kami di besarkan sekali. pertama kali aku dibenarkan mendukung dan memegang bayi.. itulah dia dan adik-adiknya. setiap kali syawal tiba.. pasti bajuku akan sedondon dengan dia dan adik-adiknya. setiap kali cuti sekolah, pasti aku akan merengek minta dihantar ke rumah mereka. Hermp.. kenangan zaman kanak-kanak mmg indah .. tenang.. gembira.. Aku , dia dan adik-adiknya mmg rapat.. mereka lebih ku anggap adik daripada anak saudara ((selaku anak bongsu dari 8 adikberadik , berkelahi dan bermain dengan anak sedara lebih banyak dari aku menghabiskan masa dengan abang dan kakak)).
Zaman remaja dan sekolah berlalu.. dan dia pun sudah ku kira anak bujang. tambah pula aku terus melangkah ke alam rumah tangga sebaik sahaja mula bekerja. Kami selalu bertemu, tapi cuma bila ada kenduri , berkumpul hari raya, atau pun bila dia betul-betul kesempitan wang (( hrmp.. aku la muke paling dia tak malu nak mohon loan tak berbayar tuhh..))
Setiap kali jumpa.. merapu sahaja aku dengar bebelannya.. ntah apa-apa la budak remaja skrang.
Semalam, dengan motorsikal pinjam dia ke KL. memulangkan kamera pinjam dari kami. Selaku anak sulung aku tahu, dia agak tertekan bila masih menganggur ((baru aje abess diploma)). Keluarga kakakku yang satu ini bukanlah seperti kami yang lain.. belajar sampai ke universiti.. mendapat pekerjaan profesional (( sang doktor, sang pensyarah, sang engineer, sang pilot, sang cikgu.. dan tak ketinggalan sang sikulat ini)). Dan dia si sulung dlm keluarga, menanggung tanggungjawab besar nak mengubah kehidupan sedia ada..
aku nak membantu dan minta gamba dari dia. hendak ku isikan resume dan hantarkan kemana-mana kenalan yang ada kekosongan jawatan. yang ada dalam tangannya hanyalah camera phone ((amboi camera phone canggih tu.. ada memory card tuh)). aku belek-belek isi kandungan dalam phone.. mana la tau ada gamba yang senonoh , boleh aku tampalkan saja dalam resume dia. Dalam membelek-belek, aku jumpa gamba si buah hati dia.
Mula la nak mengusik.. "dia keje kat mana ..long ?"
"Dia tak keje.." ringkas jawapan dia. Belum sempat aku sambung soalan. dia sambung lagi. "Dia dekat hospital" .. Aku tgk muka dia.. "ngape kat spital ?" ..
"Sakit.. .... , kanser.. tgh buat chemo" Tersentak sekejap aku mendengar. Berubah air muka anak saudara ku ini, seloroh bengong dia yang selalu tuh pun hilang terus.. aku tak tanya lanjut lagi. Buat pertama kali sejak sekian lama.. aku nampak dia yang aku kenal 24 tahun yang lalu.. dah lama aku tak tgk muke tulus dia.. Berat juga tanggungan perasaan dia.
p/s: adakah makin ramai orang yang kena kanser di malaysia ? atau pun aku dah mengenali lebih ramai manusia ?maksudnya lebih banyak possibility ttg. kehidupan dan statistik / keberangkalian nak berlaku sesuatu perkara tuh? erh..konpius plak ngan ayat sendiri
365!
-
It's been a year since I came to this new workplace. It has been great so
far and most importantly, I survived my first year here, so...hooray to me!
On ...
1 year ago
3 comments:
aircond tak servis?
terlalu lama terperap dalam kawasan tertutup?
udara tak ventilate betul?
semua tu ada kaitan dengan lung.
mungkinkah? mungkinkah?
mata berjam tgk pc
body posture tak betul
duk atas kusi berjam2
air cond extreme sejuk cam server room?
p/s: semah, yati cam igt2 lupa nama si dia tuh..tp yati rasa semah suke citer psl dia dulu kan..dia mat specky kan?
Yep..makin terdedah dengan pesakit canser..perasan x..lama2 kita expose dgn penyakit nih..makin kita rasa it's a norm to have one..and it's cureable...
Still...na'uzubillah and mtk dijauhkan..
Post a Comment