Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Aug 16, 2019

India Trip - Taj Mahal

India Day 5 - Taj Mahal

Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha


Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi India lah lagi kan šŸ˜˜. 
So #kamisudah

#1 - Better ada seorang yg fasih berbahasa ibunda di sana (biasala pagi2 dah ada siap2 ada abang guide naik bas), urusan beli tix semua dia buatkan (wlpn ada kaunter khas tourist) .. tapi abang tu skipped je terus tepi tingkat, pot pet pot pet.. dia dapat dah ticket utk 16 orang tourist nih.. jenuh gak kalau nak kena beratur dan beli sendiri.. Unless korang berdua je ke.. adventures.. boleh je redah la. hiihihi. By the way.. korang akan di terjah dengan puluhan manusia offer diri jadi guide, jadi photographer, pakej itu ini .. so bersedialah. Nego baik-baik kalau nak guna.. kalau tak korang kena tipu je nnt. hohoho. Kitorang punya guide sbb dah dtg dgn bas.. so tips dia kitorang bagi sekali je sampai dia nak turun bas (secara berjemaah).

Kaunter beli ticket
(abang guide kitorang yg pakai baju sweater hitam /blueish shirt yg menempek tepi tingkat kaunter tu)


#2 - Sila pergi pagi-pagi sbb bukan tourist luar ramai, tourist local pun lagiiiii ramaiii. Mmg sesak. Bila sampai pagi-pagi, kaunter masih kurang manusia,  matahari belum terik , fresh air yg lebih better dari tghari (sedap je menghirup udara haze) ahahhaha.. Okeyh Agra mmg berjerebu.. terasa amat sakit tekak & jerebunya sesampai kat Agra.

pepandai la adjust amik gamba ye. šŸ˜†

Pelawat


#3 - Pilih Gate masuk yg ok. Ada beberapa gate (tapi seriusly tak ingat la masuk gate mana ntah - sangat tak membantu kan ? ) Main follow je abang guide tuh. Tapi dari tempat beli ticket, nak sampai ke Gate adalah 1km kot.. kitorang malas nak jalan.. Amik je khidmat naik buggy. Zerrrrrtttt sampai depan pintu masuk.

Source - https://www.aroundtheworldl.com/taj-mahal/
Ini gambar orang lain - ini lane nak melepasi security check
Luckily masa kitorang dtg.. line takde la se havoc diorang dalam gambar ni.
Line so much shorter ada dlm 5-10 orang je kot kat dpn.
#4 - Sila light travel, beg kecik & jangan ada memacam barang ko bawak. Ada satu pintu kawalan ketat, macam nak melepasi imigration kaedahnya. Yg akan check dan punggah barang2 dari bag korang. Tak boleh bawak air masuk selain daripada air yg di beli dkt kaunter ticket. Kena lalu mesin pengimbas bagai .. fuhh mmg dahsyat. Barisan lelaki & perempuan berpisah. So be ready utk gather balik bila dah lepas (sbb orang ramai) ada possibility lost contact.. hohoho. Ada list of do & don't di sana , boleh refer di website official . Antara barang yg di pesan tak boleh lagi, tripod, camera pun katanya tak boleh, kena guna official photographer (ada passes) kat sana. Kitorang hire la jugak (again secara berjemaah supaya dapat harga paling bagus). Kami amik pakej paling cikai je.. 20 keping gambar kot siap print dan CD. tak ingat la jugak harga.. (again tak membantu).

Source - https://www.aroundtheworldl.com/taj-mahal/

#5 - Photos - pepandaila adjust supaya tak nampak lautan manusia semua tu ye.. ahhahaha. Photographer profesional diorang tu.. ganas.. kalau spot ko berdiri tu tempat dia nak amik gambar customer dia.. Dia halaunya korang nnt. We found this spot.. just nice background (wlpn masih leh nampak manusia yg ramai di belakang).



#6 - Kami bayar sekali boleh masuk dalam masjid. So kami melepak atas masjid marble putih tu dekat sejam la jugak. Duduk-duduk, amik gambar (side atas marble tu tak seramai manusia dibawah, maybe sbb kena bayar extra).

#7 - Ada 4 menara mengelilingi main structure Taj Mahal. Tengah2 main structure ada makam Shah Jahan & Mumtaz. 4 menara tu dibina dengan sengaja condong ke luar (menjauhi main structure) supaya jika runtuh tidak akan runtuh ke main structure / tomb.  Actual kubur mmg ada di bahagian bawah Taj Mahal (sama seperti orang Islam lain) . Pelawat boleh tgk structure makam je di dalam main building atas tu yg je. Kalau dari jauh kita lihat besar gila Taj Mahal, sebenarnya kecik je dalam tuh.. boleh buat satu pusingan tgk je (orang ramai kan, pusing pun kena terus je bergerak. tak boleh berhenti2 or ambil gambar pun). Di antara 4 menara dan main structure tu je yg mmg luas sangat.. boleh la ambil2 gambar. Baring2 kat atas marble tu pun boleh. Orang tak ramai sangat. Taj Mahal di tutup setiap jumaat utk make way solat jumaat.

Kena berdiri di specific spot (ada tanda) utk dapat tgk all 4 menara sekaligus dari Gate. 

Tak kena spot tak nampak. hihihi





Marble putih dan khat








Garden antara gate & main building

drama drama bersama anak kecik









gigih ambil gambar 

Group picture (walaupun banyak drama dalam gambar tu) 



selipar khas



Us šŸ˜˜
Selepas drama - drama tanak berjalan dan lain-lain. Kami meninggalkan Taj Mahal menjelang tengahari. Mau 2-3 jam jugak duduk dalam tuh. Kami keluar ikut gate lain , yang mana perlu melalui deretan kedai-kedai dan penjual souvenir yg amatla ramai. Sampai takut nak beli souvenir dan sampai balik Msia tak beli souvernir.. šŸ˜…isk isk.

Before bertolak meninggalkan Agra dan terus ke Delhi. Kami bertemu dengan owner Sami World di kedai karpet milik Aidil (owner). Menyelesaikan baki pembayaran & tumpang solat sekali. Baik ownernya.. recommended sangat kalau nak pegi sana & engage with company nih. Terbaik.








Another 4 jam seterusnya.. perjalanan di teruskan utk penginapan seterusnya before flight pagi esok Delhi-Srinagar. Our next penginapan ni mmg dekat dgn airport, check in & terus booked dgn lobi utk pepagi esok nak airport transfer. Hotelnya.. bebtul di tepi main road. Turun bas kelam kabut (sbb asyik kena hon hon).. hahahaha. Nak babai2 uncle driver & pembantu bas tu pun carca marba. Tu last stop dia attend kitorang, next day kena arrange taxi / airport transfer sendiri2.

Delhi traffic. 


Last picture dlm bas sewa Sami World Travels

Penginapan malam ke 5 - Hotel WTI Airport .

Errrrr.. kalau korang berjaya cari hotel lain.. silakan. Hotel ni agak kotor, bilik nya kecik, boleh masuk bau kedai sebelah goreng masak2. hahahhahaa.. Mujur ala ala transit buat bagi boleh tido je... yg mudahnya. Keluar pintu hotel, terus ada kedai runcit. Nak beli biskut, air ke.. mudah ya amat.



Aug 15, 2019

India Trip - Fatehpur Sikri

India Day 4 | Fatehpur Sikri

Fatehpur Sikri is a small city in northern India, just west of Agra, founded by a 16th-century Mughal emperor. Red sandstone buildings cluster at its center. Buland Darwaza gate is the entrance to Jama Masjid mosque. Nearby is the marble Tomb of Salim Chishti. Diwan-E-Khas hall has a carved central pillar. Jodha Bais Palace is a mix of Hindu and Mughal styles, next to the 5-story Panch Mahal that overlooks the site. (sumber : wikipedia)

Source - https://travelade.com/india/tours/agra-taj-mahal-and-fatehpur-sikri-day-trip-from-delhi/


Buland Darwaza gate

Jama Masjid mosque

Tomb of Salim Chishti





Before masuk pusat bandar Agra, kami singgah di satu perkampungan. Tiba-tiba dekat kampung, ada pusat pelancongan. Nak masuk, bas yg kita naik persendirian tak boleh terus parking di tapak lawatan. Kena engage dgn bas yg dedicated utk boleh masuk dalam sahaja. Biasa di India... kita sampai2 je akan di approach dek orang offer diri jadi guide. Tanak punya tanak.. last last tu ambik jugak šŸ˜…. Tak ingat dah berapa bayaran, tapi bayar secara berjemaah supaya lebih murah. hihihi.

Mamat yg jadi guide dekat Fatehpur Sikri nih.. muke ala ala macam pelakon hindustan. Siap tak bagi orang ambil gambar dia..ceeehh.. jual mahal la plak.

Sekitar istana Raja Akbar

Entering the gate


Ketua ketua kabilah šŸ˜berlatar belakangkan makan sufi & Jama' masjid


brother guide yg tak kasik gambonye dia ambil

Fatehpur Sikri nih luas gak areanya.. ada living quarters raja & isteri raja.. Raja Akbar (menurut guide adalah datuk kepada Shah Jahan). Kalau tgk Fatehpur Sikri nih.. gate dia mmg similar dgn gate di Taj Mahal. Alkisahnya.. Akbar nih pindah ke sini, atas nasihat orang2 alim zaman tu, sbb dia takde zuriat pada mulanya. Begitulaa.. panjang citer si guide.. kitorang ok haaa ye kan. hehehhe..  Raja ni muslim... Dalam Fatehpur Sikri tu ada masjid (Jama' Masjid)  yang sampai la ni pun masih lagi digunakan utk solat.

Kami jalan santai-santai je kat dalam nih (sama macam Taj Mahal, bila nak masuk area dlm kena bukak kasut). Cumanya Fatehpur Sikri nih jauh lebih tenang dan aman (comparison to dalam Taj Mahal) Building nya warna kemerah-merahan & senibina dari zaman Mughal dynasty, still gagah dan utuh senibinanya. Besar ok.. sangat besar dia punya gate tuh.. melangit tengok ke atas.

Cuma satu jelaaa... tourist ni semua akan kena ikut je dgn peminta sedekah. Kita jalan tu macam ada bayang2. Guide tu pesan dah.. jgn bagi apa-apa sebab kalau kita start bagi.. alamatnya kite akan kena serbu. huhuhu.. So asyikla cakap No.. No.. sampaikan Ajim pun cakap sekali. 'No.. No '. Adeeehhh..  Bertabah je lah kena follow.. 'Sir.. Maam.. no mother.. no father.. " sir.. sirrr.. (antara ungkapan yg di ulang2 dek budak2 yg follow kitorang).

Habis lawatan Fatehpur Sikri, kami bertolak menuju ke Agra. Before check in , singgah dulu dinner.

Penginapan di Agra - Taj Shiro Homestay

*Haru biru sikit masa sampai dekat penginapan nih. Mula-mula nak masuk ke compound homestay, kena lalu jalan kecik. Tak boleh dgn bas. Maka bertarik2 la beg di dalam kegelapan malam, di lorong sepi. Sampai2 pulak kecoh tak jumpa mana kunci bilik sbb owner nye takde (mana ntah). Lepas tu macam tak cukup bilik. Lepas dah settle hal2 bilik. Takde air la pulak. Nak contact owner nak bgtau takde air pun tak dapat.. jenuh. hahahahha. Memang agak haru la jugak.

btw bilik dia sangat fancy.. lampu lip lap kaler2. šŸ˜…. Mujur nak buat tido semalam je.. Kalau backpacker mmg best la kot.. dekat dgn Taj Mahal sebenarnya.. tapi sebab ngan budak2 lagi.. part takde air tu la paling tak boleh tahan. hohohoh.

Selamat Malam Agra !

Aug 14, 2019

India Trip - Jhalana Leapord Safari Park

India Day 4 | Jaipur to Agra, singgah sebentar di Jhalana Leapord Safari Park

Hari ke-4 ni kami kena check out dan mulakan perjalanan ke Kota Agra. Pagi-pagi kami dah keluar sbb nak mengejarkan nak tgk leopard di Jhalana Leapord Safari Park. Katanya.. kalau dah siang2 leapord dah tidor. Biasa la.. kita merancang.. hihihi. Sesampai dekat taman tuh, takde pulak jeep nak masuk. Kena tunggu jeep datang baru boleh gerak. Hari pun makin terang.. hihihi.

Sejuk.. ya Rabb sejuk sangat dekat sini.. area hutan simpan, lepas tu berpagi-pagian dah sampai situ.. uhhhhrrgrghh.. sampai bukak beg la semua orang, cari baju lebih tebal, cari gloves bagai semua. Tak bajet nak kena keluarkan barang tu semua masa dkt Jaipur.. tapi tak boleh tahan. Mmg sejuk.

Kesimpulannya, tak jumpa pun si leapord.. cuma binatang2 lain je.. hihi. Brother yg bawak jeep tu bersungguh la le sampai bawah kitorang naik ke highest point yg ada dkt dalam hutan simpan tuh. Saje tgk2 permandangan (dengan harapan jumpa rimau). So dapat bergambar dgn jeep je la ye.













 Lepas tu.. kami naik bas & teruskan perjalanan ke Agra.. 4 jam perjalanan.. lalu macam ala ala highway la kot kat sana.




India Trip - Jalan - Jalan Jaipur (Nagarath Fort, Panna Meena ka Kund Step Well, Hathi Gaon)

India Day 3 | The alternatives

Saya panggil alternatives sebab tempat2 lawatan hari nih adalah alternatives. Tak dapat naik gajah utk ke Amber Fort -- sila ke Hathi Gaon (perkampungan gajah), tak dapat nak pergi Step Well paling dalam kami singgah di Panna Meena ka Kund step well juga & dekat area Kota Amer tu jugak.  Kata abang guide hari ke-3 (this is way better daripada pergi mencari jauh2 dan bendenya adalah sama, malah lagi best.. especially yg ride gajah tuh).

Pagi-pagi kami keluar , Azrin's & family terpaksa tinggal di hotel. Perut Adam meragam (kejutan makanan di India agaknya). Destinasi pertama " Nagarath Fort". Jauh pendakian naik ke Nagarath Fort ni, lebih tinggi daripada Amber Fort, tapi area nya tiada orang. Just ada fort dan penjaga fort sahaja unlike Amber Fort yg penuh dgn tourist dan locals.

Yg menarik di Nagarath Fort, naik ke roof terrace. Jalan naiknye kecik (anakku yg slim pun muat2 jalan), emaknya .. ehemm eheeemmm... . Ok mak gayat.. 2-3 minit je duduk atas tuh.. Lepas tu cepat2 turun. Uhhhhh.. takut jatuh.







Habis pusing-pusing Nagarath nih.. kami turun dan pergi ke 'Panna Meena ka Kund Step Well' atas nasihat abang guide (hari ke-3 nih guide nye muda sikit.. so boleh la panggil abang guide). Abang guide ni siap merajuk dgn kitorang sbb kami tak nak dengar cakap dia & berkeras nak pegi tempat2 yg kami nak pergi je. So dia cuma half day je meneman kami.. hihihi.

Nak pegi step well tuh.. abang guide bawak lalu celah2 rumah orang, belakang rumah, terjun tembok bagai.. šŸ˜….




Mak seperti biasa. GAYAT. Between ko dah kolam dibawah tu.. tiada apa apa.. kalau tergelincir.. dushhh confirm terus kebawah. Dalam wehh.. dalamm.. tak berani nak berdiri dekat2 tepi pun. Soh Ika je amikkan gambar.. mak cepat2 lari teman Paan duduk2 je. Paan masa ni dah start cranky.. kalau boleh dia nak orang dukung dia dah.. sbb penat, sejuk .. adehh.. So sebagai tanda protes.. dia duduk la kat bangku tuh.




Mujur next activity.. budak budak gumbira.. ride gajah pusing kampung. Hathi Gaon nih.. masuk jalan kampung, pergi ke tempat orang kampung pelihara gajah terus. Unlike ride naik Amber Fort tuh.. kat sini lebih natural dan gajah siap ada yg nakal.. orang soh jalan dia boleh la korner korner buat degil tanak jalan makan2 rumput plak dia.. šŸ˜†

Bos nego harga dengan Chief kitorang
tak sabar Ajim
hepi mode



busuk ok. ahahhahahaa.. 
pusing pusing padang
Next.. lepas dah pusing pusing naik gajah.. misi seterusnya adalah mencari Deer Park . Pusing pening cari deer park nih (1) sbb abang guide dah takde (2) pakcik driver drop kan kami berdasarkan google map location. (3) mana pintu masuk ???

Terpusing-pusing cari pintu masuk.. dah berjaya masuk.. la rupenye rusa-rusa tu semua dalam satu layer cage yg lain. Boleh tgk2 dari luar pagar je. hihihi. Pusing-pusing gak taman tu.. ada itik2 (yg nih la yg menghiburkan jiwa bila itik2 tu berterbangan secara berjemaah tiba2. Terjerit2 budak-budak nih.. jakun. ekekkeke




Hari pun dah senja.. kami pun bergerak balik ke hotel melalui old city... Azrin & Yati decide nak jalan-jalan cari souvenir di pekan, kami decide nak balik hotel terus. Sambil menulis ni, boleh terngiang2 bunyi hon di jalanraya di Jaipur.. (waktu kami tido je tak dengar hon, ko celik je boleh dgr dah diorang nih honk honk) šŸ˜…

Malam kami dinner with makanan bekalan dari Msia.. tak keluar.. malas. Bersedia mengemas.. sbb next day nak gerak ke Agra dah.

senja di jaipur

family yg malas nak jalan shopping

life in Jaipur




End of nota India Day 3 !