Kami telah membeli sebiji LCD TV berjenama Toshiba pada Disember 2007 di
Best Denki Mid Valley. Dalam tawaran pembelian, kami di turut dimewahkan dengan pemberian "5 Years Extended Warranty" dimana... (kondisinya termaktub dalam sekeping kertas pemberian Best Denki..)
Pada Jun 2008 (kira-kira 6 bulan tempoh penggunaan) TV tersebut mulai menunjukkan ciri2 ketidakstabilan.. dan akhirnya screen cantik tersebut hanyalah memaparkan garis garis kelabu walaupun bunyinye masih kedengaran.
Keesokkannya, kami telah pun memanggil technician dari toshiba.. dan akhirnya dibawa pergila TV tersebut.
Hasil daripada siasatan lanjut, didapati tv tersebut kalau diperbaiki pun lebih mahal daripada bagi baru.. maka diberilah kami sebuah set tv baru.
Dengan hati yang sgt gumbira, kami pun meng'arrange' penghantaran tv tersebut ketika waktunya kami berpemergiaan ke pejabat & diserahkan kpd ibubapa (yg kebetulaannya) berada di rumah sekitar waktu itu utk membuka pintu & mempersilakan set baru.
Namun, apabila kami pulang .. didapati model ditukarkan bukan lah model asal (kata dah tiada model kami tuh) tapi diberikan model yang sama sizenya tp. lain pula spesifikasinya. Alangkah keciwanya kami & berlaku sedikit pergaduhan (melalui telefon) pd malam itu juga dgn pihak Best Dengki apabila kami cuba utk claim the so called ' Extended Warranty" yang mengatakan :
1- dalam tahun pertama , utk kes irrepairable - 100% refund of the purchase price
Pergaduhan berlanjutan sehingga esok hari & akhirnya pihak Best Dengki mengatakan sila la isi borang Merchandise Refund / Exchange for the full amount.
Hari berganti hari.. nak sebulan dah nih.. maka kami dengan initiative sendiri menghubungi pihak Best Denki ke patut tulis "BEST
DENGKI" erh ?? (marah dah nih). Setelah bermanis mulut dengan saya.. rupa-rupanya 5 minit kemudian mereka menghubungi MDH utk mengatakan kegagalan claimed yang dibuat berdasarkan kami telah pun menerima & sign terima set yang di tiba utk replacement tempoh hari (what ????????)
Saya pula menyuruh MDH utk call semula dan dapatkan balik receipt & semua dokumen + 5 year extended warranty. Your know what they say ??
Oh.. oleh kerana Encik sudah dapat model yang lain, warranty tersebut telah pun void (what ???? )Sudahlah tidak puas hati dengan set yang ditukarkan (kami telah report pd malam kami yang sama). Kami telah pun ke Best Denki utk arrangement claimed extended warranty (yang di jaja2 ketika kami nak beli) . Kami telah pun menyuruh mereka ambil semula set. Kami yang follow up balik apa status setelah hampir sebulan diam menyepi
? Apa yang kami dapat ?? Kalau anda apa anda akan lakukan ???--- cont ----
update :1) Mengajukan pertanyaan ke kpdnhep thru
e-tribunal ; snapshot...
2) Maklumbalas kpdnhep thru
e-tribunal =
Boleh Difailkan ; snapshot...