Dec 26, 2006

another stay @ Pantai Medical Centre


Selepas trip ke-5 ke klinik utk seisi nebuliser. Doktor bagi kami refer letter utk ke hospital. Bak kata doktor tuh, mudah sket kalau di hospital, nurses akan monitor temperature baby + intensive care and nebuliser session will be given ((depending on the cases)).

Hari yang sama, mmg she look so tired and hanya melembikkan diri je. Orang dukung ke.. orang letak ke.. "diam aje diaaa". Temperature masa admit kat PMC - 40.4 deg. Tinggi betul masa tuh. Nebuliser session selang 2 jam. Untuk malam pertama stay PMC, pukul 8pm, 10pm, 12pm, 2am, 4am, 6am.. ada nurses yang masuk check temperature & bagi nebuliser.

Mula-mula nurse cuba bagi ubat / nebuliser / amik temperature.. meraung-raunglah si anak dara sorang nih. masuk hari kedua. Cuma titisan air mata aje.. & bersandar pd. mak (( buat muke sedih je minta simpati)). masuk hari ke-3.. ((see pic)).. dia pegang sendiri dah.. mask utk nebuliser tuh.. siap sengih-sengih lagi.. Berlarian nak pakai "takkott" a.k.a kasut ; dan melarikan diri di celah pintu bilik bila ada macik pungut sampah masuk & keluar. Dah familiar ngan orang-orang kat situ.. dan surroundings. Memerintah la dia. Alhamdulillah, by the time discaj.. atiqah is in much better health dah. Ligat pun dah datang balik . Terima kasih kat yg. datang melawat kat PMC ari tuh.. & thanks juga kat company.. yg. coverkan almost RM5000 utk. cost medical .. ((heheheh)).

0 comments: