Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Jan 30, 2008

masih confius

Ika nih perempuan ke lelaki ?
.."pompuan laa.."

Abang tuh 'pompuan' ke lelaki?
.."lelaki la.. "

Ika nih boy ke girl ?
.."BOooyy!"

Girl la..
.."boy la.. "

Abang tu boy.. ika tuh girl
.."Ika boy lah"


~~ baring atas meja kat office papa..
uhhh bile kite nak balik nih..
Ika dah tatau nak main ape~~

Jan 29, 2008

payday

While blog hopping ke sane sini.. singgah sat kat matasipit blog; beshnye dia ada list nak beli ape bila payday tiba {tadi baru tertembung sedang belek belek tudung kat booth -1, heh heh.. }

Contra to my list that goes like ..

1) bayar loan kete
2) loan rumah
3) clear credit card
4) daycare budak2
5) fee play school
6) tolak..
7) bayar kat..
8) bill tnb, syabas, phone, astro..
9) yada yada..

uhuk.. gulp.. bila nak merasa buat list shopping nih..

hahahha.. chatting with yati pagi tadi pun.. ada diskas pasal koperasi {yang telah ku hantar surat berhenti menjadi ahli sejak Feb 2007.. selepas setahun baru boleh berhenti oooOO.. sib baik tinggal a few days jek lagi.. huhuhu..} lepas tu diskas pasal unit trust investment, pastu diskas sket pasal hebatnya orang yang boleh ada saving 1k setiap bulan.. {kagom kagom}

hermp hermp..

Jan 28, 2008

gossip girls

i've watched gossip girl {xo xo .. gossip girl}
sehingga episode 13.. ada la lompong sane sini..
oklah......
sambil nak buang masa tunggu MDH ambil di petang hari..
sambil tade keje.. selepas report dah disubmit..
sambil asal ada masa kosong tuh.. {which banyak tuh.. }

Budak yang chicken pox (part1) still recovering. {gossip @ home}
Masih belum kembali ke sekolah.
Budak yang tak kena tuh.. happily guling guling ngan kekandanya.. masih kebal.
Alhamdulillah.. {mungkin salah satu bukti khasiat susu ibu}

Nothing much to tell {from office gossip}
except semua orang bizi bizi ngan m@ps
{as if the system really counts when they were grading us - tipu je kengkawan.. toksah la percaya}

Jan 21, 2008

Chicken Pox part 1

Part 1 -- sbb baru Amirul yang kena.. belum lagi the sister..

Hermp.. TQ for MIL & FIL for coming to our home last nite.. to helps us cope & monitor kekanak tuh while dia tak boleh pergi nursery... Hermp.. Ada sesapa ada tips-tips utk bebudak kena chicken pox ? tips kurangkan gatal ke dll..

wonder la plak.. bila part 2 tuh nak kena ?? uhuh..

Macammana nak install XML template - blogger

Sepatutnya senang aje... (kecuali kes terpencil yang mana XML file yang di download tuh mmg ada something wrong dgn codingnya atau mmg waktu tu blogger.com sedang mengalami masalah server dll)

1) Pergi kat mana-mana site yang ada bagi template XML free to download
2) Preferable save target as (amik option file yang mmg dah *.xml , tak pun dia zip kan ke.. rar kan ke..)
3) Lepas tuh.. simpan la kat mane-mana dalam pc anda.. (kat desktop ke.. c ke.. suka hati laa ye)
.... bersambung


4) Log on to blogger.com / Layout / Template / Html (cam kat bawah nih)



5) Browse dan pilihkan file tadi yang korang dah save tuh.. atau dah extract .. (mesti dah namfile.xml ye..) --> 1
6) Lepas tuh... UPLOAD --> 2



7) Kadang-kadang korang akan template tuh nak delete certain-certain widget / html / text dan dot dot lagi yang tak kena.. So korang kalau mmg nak guna template tuh.. boleh la COMFIRM & SAVE



8) kalau tiada aral melintang.. korang leh save template
9) pastu cubala untuk view blog.. ok ke tak ke??

10) wooOOOO.. ada satu bende penting korang kena buat
--> Sila upgrade korangnya blog template ke new bloggers.
--> kalau mmg tak pernah pernah upgrade.. Sila : click template / Customize Design / Upgrade your template
--> by default pilih jek template mane mane dia bagi tuh.. lepas tuh korang customekan la spt kat atas.. XML senang nak modified page element.. tayah susah susah nak tgk code cam HTML.. hehehe



p/s: nak selamat.. korang create blog baru.. lepas tuh test test template kat situ.. baru la puas hati.. dan selamat tak hilangkan pape yang korang dah buat sebelum nih..

Jan 18, 2008

template untuk blogger

ada banyak template boleh download template utk blogger [menjawab persoalan si matasipit]
sikulat selalu amik dari list kat bawah nih :

~ blogandweb
~ b-themes
~ freshbloggertemplates
~ giselejaquenod
~ zonacerebral
~ template-godown
~ suckmylolly
~ doxs


dan banyak lagi site.. yang kalau korang google "template xml blogger" korang akan jumpe.. hehehhee.

Oh NO!

o' O...

accidentally terdelete template previous..
tuhlaa.. gatal tgn klik sane sini.. delete itu ini..
hahahhahaha

Jan 15, 2008

Happy Birthday Sayang !

Another year older
And what can I say
Other than I love you
On your special day

Years have past
From when we first met
These have been times
I will never forget

Always remember
That I'm thinking of you
Not just on your birthday
But every other day too

So I wrote you this poem
And give you my heart
To show that you mean the world
To me, every part


---
..happy birthday my dear husband..

Jan 9, 2008

Maal Hijrah 1429

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka
..bersambung

Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





"Selamat Tahun Baru"




Jan 8, 2008

ulang alik

almost terlupa nak buat posting today (almaklumlah pem'blog' tegar skrang)
{ahahah}

ulang alik ke tmPoint today -- to ensure my fixed line order is on going.. 'peringkat awal' (atleast)
{previously 'gantung'.. sebelum tuh 'kajisiasat' dan sebelum tuh.. for 6 month berstatus 'Tunggu'}
..bersambungso.. pada kali pertama balik..
{happily memilih nombor tepon 'tender' number lagi.. tapi pada bayaran RM0/ sbb ntah cemana nombor tuh terlepas utk dipilih orang ramai}

kali kedua balik -- mensubmit streamyx application
{wlpn hanya akan di masukkan order selepas order fixed line bertukar status ' Lengkap Siap'}

Happy gak balik opiss.. membawa beg plastik tmPoint
{sbb dapat set CPE yang ada clip... }

on the way ulang alik tuh..
{terima call dari icare - insha Allah kalau tak hujan, contractor boleh pasang "lengkapsiap" fixed line petang nih}

sesampai di opis
{terima call lagi satu.. lesen P ku sudah boleh diambil dari sekolah memandu..}


Jan 7, 2008

PDL

Nota 1:
Alhamdulillah.. heheh.. , insha Allah starting rabu nih (approximately 3 working days dari tarikh ujian, kita boleh dah nak bawak matriks kami tuh .. Hemrp.. MDH dah berangan-rangan jauh dah.. nak duduk lepak-lepak; tido je dlm kereta kalau balik kampung.. kalau pergi keje.. kalau.. tu.. kalau ini.. {heheh}

Nota 2:
Kalau korang mempunyai masalah, blog korang reroute ke url lain --> http:// www.adbaaz.com..
Sila la korang removekan Advertlets code dari template korang.. Tak sure kena hack ke ape ke advertlets tuh.. tapi korang tak boleh nak akses main page korang nanti.. So.. removekan laa..

Nota 3 :
happy belated birthday to.. Safurah, Uja dan Wanie .. {dah tueee.. har har.. }

Jan 4, 2008

tiba tiba hati terasa

kalau dulu bila rasa gelisah
tak semena-mena mendengar suaranya pun dah cukup
{aku} bukanlah simanja yang ingin dibelai selalu
malah selalu diperli sbb berdiam diri..hilang?!
tanpa berita
tau tau.. aku di kaki gunung..
ntah baru keluar hutan mana ntah
tiba-tiba muncul depan pintu menjinjin beg
"eheh.. cuti seminggu.. "
heh.. ntah kenapa bila dah tiada
baru hati nih terasa
terasa kehilangan sesuatu yang sgt bermakna
semangatnya, doanya, harapannya

kalau dulu bila rasa resah
kata-katanya dan selorohnya buat aku lupa
cukuplah beri salam, tanya khabar
sangat terus ucap aku
langsung terus ke niat sebenar
"Mak esok orang ada exam.. doakan ye!"

dan hanya berbekalkan itu
hilang gundah
hilang gelisah
semuanya Insha Allah
{Aku} boleh
~
hermp.. sebenarnya esok ada test
Test memandu je pun..tapi
rasa cuak yang dtg.. buat hati tiba-tiba terasa

rindu pada 'Mak'

Wish me luck


Jan 3, 2008

drawing skills

ada a few attempt lagi lukisan mama dia nih...
{memula tuh}.. kurus jek body mama dia.. tade mate.. tade rambut.. muke pun garis lurus
cuma recognize itu adalah 'orang' sbb ada tangan dan kaki
{sekarang} dah makin rupe orang sket.. hehe...
ada rambut.. ada mata.. ada mulut
ada body bulat bulat sket.. wlpn pun badan tade boundary... {hehehe}
ada kaki & tangan (itu yang penting tuh.. kata Amirul laa..)

Jan 2, 2008

end Dec 2007 + early Jan 2008 {entry}

selepas bercuti panjang.. (bersambungan dari X'mas sehinggalah new year) baru hari nih aku kembali mengadap pc di opis nih. Online dari rumah ? Limited! since hanya menggunakan 3g connection (itupun tumpang MDH punye)... itu pun kalau perlu.. @ gian nak baca blog orang ke.. Utk buat posting.. tunggulah streamyx masuk dulu {dengar khabar baik dari jiran.. TM fixed line dah boleh dipasang.. yey!!}

Cuti kali nih.. panjang sungguh 8 hari straight. Accomplishment sepanjang cuti ?

+ berjalan tanpa tuju di midvalley (pusing pusing.. tgk tgk.. beli buku dan mainan bebudak)
+ berjalan ke ikea juga tanpa niat (tapi akhirnye membeli item as-is huehuehue.. half price for discontinued products.. ok gak)
+ marathon tgk movie (The Kingdom, Shrek3, Invasion, Resident Evil Extinction, I am Legend, Hot Rod....)
+ habis baca buku James Patterson (Cross), Dalam Mihrab Cinta
+ ikut MDH ke opis (dia kena keje tetibe hari Ahad) bersama anak2
+ berjaya main badminton di petang hari ngan MDH... (nih nak buat selalu nih)
+ layan bebudak melukis.. Abang dah pandai lukis gambar mama dia (versi dia laa.. ada la kepala, mata, kaki dll.. nanti upload lukisan dia.)
+ tido
+ lepak
+ lepak lagi..
+ lagi.. dan lagi.. (hehehehhe)

Semalam.. attend majlis makan di rumah Famy & Zarid.. Happy 3rd birthday to Izzul! Malam semalam pulak.. ready-ready tido awal (takot terlajak.. manala tahu lupe plak nak kena pegi office..)

Hermp.. disbbkan panas.. (aircond rosak plak tuh) so MDH bukak tingkap2 bilik sume... bagi angin masuk.. At around 2-3 am.. suddenly Atiqah bangun.. dan menangis (menangis yang ketakutan ). Bila aku nak tarik dia dkt (ingatkan dia nak 'susu' ke ape ke kan). Dia siap duduk dan lari jauh sket dari aku... sambil tangan pointed kat tmpt dia baring tadi.. mcm ada bende dia takut kat situ. Aku raba-raba mana la tahu ada kumbang ke.. tapi tade pulak apa-apa.. Aku reassure dia takde ape-apa pun kat situ.. Aku tarik dia balik, peluk. Tepuk tepuk.. dia tidur balik.
Tak lama.. selang dalam 2-3 minit.. dia bangun dan nangis lagi.. bila aku peluk. Dia macam cuba menyorok diri dia dalam pelukan aku. {naik seram cuak plak aku}. Aku sampai kan duduk.. letak dia atas riba.. Aku bacakan surah 3 Qul dan ayat kursi.. (itu jek yang aku ada ingat buat pendinding diri..) Aku baca 3-4 kali berulang ulang.. sambil raut muka Atiqah. Selepas tuh, dia pun tidur mcm lena balik....aku pun lena balik.

Pagi tadi.. on the way pergi school (heheh.. school baru utk diorang ~ sbb enroll kan Amirul ke Little Caliph .. terlanjur tuh.. masukkan sekali diorang ke Day Care under Little Caliph) bertanya tanya kat Atiqah pasal malam tadi..

Kenapa adik nangis malam tadi ?
"Adik takot"
Kenapa adik takut ?
"Adik takot hantu.. " aku pandang muke MDH.. Atiqah plak jawab cam selambe dek je
Hantu buat ape..?
"Hantu tgk adik.."
Hantu tgk adik.. hantu tu kat mane ?
"Atas katil"

Jelas sungguh penjelasan dia.. Takde pula selama nih aku pernah citer atau takot takotkan pasal hantu.. menyakat ngan kumbang ada laa.. (itupun sbb dia geli betul ngan kumbang). Seriously.. seram juga aku mendengarnye.. hemrp.. budak budak cakap macam tuh kengkadang ada betulnya.. ye tak ? Wallahua'lam.