Mar 22, 2009

Rahsia di sebalik blog..?


Sebenarnya saya mengadap notebook ini , dengan tujuan menyambung operasi mendownload series DEXTER .. last weekend Season 1, weekend nih.. Season 2.. Tapi sambil blog hop ke sane kemari.. ternampak plak tag 'rahsia di sebalik blog' by kak Siti.

So.. marilah kite menjawab soalan-soalannya...!

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

sikulat.. why sikulat?? Errr.. sejarah 'Sikulat' nih mmg dah lame.. Sikulat nih sebahagian daripada 'Angkatan Siput Bersekutu' dipengerusikan Si Siput. Anggotanya.. terbahagi kpd 2 spesis utama .Yang lambat menyiapkan diri.. diberikan gelaran sang siput & rakan-rakan.. dan yang sentiasa tabah menanti diberikan gelaran kulat bersaudara.. (sikulat, cendawan, fungus...)

Kalau nak story pasal sejarah sikulat...panjang.. tapi.. semenjak itulah.. saya selesa menggunakan nick ini .... dunia cyber.. mmg mengenali saya sbg 'sikulat'..he heh..

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
sikulat.blogspot. -- sikulat.. of course sbb mmg itulah my alias name (sekali lagi berbalik kpd story kat atas..) .. maleh la nak guna name dalam ic.. hehhehe.. nanti too formal.. .blogspot dipilih sbb 'it's free'. Nak buat sikulat.com ?? ahaha.. maleh la maintain domain sendiri..

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
ooo.. method .. ?? aaaa.. terbang bebas di angkasa... suke suke hati ...

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
tak pernah plak.. saya suka ada blog. Ianya satu ruang utk saye eksperesi kan fikiran saya. Saya boleh bercerita (wlpn mungkin tiada pendengarnye), saya boleh berkarya (wlpn tak tahu ada ke nilainye?), saya mencatatkan jornal hidup saya.. somehow.. ianya adalah terapi kpd saya.. & yang paling best sekali.. saya punye ramai kenalan dan sahabat yg saya tak sangka boleh rapat..

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Kak Siti.. saya kenal dia lebih lama daripada saya kenali dunia blogging. Senior di sekolah yg saya kenali sejak tahun 1993.. Dia sejak dulu2 lagi mmg baik... hhhehehe..

6) Next 5 person to tag?
- cendawan a.k.a Jah
- siput a.k.a Safurah (oiiittt.. updet!!!!)
- uja
- yati
- anak-anak saudaraku.. ainil, abudzar, are-jha, uman, ammar... bonda mereka ? K.Ngah ?

3 comments:

DzULhAFiZi said...

Happy Birthday!

lambat sket ek...hehehe

ikut wktu Ottawa, belum lg March 23...hehe

sikulat said...

hehhee.. thank Fizi...
first blog wishes for me.. hehhe

Anonymous said...

Happy Birthday......
lihat e-card @yahoo mail