Aug 13, 2019

India Trip - Dari KL hendak ke Jaipur

Namaste

India trip ni adalah trip last minute decide nak follow. Since dah last minit.. boleh agakla kan, flight tickets semua dah mahal.. har har hal hal.. Nak tambah lagi jadi lebih mahal bile boleh pulak tersalah purchase tarikh plak tix Delhi-Srinagar.. (mmg haru). Mujur Air India bagi full refund dengan syarat purchase ticket tarikh yang betul dengan Air India juga. Ada proof of dah beli ticket baru, baru dpt refund. Fuhhh

Yang bestnya trip to India ni, ala ala private trip (private transportation, private driver, tapi without orang tgh.. semua direct deal with orang local di sana). Thanks to ketua-ketua  kabilah (Farrah - walaupun akhirnya terpaksa divert jalan jalan ke Busan, Korea), Yati (yg secara automatic terlantik chief of mission), Azrin (selaku ahli tetap) yang menerima participant last minute ini. Tanpa korang, maybe takkan berjaya ku jejak kaki ke bumi India. Much love !!!!

Selain dari kos flight yg 'ter'paksa mahal, kos-kos lain seperti penginapan & private coaster, pakej ground di Kashmir yg superb. Semuanya adalah terbaik. Jika anda tanya saya, perlukah guide di India.. i would say.. amikle wehhhh.. Kurang banyak pening kepala.. diorang tolong dealkan. Kalau korang tgk citer hindustan.. diorang cakap omputih kan.. sebenarnya tak sangat pun bila dekat sana. Tak ramai yg nak cakap omputih dengan korang, pusing pening kalau kena nego sendiri. hihihi. Lagi lagi korang berjalan beranak pinak cam kitorang.

6 pax punya bagasi 11hari bermusafir 

p/s: tetiba mood rajin nak update blog.. so marila kita.. (sementara memori masih boleh di recall). 

Day 1 - Arrived at Jaipur

International flight - KUL - Jaipur (15 Dec 2018 , 10pm KL arrived 10pm Jaipur) India (-) 2 hours.. so sebenarnya sampai Jaipur tu dah pukul 12 malam Msia. Ini pengalaman pertama Ajim naik kapalterbang. Dia excited tengok kapal terbang dekat dekat, tapi memula nak suruh langkah masuk dlm kapal.. dia tanak sebab "ajim nak tengok je.. ajim tanak masuk" (adeehhhh). Mujur bila dah masuk & duduk.. dia senyum je. Kalau dia buat aksi guling2 nak turun.. parah la jugak..


Sib baik ok bila dah duduk. 

Almost sampai.. lots of light.. hihihii

Sampai di Airport Jaipur... lengang.. sangat lengang. Tapi proses nak melepasi imigrationnya aduhaii lama sangat sbb nak kena scan sepuluh jari jemari (semua orang ok, termasuk anak-anak). Orang tak ramai.. tapi sbb tak detect la.. jari peluh-peluh laa.. jenuh. Tiada gambar di Airport.. kang kena tangkap plak.. tak pasal2 je.. hihihih. Settle semua orang melepasi imigration officer.. pungut2 bag.. terus ke arrival area. Keluar-keluar pintu je.. terus bersambut dek driver personalise kami..

Pintu airport terbukak.. makkk aiiiii.. sejuk tak hingat. Bajet bajet.. sejuk.. tapi takde la bajet sejuk ya amat. ahhahaha.. December adalah winter di India.. Jaipur di malam hari around 8-9 degree. Brrrrrrrr... mmg sejuk. Cepat2 melangkah keluar pintu airport, naik bas yg dah menanti.. Cukup korum.. zassss.. ke penginapan pertama kami. Hotel H R Palace.

Check in H R Palace , Jaipur
Satu pesanan while menginap di India.. sila beli air mineral untuk semua urusan minum , masak memasak sbb air paip diorang macam ada kapur or keladak or ntah tatau la apa. Bila check in hotel tu, order je air mineral sesiap hantar bilik ye. Nak minum, nak buat air.. even nak masak maggie ke.. sila guna air yg mineral yg di botolkan. Kalau korang try masak air paip , korang akan nampak ada keladak warna putih2 pada kettle nnt. Takleh nak telan nnt.. ahahhaha.

Group picture ahli jemaah trip India (Jaipur - Agra - Kashmir - Delhi) dpn Hotel H R Palace. (16/12/18)
15 December - 25 December 2018

Nota kaki : Harapnya kisah ini.. tidak kandas separuh jalan seperti yg lain-lain.. har har har..

1 comments:

Farra Da Smiley said...

yeah update! tahniah ekekek