Jan 2, 2008

end Dec 2007 + early Jan 2008 {entry}

selepas bercuti panjang.. (bersambungan dari X'mas sehinggalah new year) baru hari nih aku kembali mengadap pc di opis nih. Online dari rumah ? Limited! since hanya menggunakan 3g connection (itupun tumpang MDH punye)... itu pun kalau perlu.. @ gian nak baca blog orang ke.. Utk buat posting.. tunggulah streamyx masuk dulu {dengar khabar baik dari jiran.. TM fixed line dah boleh dipasang.. yey!!}

Cuti kali nih.. panjang sungguh 8 hari straight. Accomplishment sepanjang cuti ?

+ berjalan tanpa tuju di midvalley (pusing pusing.. tgk tgk.. beli buku dan mainan bebudak)
+ berjalan ke ikea juga tanpa niat (tapi akhirnye membeli item as-is huehuehue.. half price for discontinued products.. ok gak)
+ marathon tgk movie (The Kingdom, Shrek3, Invasion, Resident Evil Extinction, I am Legend, Hot Rod....)
+ habis baca buku James Patterson (Cross), Dalam Mihrab Cinta
+ ikut MDH ke opis (dia kena keje tetibe hari Ahad) bersama anak2
+ berjaya main badminton di petang hari ngan MDH... (nih nak buat selalu nih)
+ layan bebudak melukis.. Abang dah pandai lukis gambar mama dia (versi dia laa.. ada la kepala, mata, kaki dll.. nanti upload lukisan dia.)
+ tido
+ lepak
+ lepak lagi..
+ lagi.. dan lagi.. (hehehehhe)

Semalam.. attend majlis makan di rumah Famy & Zarid.. Happy 3rd birthday to Izzul! Malam semalam pulak.. ready-ready tido awal (takot terlajak.. manala tahu lupe plak nak kena pegi office..)

Hermp.. disbbkan panas.. (aircond rosak plak tuh) so MDH bukak tingkap2 bilik sume... bagi angin masuk.. At around 2-3 am.. suddenly Atiqah bangun.. dan menangis (menangis yang ketakutan ). Bila aku nak tarik dia dkt (ingatkan dia nak 'susu' ke ape ke kan). Dia siap duduk dan lari jauh sket dari aku... sambil tangan pointed kat tmpt dia baring tadi.. mcm ada bende dia takut kat situ. Aku raba-raba mana la tahu ada kumbang ke.. tapi tade pulak apa-apa.. Aku reassure dia takde ape-apa pun kat situ.. Aku tarik dia balik, peluk. Tepuk tepuk.. dia tidur balik.
Tak lama.. selang dalam 2-3 minit.. dia bangun dan nangis lagi.. bila aku peluk. Dia macam cuba menyorok diri dia dalam pelukan aku. {naik seram cuak plak aku}. Aku sampai kan duduk.. letak dia atas riba.. Aku bacakan surah 3 Qul dan ayat kursi.. (itu jek yang aku ada ingat buat pendinding diri..) Aku baca 3-4 kali berulang ulang.. sambil raut muka Atiqah. Selepas tuh, dia pun tidur mcm lena balik....aku pun lena balik.

Pagi tadi.. on the way pergi school (heheh.. school baru utk diorang ~ sbb enroll kan Amirul ke Little Caliph .. terlanjur tuh.. masukkan sekali diorang ke Day Care under Little Caliph) bertanya tanya kat Atiqah pasal malam tadi..

Kenapa adik nangis malam tadi ?
"Adik takot"
Kenapa adik takut ?
"Adik takot hantu.. " aku pandang muke MDH.. Atiqah plak jawab cam selambe dek je
Hantu buat ape..?
"Hantu tgk adik.."
Hantu tgk adik.. hantu tu kat mane ?
"Atas katil"

Jelas sungguh penjelasan dia.. Takde pula selama nih aku pernah citer atau takot takotkan pasal hantu.. menyakat ngan kumbang ada laa.. (itupun sbb dia geli betul ngan kumbang). Seriously.. seram juga aku mendengarnye.. hemrp.. budak budak cakap macam tuh kengkadang ada betulnya.. ye tak ? Wallahua'lam.

3 comments:

mardhiah12 said...

adui...ada anak kawin sampai umur 9 tahun still nampak. adeh deh...

Anonymous said...

Order Cialis, Viagra, Levitra, Tamiflu. Order Generic Medication In own Pharmacy. Buy Pills Central.
[url=http://buypillscentral.com/buy-generic-tamiflu-online.html]Discount Viagra, Cialis, Levitra, Tamiflu Drugstore Online[/url]. rx generic drugs. Top quality drugs pharmacy

Anonymous said...

Our courteous stand by work together of hilarious proficient pharmacists commitment improve you Cheap Discount Viagra Pharmacy On-line, consulting on varied health questions.