Jul 9, 2008

Perempuan di neraka

Perempuan Di Neraka

Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya,

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki


~padangmahsyar~

p/s: rentetan tgk cerita 'Jalan Pintas Ke Neraka' jugak...

3 comments:

Zuraimah Ismail said...

huhu kak ct tgk citer tu tp mcm jalannye x berapa best sgt...but still the lesson is there..:) tp mmg betul la ajaran islam that we have to control our attitude especially when comes to men and women...silap attitude..cinta mula timbul...dan dek pengaruh nafsu & syaitan..mcm2 bleh jadi kan...astagfirullah..wahai diri, insaf dan beringatlah :)

Anonymous said...

ha'a.. have to agree utk pengolahan cerita tuh, messagenye sampai, tapi terlalu straight to the point.. lebih2 lagi masa si wife kena tangkap, masuk penjara, hukum gantung.. simple sgt.. hehhee..

tapi saya mmg suke bab pengajaran dari cerita tuh... ada benarnya di zaman serba moden & cabaran nih..

ummi said...

tapi ada jugak org pelik bila akak mintak permission kat suami kalau nak keluar. hatta dr ofis ke mvalley aje. so, sama2 lah kita jadi isteri yang taat okies.

ps esok akak mgkn singgah ofis jap. kalau spt blh jumpa. akak sbg cuti sampai jumaat.