Nov 25, 2008

Pelarasan

Belum lagi duit pelarasan gaji Co bagi masuk bank pun.. Hati dah berkire-kire nak beli ape erh ? (ishh teruk betul).. Cemana la nak ada simpanan masa depan nih ?!. Tambah plak berita 3% daripada potongan KWSP pun akan masuk dlm account bank. Menteri kewangan kata.. utk membolehkan rakyat ada more money to spend ----> seterusnya membantu menjana ekonomi negara (Lagi kurangla simpanan masa depan ku... huhuhu)

Tapi skrang ada few aims yang kalau nak spend pun.. inilah prioritynya

1) Cost utk education anak2
cik nurul atiqah akan menuruti abang masuk kelas dah next year. So fee registration sahaja dah nak cecah 1k. Campur abang lagi (utk tambahan modul belajar) + daycare yang dah naik harga lagi tahun depan.. Uh.. dalam rasa tak puas hati gak.. naik harge... Tapi kami relakan jugakla. Takpela.. kami letakkan harapan agar anak-anak kami dibekalkan dgn knowledge yang dpt. digunakan sepanjang hidup diorang. Insya Allah. Kalau kami tak boleh nak bekalkan harta pusaka. Cukuplah ilmu kami berikan.

2) Cost utk kesihatan
Dulu time belajar, main volley, main badminton, panjat gunung (wlpn semput2 mengah2 naik), aktiviti sane sini.. So .. body.. biarpun tak se'slim' mana.. Tetap rasanya fit. Skrang.. ehem ehem.. paham2 ajelah. (uhh.. sebenarnye MENAKUTKAN nih.. seram je tgk badan naik cam di pam pam.. ) Nak masuk SLIMWORLD dan seangkatan dengannya.. perlukan cost & masa. Cost mungkin boleh dicari.. tapi masa ?? So.. nak kena invest for something yang boleh dilakukan di rumah.. yah yah.. Bukan utk masalah gemuk jek nih.. Utk masalah fitness nih.

3) Cost idaman.. -- nih tade priority dah pun nih.. ahahhaha
oh.. cost idaman nih.. mmg banyak. Nak beli notebook baru, nak beli langsir rumah baru, nak beli lamited floor utk ruang bawah, nak buat wall decor cun cun sket, nak cat rumah biar ada feature wall/non feature wall, nak buat autogate, nak buat tv cabinet, nak buat divider between tangga & ruang dpn, nak beli vacum cleaner baru.. terkini.. nak gadget baru HTC Touch HD... uh..

*gadget idaman.. muehehhe*

p/s: wlpn gaji esok.. korang dah boleh tgk dah pelarasan gaji korang (hanya membabitkan kaki&tangan Co saya je la ye) kat EHR Portal under employment letter. Erh.. korang dengar tak desas desus yang katanya.. KGT next year calculated based on gaji September 2008 ?! Adakah benar.. ??

7 comments:

Farra said...

semah..caruman kwsp dah turun ke 8%..so the excess awak takmo mulakan retirement fund/education fund thru unit trust ker? kita allow that reduction so that bleh buat standing Instruction terus ke UT :)

yatipruzz said...

cost utk kesihatan menarik tuh, nak beli threadmill ke semah? hehe

cost idaman pon sgtttt la menarik.

igt nak wat post pasal ni jugak la muehehe bab2 berangan ni syiok!

(sure farra marah kat kite :p
tak insaf2 ek hoho)

CT said...

erk...x tau pun pasal pelarasan tu...ni pelarasan tuk ape plak?

puterikiut said...

semah.. yg kwsp 3% tu start bile ek?

DzULhAFiZi said...

hurmm...
yg HTC Touch HD tuh, kat cni leyh dpt below $1000...so dlm below rm3000 la...kat msia bape ek?

kalau nk kirim beli boleh je
hehehe

sikulat said...

farra
-- aaa.. errrr..

yati
-- lari lari.. lompat.. gelek sume kena buat nih.. threadmill tuh kite tak bleh beli sbb berat exceed maxi weight nak lari atas tuh.. aahha

kak ct
-- pelarasan tuh.. aaa camne akak tatau ??????

puterikiut
-- start Jan09 (2 tahun)

fizi..
-- kat sini rm3390 rasenye..

ili said...

kat mane nak tgk employment letter tu. aku carik kat hr portal x jumpe2 pun .. ;P