Aug 13, 2019

India Trip - Jaipur The Pink City

India Day 2 | Jaipur The Pink City

Pink City gelaran di beri dek kerana outstanding color scheme pada almost semua binaan sejarahnya. Di Jaipur old city, fort yg di bina sejak beratus tahun lamanya.. semunya kemerah-merahan. Boleh jadi juga, di sebabkan ramainya permaisuri permaisuri raja (beratus-ratus isteri bagi seorang Raja, menurut sejarah.. lagi banyak jumlah isteri.. lagi kaya dan hebat raja pada masa tu). Maybe.. sebab tu pink pink kaler bangunannya. (ini kes tak berapa dengar apa guide cakap masa tgh tour, lagi sibuk menangkap gambar.. kejar anak daripada mendengar sejarah) .

Our day begins at 8am (kot). Menyusuri tengah-tengah bandar lama Jaipur (Old City) lalu di Hawa Mahal (mahal = istana) yg mempunyai  953 tingkap kecil (satu isteri satu tingkap). Kami tak masuk pun Hawa Mahal.. sekadar turun ambil gambar di tepi jalan je.. hihihi. Kemudian cepat-cepat naik bas dan terus kan perjalanan ke Amber Fort. (ke Amir Fort.. ntah sampai skrang confuse which is which).


Hawa Mahal dan 953 tetingkapnya

Cepat cepat ambil gambar dan lari naik bas 

Anda ada 2 option nak naik ke Amber Fort , naik gajah or naik jeep. Kami pilih naik jeep memandangkan jumlah pax & lebih kos efisen. Dan bersedialah untuk bertabah.. dan jaga pinggangmu. Dia punye perjalanan menyusuri lembah-lembah rumah, bangunan, jalan sempit nak naik atas tuh.. mak aiiii.. tergeliat pinggang. hihihihih. Satu lorong je.. turun dan naik jeep. Gagah betul diorang nih..


before naik jeep ~Amber Fort nun di atas bukit sana. 

Jeep menyusuri laluan sempit naik ke Amber Fort ~ selagi boleh muat 😂~
View from top of Amber Fort - mudah mengawal dari serangan musuh (nampak semua tempat.)
Sheesh Mahal 'Hall of mirror' at Amber Fort. 

Inside Amber Fort tu.. ada multiple lagi mahal (istana) yg ada.. each of mahal ada sejarahnya.. interestingnya adalah architecturenya mirip islamic architecture.. Kalau ikut guide tu explain.. since raja-raja ni dulu banyak isteri.. so each isteri memerlukan ruang privacy masing-masing. Tu yg dalam tu ada banyak istana yg sama, tapi lain-lain untuk bagi keadilan to each isteri.  Macam tu la lebih kurang pemahamannya. 

Summer palace di kejauhan

Masjid utk solat


Turun dari Amber Fort kami singgah bergambar dari kejauhan 'Summer Palace' (istana ni dalam air, katanya di waktu summer, raja & isteri2 turun ke istana nih sebab sejuk di kelilingi air),  seterusnya makan tghari di kedai halal (update : MM Khan Hotel Restaurant)  & solat. Mudah nak cari tempat makan  di Jaipur  (hasil carian ketua-ketua kabilah sebelum berangkat datang ke sini ) dan instruct je driver coach utk pergi ke sana ke mari. 😃



Pedas rempah.. budak2 takleh nak makan pedasnya.. hohoho

Usai menjamu selera dan solat, kami meneruskan penjelajahan  di Jaipur. Kali ni kembali ke tengah bandar Jaipur.  Uncle guide ajak melawat 'Jantar Mantar' . So ikut ajelah. Ada monumen2 yang dibuat dahulu kala & berkaitan dengan ilmu2 astronomi. Masa, bulan dan bintang, musim... anak-anak yang besar2 boleh la appreciate. Tgk2.. yang kekecik dah lotih jalan seharian.. nak duduk je kalau boleh. 
Jantar Mantar in Jaipur - Unesco World Heritage Site
nak duduk duduk je.. penat la uncle guide ajak dengar dia bercerita pasal sejarah 😛

Keluar dari Jantar Mantar, jalan kaki ke  'The City Palace' . Kata uncle guide for the day, krabat  diraja masih lagi ada sehingga ke hari ini. Kerabat di raja tinggal di bahagian tertutup dari orang awam, sebahagian saja kompleks istana di buka utk orang awam (muzium di raja). Please be reminded not to take any picture di dalam museum. (chief the mission kami kena denda sbb si anak 'ter'snap gambar dalam kawasan museum'). Gambar termahal kata chief. 😆. 

The City Palace
Ibu-ibu di City Palace

Penat dah jalan seharian, kami pulang ke hotel utk istirehat. Dinner, kami keluar secara berjemaah dengan coach jugak. Minta uncle driver hantarkan ke 'Restoran Hotel Muhammadi Palace'. Makanan mmg superbs.. tapi pedas.. tapi murah.. ahahhaha. Ground floor restoran nih, punya la sesak dgn Uber Eats punya driver.. kalau tersalah langkah (macam En Dzul), termasuk dlm diorang tgh berlari lari order dan bawak keluar masuk makanan order.. alamatnya terpaksa mengikut arus..  Orang semua keluar restoran ke kanan.. tetiba En Dzul hilang.. rupenye terpaksa redah Uber Eats driver.. sebelum berjaya belok ke kanan.
menggiurkan.. balik siap order tapau.


Uber eats driver yg rakus.. berlari tu semua tu..  

Selesai makan.. kita pulang dan tidoorrrrr..  Selesai hari kedua di India. 







0 comments: