarnya, arwah bercuti pd hari semlm..namun nak dijadikan cerita&penyebabnya , arwah pergi ke pejabat utk selesaikan kerja. Dan waktu tgh hari, arwah pulang ke Bangi utk menghantar org pergi Haji. Hajat arwah tak kesampaian coz terlibat dlm kemalangan di area IOI Resort. Khabarnya kereta Pajero yg dipandu berseorangan terbabas. Mujurlah ada org yg kuarkan arwah dr kereta, tak berapa lama selepas itu, kereta tersebut explode. (Wallahua'lam bagaimana semua yg terjadi tp nihla cerita yg dikhabarkan).

Kak Aza pula cerita, yg beliau menerima sms terakhir drpd arwah dlm kol 12 lebey. Katanya, sms tersebut bukan utknya, mungkin arwah tersalah send coz maybe nama kak Aza mula dgn A. Kak Aza reply semula SMS dan inform arwah yg die maybe tersalah hantar tapi tiada jawapan semula. SMS nya pon x abes tulis yg lebey kurang berbunyi "K.ti, minta no. tel k.a". Menurut Kak Aza, die ada jumpa Kak Ti (masa melawat semlm)& tanya sama ada terima sms dr arwah tp balasnya tiada.

Dan kak aza & arwah juga baru emel beberapa x-mmu yg kat tmnet utk join usrah sambil mkn2 dgn adik2 MMU yg plannya Jumaat depan. Tapi hajatnya x kesampaian jua. Beginilah salah satu wasilah dakwah yg ditunjukkan arwah; secara lembut & berperingkat....Nak dihitung kebaikan arwah, mmg tak terhitung...hanya Allah jua yang membalasnya...WAllahua'lam.

Ermp.. masih rasa tak percaya tp itulah yg terjadi. Masa baca emel yg semah hantar tue, mmg rasa longlai seluruh badan, tak bole nak buat keje. Terus gih carik geng2 tmnet tanya camna nak pegi rumah famili arwah. TQ to Mizie always update cerita via SMS. Alhamdulillah, tepon sana-sini dptlah juga guide perjlnan dr Kak Mamah.

Moga arwah dicucuri rahmatNya dan marilah kita sume sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Dan kita yang masih hidup nih, janji kita dgn Allah pasti sampai ,cuma taktahu bila. Sama-samalah kite perbanykkan ibadah & mohon keampunan drpd Allah.


wallahua'lam.. antara coretan terakhir arwah dan pesanan-pesanan arwah semasa hayatnya; utk kita yang masih bernafas di bumi Allah ini.. Subhanallah.. http://nuun.blogspot.com


0 comments: