Aug 14, 2019

India Trip - Jalan - Jalan Jaipur (Nagarath Fort, Panna Meena ka Kund Step Well, Hathi Gaon)

India Day 3 | The alternatives

Saya panggil alternatives sebab tempat2 lawatan hari nih adalah alternatives. Tak dapat naik gajah utk ke Amber Fort -- sila ke Hathi Gaon (perkampungan gajah), tak dapat nak pergi Step Well paling dalam kami singgah di Panna Meena ka Kund step well juga & dekat area Kota Amer tu jugak.  Kata abang guide hari ke-3 (this is way better daripada pergi mencari jauh2 dan bendenya adalah sama, malah lagi best.. especially yg ride gajah tuh).

Pagi-pagi kami keluar , Azrin's & family terpaksa tinggal di hotel. Perut Adam meragam (kejutan makanan di India agaknya). Destinasi pertama " Nagarath Fort". Jauh pendakian naik ke Nagarath Fort ni, lebih tinggi daripada Amber Fort, tapi area nya tiada orang. Just ada fort dan penjaga fort sahaja unlike Amber Fort yg penuh dgn tourist dan locals.

Yg menarik di Nagarath Fort, naik ke roof terrace. Jalan naiknye kecik (anakku yg slim pun muat2 jalan), emaknya .. ehemm eheeemmm... . Ok mak gayat.. 2-3 minit je duduk atas tuh.. Lepas tu cepat2 turun. Uhhhhh.. takut jatuh.







Habis pusing-pusing Nagarath nih.. kami turun dan pergi ke 'Panna Meena ka Kund Step Well' atas nasihat abang guide (hari ke-3 nih guide nye muda sikit.. so boleh la panggil abang guide). Abang guide ni siap merajuk dgn kitorang sbb kami tak nak dengar cakap dia & berkeras nak pegi tempat2 yg kami nak pergi je. So dia cuma half day je meneman kami.. hihihi.

Nak pegi step well tuh.. abang guide bawak lalu celah2 rumah orang, belakang rumah, terjun tembok bagai.. 😅.




Mak seperti biasa. GAYAT. Between ko dah kolam dibawah tu.. tiada apa apa.. kalau tergelincir.. dushhh confirm terus kebawah. Dalam wehh.. dalamm.. tak berani nak berdiri dekat2 tepi pun. Soh Ika je amikkan gambar.. mak cepat2 lari teman Paan duduk2 je. Paan masa ni dah start cranky.. kalau boleh dia nak orang dukung dia dah.. sbb penat, sejuk .. adehh.. So sebagai tanda protes.. dia duduk la kat bangku tuh.




Mujur next activity.. budak budak gumbira.. ride gajah pusing kampung. Hathi Gaon nih.. masuk jalan kampung, pergi ke tempat orang kampung pelihara gajah terus. Unlike ride naik Amber Fort tuh.. kat sini lebih natural dan gajah siap ada yg nakal.. orang soh jalan dia boleh la korner korner buat degil tanak jalan makan2 rumput plak dia.. 😆

Bos nego harga dengan Chief kitorang
tak sabar Ajim
hepi mode



busuk ok. ahahhahahaa.. 
pusing pusing padang
Next.. lepas dah pusing pusing naik gajah.. misi seterusnya adalah mencari Deer Park . Pusing pening cari deer park nih (1) sbb abang guide dah takde (2) pakcik driver drop kan kami berdasarkan google map location. (3) mana pintu masuk ???

Terpusing-pusing cari pintu masuk.. dah berjaya masuk.. la rupenye rusa-rusa tu semua dalam satu layer cage yg lain. Boleh tgk2 dari luar pagar je. hihihi. Pusing-pusing gak taman tu.. ada itik2 (yg nih la yg menghiburkan jiwa bila itik2 tu berterbangan secara berjemaah tiba2. Terjerit2 budak-budak nih.. jakun. ekekkeke




Hari pun dah senja.. kami pun bergerak balik ke hotel melalui old city... Azrin & Yati decide nak jalan-jalan cari souvenir di pekan, kami decide nak balik hotel terus. Sambil menulis ni, boleh terngiang2 bunyi hon di jalanraya di Jaipur.. (waktu kami tido je tak dengar hon, ko celik je boleh dgr dah diorang nih honk honk) 😅

Malam kami dinner with makanan bekalan dari Msia.. tak keluar.. malas. Bersedia mengemas.. sbb next day nak gerak ke Agra dah.

senja di jaipur

family yg malas nak jalan shopping

life in Jaipur




End of nota India Day 3 !






Related Posts:

  • Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 2)Week in a Life | 2017 2-8 January January 4 4.15am Makpak terus bongkah bangun....habis hujung katil dah lencun.. Tak tengok lagi part atas lantai..Adusss. Paan dah ulang balik masuk toilet.. Muntah ada..cherry berry jugak.… Read More
  • Salji Ok anak-anak.. mama dah berjaya bawak korang pergi main salji.  Yeyyy.. ((mama pun first time tgk salji)) … Read More
  • OMGOMG nak hujung tahun dah.. and krik krik.. blog tak terusik OK , Nah gambar nak balik rumah selepas operasi berenang2 bebas di bilik selama 2 hari 1 malam. #cissnampakdabelchinmak #budakbudakdahbesopanjang … Read More
  • Takde apa apa pun ** "Mama.. takde apa-apa pun..."**  update 2019 (gambar telah di remove atas permintaan tuan badan).. hihihi Aisehh.. semangat kakak nih nak express susu gak.. Susu ape ntah yg nak di perah... Lepas tekan bersu… Read More
  • Ariff Farhan vs Rotavirus Week in a Life | 2017 2-8 January Kesinambungan cerita Sekolah, Sekolah & Hospital January 5 Mak urgent leave.. monitor dua orang budak sakit January 6 Bapak urgent leave .. take turn monitor dua budak saki… Read More

0 comments: