Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Jul 25, 2007

Kerja

kami di besarkan sekali. pertama kali aku dibenarkan mendukung dan memegang bayi.. itulah dia dan adik-adiknya. setiap kali syawal tiba.. pasti bajuku akan sedondon dengan dia dan adik-adiknya. setiap kali cuti sekolah, pasti aku akan merengek minta dihantar ke rumah mereka. Hermp.. kenangan zaman kanak-kanak mmg indah .. tenang.. gembira.. Aku , dia dan adik-adiknya mmg rapat.. mereka lebih ku anggap adik daripada anak saudara ((selaku anak bongsu dari 8 adikberadik , berkelahi dan bermain dengan anak sedara lebih banyak dari aku menghabiskan masa dengan abang dan kakak)).

Zaman remaja dan sekolah berlalu.. dan dia pun sudah ku kira anak bujang. tambah pula aku terus melangkah ke alam rumah tangga sebaik sahaja mula bekerja. Kami selalu bertemu, tapi cuma bila ada kenduri , berkumpul hari raya, atau pun bila dia betul-betul kesempitan wang (( hrmp.. aku la muke paling dia tak malu nak mohon loan tak berbayar tuhh..))

Setiap kali jumpa.. merapu sahaja aku dengar bebelannya.. ntah apa-apa la budak remaja skrang.

Semalam, dengan motorsikal pinjam dia ke KL. memulangkan kamera pinjam dari kami. Selaku anak sulung aku tahu, dia agak tertekan bila masih menganggur ((baru aje abess diploma)). Keluarga kakakku yang satu ini bukanlah seperti kami yang lain.. belajar sampai ke universiti.. mendapat pekerjaan profesional (( sang doktor, sang pensyarah, sang engineer, sang pilot, sang cikgu.. dan tak ketinggalan sang sikulat ini)). Dan dia si sulung dlm keluarga, menanggung tanggungjawab besar nak mengubah kehidupan sedia ada..

aku nak membantu dan minta gamba dari dia. hendak ku isikan resume dan hantarkan kemana-mana kenalan yang ada kekosongan jawatan. yang ada dalam tangannya hanyalah camera phone ((amboi camera phone canggih tu.. ada memory card tuh)). aku belek-belek isi kandungan dalam phone.. mana la tau ada gamba yang senonoh , boleh aku tampalkan saja dalam resume dia. Dalam membelek-belek, aku jumpa gamba si buah hati dia.

Mula la nak mengusik.. "dia keje kat mana ..long ?"

"Dia tak keje.." ringkas jawapan dia. Belum sempat aku sambung soalan. dia sambung lagi. "Dia dekat hospital" .. Aku tgk muka dia.. "ngape kat spital ?" ..

"Sakit.. .... , kanser.. tgh buat chemo" Tersentak sekejap aku mendengar. Berubah air muka anak saudara ku ini, seloroh bengong dia yang selalu tuh pun hilang terus.. aku tak tanya lanjut lagi. Buat pertama kali sejak sekian lama.. aku nampak dia yang aku kenal 24 tahun yang lalu.. dah lama aku tak tgk muke tulus dia.. Berat juga tanggungan perasaan dia.

p/s: adakah makin ramai orang yang kena kanser di malaysia ? atau pun aku dah mengenali lebih ramai manusia ?maksudnya lebih banyak possibility ttg. kehidupan dan statistik / keberangkalian nak berlaku sesuatu perkara tuh? erh..konpius plak ngan ayat sendiri

Jul 20, 2007

3.y.o

he is 3 years old today!
Happy birthday to dear Amirul Akmal.
~~ from Mama ((err.. semalam he called me 'IBU'.. & last week 'Mummy' )) with lots of LOVE ~~


Jul 19, 2007

DIAM

Diam Membawa Keselamatan

Banyak orang berkata : "Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi ?" Aku katakana kepada mereka : Menanggapi sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat ! Harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu mengonggong.

Keutamaan Orang Pendiam

Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tak ada untungnya, paling tidak aku tak merugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.

:: dipetik dari Al-Azim.com, Wasiat Imam Shafi'i ::

p/s: .. dan aku dalam kerugian.. sad mode!

Jul 18, 2007

patriotik


"Tanggai tiga pulo satu, bulan lapan tiga lima tujuh. merdeka. merdeka. meriah.meriah.petapa.petapa kita pasti menjadi sejarah" -abang verse-

"tamgai tiga pulo satu.. dddapan lima enam tujo. tabika.tabika... tabika.tabika .pppasti, tamba..tamba.. tamba.. " -adik verse-

p/s: dan abang akan gelakkan adik bila adiknya nyanyi.. macam kelakar sgtlah adik nyanyi tak betul.. ((hehhhe))

Jul 11, 2007

moving on

we have to move on kan ? So here I am @ **N floor. (( cumanye the last person yang duduk sini masih lagi belum mengemaskan drawernya.. hrmp..)). A farewell party ((wlpn makan tapau & bungkus)) was set for us ((those yang transfer unit & bersara)) Okla.. last makan-makan yang unit lama akan menjemput daku inih. Tapi .. the best thing is the farewell GIFT! A new Hilly handbag ((sama dengan zarid punya handbag.. so mahal tuhhhh!!)). I like it!.. suit me well.. simple design, nice and black in colour ((agaknye diorang dok tgk aku nih selalu berlenggang kangkung je.. dibaginye handbag.. ahaha.. soh bagi bergaya sket!)).

p/s: piccas of the bag; err.. segan plak nak bukak hadiah kat meja baru nih.. pastu nak amik-amik gambaq plak.. nenanti la kot.. heuheuhe..

Jul 10, 2007

[1], [2] dan [3]

[1]

Dalam kala aku hampir nak menutupkan mata malam tadi. Suddenly , Amirul bercakap.. “Mama.. nak tu..tu nama dia ape?" Aku pun celikkan mata.. tgk muke amirul.. dalam samar-samar gelap bilik.. ((initially bawak abang & adik naik atas untuk tidor awal.. sudahnya.. aku yang tenggelam timbul tertido dengan adik)). “yang tuh … yang hitam dekat dinding tu.. nama dia ape?” aku toleh arah yang ditunjukkan oleh Amirul ((hati agak berdebar tiba-tiba)) “yang mana ?” aku tanya balik..“Yang tu.. yang dekat dinding tu.. yang hitam.. dia nak balik rumah ke ma?” makin konpius aku dengan soalan budak sorang nih. “Dia ada kaki ke ma? Pakai kasut ?” Aku toleh lagi sekali hala tangan Amirul menunjuk. ((tada apa-apa pun..)) “ Mama tak nampak pun.. kat mana abang ?” Dia diam.. aku pun diam.. tak lama lepas tuh.. dia tanya lagi.. “ yang warna hitam tuh nama dia apa ma ?” ..aku pun bantai la teka.. agaknye dia tunjuk dekat railing langsir kot..((sbb railing tuh pakai kayu.. warne coklat gelap..dan aku pun cakap balik.)). “divider tu ke abang ? atas langsir tuh ?” Bila pk pk balik.. mana la plak logiknye railing tuh ada kaki.. nak balik rumah.. hermp.. Aku tgk si adik mmg dah nyenyak betul baru aku bangun & duduk.. “Kejap ye abang.. mama tak nampaklah yang warna hitam yang abang nampak tuh.. mama ambil cermin mata kejap ok..” habis penjuru dinding aku tgk2.. dan it’s there… seekor kupu-kupu kecil berwarna hitam ada kat ceruk dinding bilik. Isk isk…. Ingatkan apalaa.. cuak jugak .. yelah kan orang kata budak2 nih nampak bende-bende yang kita tak nampak.. rupanye aku tak pakai spek jek yang tak nampak.. ((hahahahahah))


[2]

Bila bangun pagi tadi.. aku perlu kejutkan Amirul utk pergi ‘school’. Dah berapa hari dia skip kelas, dan kami biarkan sebab tuk & pah masih ada dirumah. Dan pagi tadi.. aku nekad gak nak kejut , mandi dan hantar ke sekolah. ((Melihatkan keresahan & mendengar tangis dia setiap kali hantar school.. hati ibu manalah yang tak sedih. Kalau ikutkan naluri aku.. aku nak saje hantar dia ke school yang sama dengan Atiqah.. tapi.. mungkin aku kena cuba dulu.. Atiqah namanya sudah dalam list que.. mungkin aku perlu sabar)). Aku bangun kan dia.. mandikan.. Alhamdulillah.. tak banyak pula ragam dia pagi nih.. Pakai baju, amik beg, masuk kereta semua ok. Sampai dekat office .. dia tak mahu keluar dari kereta. Di rapatkan diri dia ke sebelah seat pessengger kanan belakang kereta ((aku kuar belah kiri.. aduhla.. kerata belakang dah drop penumpang.. berlari-lari aku nak keluarkan si mamat tuh dari side satu lagi)). Apa lagi.. meraungla dia bila kena paksa keluar kereta. Berjaya di umpan dengan coklat cadburinn. ((Cadbury)). Dia diam. Melangkah hala ke ‘school’ aku dah budget dah.. mesti nangis lagi la lepas nih.. Tapi dia diam aje.. kagum pula bila dia yang tarik aku masuk dalam kelas, letak beg, amik botol dan… terus lambai “BYE, mama.. “ Aku plak yang terkedu.. bila si mamat tuh.. rileks jek bye bye. Aku melangkah keluar.. dan bila aku toleh balik.. dia dah jalan hala MakDah ((cikgu baru dia)). Tak menangis ? Tak meraung lagi ? Even tade muke sedih sekelumit pun..AMAZING!!

[3]

MARAH. BENGANG. SEDIH. Aku baca paper 2-3 hari nih.. tersangatlah meluap rasa marah aku pada mereka-mereka yang memperlakukan anak-anak kecil nih. Rogol budak kecik, kidnap anak orang.. paling aku rasa MARAH & BENGANG terkini BUNUH ANAK sendiri, bakar dan buang merata-rata. Masya Allah. Apa nak jadi dengan dunia nih.. Ya Allah, semoga aku dilindungi daripada dugaan-dugaan yang menakutkan nih.

Jul 6, 2007

gamba yang blurr


hermp.. baru nak start amik gambar dapur... dua ketul kekanak tuh dah bergaduh berebut nak amik phone ((camera bagi pinjam kat kakLong; so yang ada cume my W850i)). So hanya sekeping gambar blurr ini baru dapat ku snap wat sementara nih.. ((atleast ada la erh.. heheh))


--// my dry kitchen area.. notice dah semak dah kat atas worktop tuh.. heheh.. belum habis nyusun barang lagi.. sbb tuh kena amik dari jauh.. hahah.. //--

Jul 5, 2007

Blur dan Lupa

i have two meeting today. BLUR... i'm blur.
i need to have a mentor for this new job thing's. Too many unknown abbreviation to catch up right now.. hahaha.. ((kuar meeting muke blank!))..

p/s: i hate it when people promises something but forget about it. err.. then i need to marah myself la cenggini.. (( err.. promise Zu and othes to upload antiaris piccas .. err.. asyik lupe aje.. )) Will remind myself again balik rumah ptg nih.. Yay!

my-cendawan is online..

Setelah diberikan galakan demi galakan, akhirnye kemunculan my dear friend Jah blog.. kesampaian juga. ((ahahha.. jah.. kite promo blog awak.. bagi suntikan semangat nak update selalu nih !))

--http://my-cendawan.blogspot.com/--

Jul 2, 2007

: 30th June :
~ Happy birthday to dear kak uteh ~ Eating out at Domino Pizza ((while pergi membeli belah utk orang nak masuk college next saturday - BIL)) ~ Jumpe almost all my adikberadik during kenduri bangNdak ((suprise la juga bila kakLong sampai dari Melaka dengan berbakul-bakul durian))

:1st Jul :
~ Happy birthday to dear Julie ~ K.Long & family and K.Uteh & family menerjah rumah sekitar jam 10 pagi - 1 tghari ((best best.. kali ini muat space utk semua orang duduk-duduk)) ~ MakDah & family pula menerjah rumah jam 2 ptg (( Ipoh mali)) Kesian MakDah.. dia pula tolong masak2 kat rumah.. (( sikulat wat operasi bukak kotak ~ baguss dah tinggal 2 kotak besar / 1 kotak kecik aje ))

piccas ((here))




: today :
~ not sure yet.. nanti update later..