Membelek-belek rakan seangkatan (bloggers) ; tertarik pulak dengan petikan-petikan jiwang Has. Nak juga aku tempelkan disini petikan Has yang aku rasa menusuk jiwa

wahai lelaki itu, beginilah jawapan dari perempuan itu. perempuan itu ingin menyerahkan seluruh kehidupannya pada lelaki itu. Kerana, di mata hati perempuan itu, dia melihat lelaki itu bisa menjadi penawar segala dukanya dan berkongsi segala gelak tawanya.. Lelaki itu akan menjadi pelindungnya.. Lelaki itu akan mencurahkan sepenuh kasih dan sayangnya kepada perempuan itu dengan penuh ikhlas.. Dan di mata hati perempuan itu, dia juga melihat.. Di dada lelaki itu juga, perempuan itu ingin curahkan segala kesayangan yang ada di hatinya agar dapat berkongsi rasa. Dibawah lindungan lelaki itu, perempuan itu dapat melihat sebuah keluarga yang bahagia.. seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab.. seorang pemimpin yang dihormati.. seorang sahabat yang sentiasa disisi.. seorang suami yang dikasihi.. Perempuan itu berkata dalam hatinya.. "lelaki ini adalah segala-galanya untuk diriku.. mungkin kerana kebaikanku selama ini, aku dibalas dengan lelaki yang sebegini sempurna untukku".. Tapi yang terkeluar dari kerongkongnya.."tak tahu" sambil menjungkit bahu.. Aduhai perempuan itu..
by Mrs.Godangz
0 comments:
Post a Comment