Mar 9, 2016

New Zealand aku datang - Transit di Melbourne

18.11.15. (Rabu)
KLIA2 - penerbangan Air Asia X 10.30mlm





Harinya telah tiba.. Beg dah disusun atur.. Yg mana beg pakaian, yang mana bahan makanan, yang mana perlu mudah akses, yang mana ada dokumen penting. Wang pun telah selamat ditukar.. Sedikit AUD.. Sedikit (eh banyak jugak) NZD. 


packing in progresss.. tak jumpa plak gambar final lepas packing.. uhuh..

Dari Setia Alam kami dah mula bergeraklah ke rumah Yop di Uniten tghari Rabu lagi.. Nak elak jem, tak nak kelam kabut dan yg penting sekali utk meet up with Mak dan Abah.. Our extended travel partner..  Sesampai di KLIA2 terus drop bag dan confirmkan boarding pass dan solat jama' maghrib dan isya'. It is important dan jimat masa utk bila dah siap2 check in (boleh buat seawal 2 minggu before flight di portal AA) .. Tinggal nak masukkan beg nak check in aje..  

Since tempat duduk nak menunggu tak berapa nak ada, kami tak lama hangs around kat luar boarding area tu. So after we waved goodbyes kat org yg tolong hantar kami lat airport.. Zasss berbondong2 kami berlapan melepasi abang kastam dan menapak nak ke Pintu masuk (adddoiiiii ada setengah jam kot) kena jalan before sampai Gate nak boarding. 😌 (Gate paling hujung plak tu..)

Masa ni kurang bijak lagi , tak test pun Boba Air masa ni.. 😭 Maka mama pun carry lah baby Hazim yg sedang enak tido tu dgn tangan.. Perghh selepas 20 minit berjalan.. Tangan jadi kebas.. Huhuhu. Sampai dkt depan Gate, OPEN dah.. boleh masuk masuk dlm.. Terus je cari tmpt duduk yg agak tersorok sket sbb Hazim dah terbangun masa tgh beratur nak lepas 2nd kastam check point kat gate boarding.  Dah le lama beratur ; abang dan kakak pegawai imig bersungguh tgk muke (mcm nak cari pengganas plak).. Lepas je imig tu semua , cari kerusi. Dapat je duduk.. Terus kena bukak "bekal" Tuan Kecik Hazim 😜

Fellow travellers lain sibuk amik gambar group (gegirl) tapi me tak dapek le nak bangun sbb ada org ngempeng.. Lalalala


credit from Farrah colletion.. See me not in the picture..
me there near the window (sila ikut anak panah).. lalalala


Takde delay and what not.. Our flight dari KL ke Melbourne was smooth. Baby Hazim pun tido je .. Kalau bangun bg cucu.. Kalau lenguh tangan kanan tukar kiri.. Lenguh kiri tukar balik kanan (( and it when on for 8-9 hours)) hahahahah.. Mmg le "kejung" tangan.. Padan muke mama.. 😜


#mukekerut

In lala land oredi.. kejut makan pun tamoh.. 

4 am jam Malaysia.. 


19.11.15 (Khamis)
Melbourne Tullamarine Airport jam 9.20 pagi - pick up kereta sewa Apex Rental - singgah Geelong - Nandos halal for lunch - meneruskan perjalanan ke GOR melalui Colac / Princess Highway - Loch Arc - bermalam di Port Campbell Holiday Park - Jauh perjalanan 244km


Arrive di Tullamarine airport dah terang benderang kat sana.. Cadangan awal nak bawak turun some of makanan dlm flight yg tak habis .. Sekali tu flight attendance tak bagi.. Die suruh abesskan juga or ada possibility nnt kena penalty 🙄. Mcm nak tercekik dok abesskan makanan (Paan la nj yg banyak makanan tak luak)

Drama #1

😂 punyala ramai umat yg nak masuk Melbourne masa kami smp tu.. Panjang gile barisan foreigners.. Huwaaa huwaaa.. (Hazim pun apelagi.. Meraung raung sambil beratur tu) .. Tapi ada bagusnya jugak sbb tiba-tiba pegawai kastam melbourne panggil 

"hello.. Sini sini.. Yang ada baby tu .. All the family members ikut saya " ..

Eh orang tu cakap Melayu okeyh.. 

Dapat la masuk special lane all 8 of us.. Lane tu utk orang Aussie.. Dan berfamili.. Cepat "sikitttt" dari lane foreigners tu..selepas berdetik detik masa yg berlalu (terasa lama betul) dgn baby yg dah tertido balik sbb maknye berjaya BF kan sambil jalan dan beratur tu.. Sesampai dkt dpn abang imigration aussie yg nak bagi cop kebenaran Entry to Australia tu..  die punya cara check name.. Die belek muke.. Pastu dia complaint first name last name salah la.. Pastu MDH kena pegi follow ada abang imig lain  utk betulkan name dulu la.. Lepas la satu stage kastam melbourne. 

Tap.. Tapp.. Dushhh.. (Beh kurang camtula bunyi dia cop passport)

Next ni mmg efficient (bab declaring apa barang korang bawa masuk) , kad declare tu dah sesiap flight attendance bagi masa dlm flight. Pesanan saya .. Sila declare semua bende korang bawak "foods..medicine.." Kalau tak sure.. Biar kosong.. Tanya dekat pegawai imig sana.

Kami nak bergerak ke  isle beg keluar tu utk nak pick up bag, tetibe kena sapa dgn sorang macik ni (pegawai imig 😅) dia tanya kad declare tu.. Dia baca-baca sket.. Tanya2 apa food yg di bawa.. Apa medicine yg di bawa. Tanya nak akan stay dimane.. Cara dia bertanya ni sgt friendly okeyh. Dia siap suggest ape tmpt best, siap pesan lain kali beli je beras kat aussie (murah katanya) hahahah.. Lepas tu dia cop semua declaration card tu. Kami kutip bag2 .. Dan terus boleh keluar dari imig area tanpa kena bukak beg pun.. Terkesima jugak le (sebab minda dah set nak kena bukak beg bagai dah)

Drama #2

Siap kumpul ahli rombongan mini (me + kakngah dan hajar) kat ruang arrival airport tullamarine. Memula macam blank.. Simcard? Call? Rental car.. Ahh semua sudah blurr.. 🙄🙄

In summary.. sampai kat Melbourne airport hari tu mmg kelam kabut. Memula ingat nak cari simcard dulu and then call our prebooked car rental company "Apex Car Rental". Tapi rata-rata kaunter jual simcard macam mahal dan tak bukak lagi pun satu hal jugak.. huhuhu. Instruction dari Apex seperti berikut : -


After collecting your luggage, please phone our office on 1800 449 839 for a shuttle pickup, see bottom of the email confirmation for shuttle meeting point map. Virgin, Rex, Tiger and International flights Start from T3 and cross the first 2 crossings. Turn left towards flag poles. Look for Hotels and Off Airport Parking shuttles shelter.

Qantas, Jetstar Start from T1 and cross first 2 crossings. Turn right towards flag poles. Cross next pedestrian crossing look for Hotels and Off Airport Parking shuttles shelter

Bunyi macam senang .. call us.. nnt we will come and pick you up.. Hahaa.. tapi try imagine korang beramai-ramai.. kekanak bercemiuk.. beg bersimpang siur.. baby to handle.. And then come Hajar to the rescue.. Memula tanya soalan pada budak yg tolak2 trolley kat airport tuh (sian ko dik.. sape soh tolak trolley dekat2 kami).. tanya soalan kat mane sebenarnya tempat nak tunggu shuttle from car rental.. lepas dapat jawapan (wlpn pun tak berapa faham ntah di mana).. adik tu kena pow $$ credit phone dia oleh Hajar.. Hajar pinjam (errr.. minta ehsan) pakai phone adik tuh utk call Apex office. :P

Dah settle call, katanya sila tunggu kat tempat di janjikan tuh..

Drama #3

Fuuhh.. keluar daripada pintu airport.. blank nak kemana 2-3 minit.. hahahha. Dah berjaya jumpa tempat menunggu yang betul.. waaa.. ramai orang dah existing menunggu.

Sampai 1st shuttle.. orang2 putih tu naik.. Kami pun di khabarkan akan ada next shuttle.. So bersabarlah menunggu barang 5-7 minit.. Sampai je shuttle tuh.. baru nak usher budak2 dan tarik beg.. Come this 1 malay family (baru sampai situ).. terus je bukak pintu bas.. masukkan beg2 dia.. dah duduk.. Like what ?? Huwargh.. and we were told.. ada lagi bus lain.. kejap lagi sampai.. Perghhh..

Kesabaran pun dah mula di cucuk cucuk.. hahaha..

Come next shuttle pun tak settle isu gak sbbnya ada 4 family nak naik shuttle ada 2 aje yg sampai.. So penyelesaiannya drivers naik dulu.. settlekan registration kereta dulu, family members akan naik (sekali lagi NEXT shuttle bus). MDH berjaya naik one of the shuttle bus dan gerak..  Me & Hazim manage utk squeeze in dalam van yg ada family Farrah & Dman.. Mak & Abah plak decide utk tunggu dgn budak2 dan few other family member yati..

Sampai kat Apex Car Rental.. van pusing lagi utk ambil family members yg tertinggal. Nak lagi best.. Mak & Abah tak naik la plak.. sebab takut kot kot kami dah dapat kereta dan akan dtg ke airport. Yang kami pulak settle dapat kereta.. tunggu la kot kot derang datang ke office Apex.. aduiyaiii..

Maka dgn itu.. bermulalah perpecahan perjalanan semua orang.. hahahhaha..  Hajar & kak Ngah.. gerak sendiri.. Kami patah balik ke Airport dulu nak pick up semua orang.. Yati , Farrah.. all tatau dah pergi mana.. kekekekke.. Yang kami tahu.. target nak lunch dekat Nandos di Geelong. (First stop utk yang bergerak ke Great Ocean Road)

mane ? kiri ? kanan ? banyak lak tu flag poles.. hahahhaha.
Nampak muke muke kebingungan ini

waallaaaa.. ramainye yg dah already menunggu shuttle sampai , pastu siap ada orang hijack,
 sedap aje dia dan keluarga dia naik padahal kita dah tercongok depan tuh
yg hijack tu takde dlm gambo.. orang Malaysia okeyh.. warrrghhh !!!

Drama #4

Original destination : Melbourne Tullamarine Airport - Geelong Nandos (Nando's Waurn Ponds) via M1 highway (no toll)

Selepas terlepas satu simpang.. dan memaksa kami membuat pusingan U. Akhirnya kami berjaya membawa kereta ke destinasi di atas. Pemandangannya daripada pekan besar.. ke kawasan luar bandar.. (mcm takde orang aje sepanjang jalan) & suddenly ada pekan balik kat Geelong. Siap parking elok kat Waurn Pond shopping center .. rupa-rupanya Nandos tu dah 'Permanently closed' . Lalalala..

Sempat la baby Hazim meraung-raung kat baby room situ masa nak tukar pampers ... Beli simcard YES OPTUS $2 for me, hubby and Mak. Meregang2 kaki kejap lepas keluar balik utk cari Nandos lain utk makan tengahari.. :) . Tak ingat specific alamat Nandos yang kami terjah tuh.. tapi berbekal GPS.. search aje la Nandos terdekat since Nandos adalah halal :)




Simcard YES Optus - murah dah jimat $2 simcard, $2 for data per day
tak berapa ingat T&C nye.. tapi murahla.. siap boleh pakai balik lepas balik dari NZ

orang lapor sangat..  bila ayam sampai.. tak hingat dah nak amik gambo..
ngap ngap ngap.. burppp Alhamdulillah

Lepas makan.. sambung perjalanan ke The Great Ocean Road (GOR) melalui Colac / Princess Hwy  hahahhaa.. gile jauuuuhhh weh.. Masa kami bertolak tu dah nak dekat pukul 5 petang (waktu sana) . Colac nih I think macam pekan koboi or area penternakan lembu.. Sepanjang jalan tu.. mmg lembu semata.. lembu hitam, lembu baby..lembu comey.. lembu putih.. hahhaa. Sampai tak larat la dah nak tgk lembu.. Jalannya straight aje.. Ngantuk (dok belakang pun ngantuk.. apetah lagi orang yg drive.. huhu)

Destination set was :-

Geelong to Port Campbell Holiday Park, 30 Morris Street (our cabin for the night) via Princess hwy




Selepas perjalanan yang rasa macam tak berpenghujung.. akhirnya sampai juga ke tempat yang di cari.. tapi masa tu mmg dah maghrib .. 7++ pm..

Perjalanan menemukan kami dengan 12 apostles & Loch Ard Gorge before arriving at Port Campbell Holiday park.. Yey.. Sempat juga singgah dalam kesejukan petang (hujan renyai2) di Loch Ard Gorge. Alhamdulillah.. :)


Yey.. sampai..
First gambar di main attraction di GOR :)
sejjjuuukkkkkk.. 
MDH, kids and Abah turun ke bawah.. (tangganya berlingkor2).. baby Hazim, me & Mak tak sanggup turun.. hahahhaa..  Sejuk dan tak sesuai nak bawak baby turun..

mereka yang berjaya turun.. 


Abang & Geng

Finally , we arrived at Port Campbell Holiday Park.. letih ya amat.. ahahaha

Booking utk 2 cabin sleeps 4-5 kat PCHP aku yang buat.. Paid sesiap dah before datang lagi. 1 for us, 1 for kakngah dan hajar. Masa kami sampai nak ambil kunci.. Kakngah dan Hajar langsung tak nampak bayang.. Mano la diorang ntah. Nak contact pun tak boleh.. Diorang tak on whatsapp or online di mana-mana 😅. Kunci kami dah ambilkan, cuma pesan kat office pchp kalau my friend "hajar" sampai tell them keys kat kami dah.. Or kalau tak sampai2 . Minta tolong letak notis dan password nak masuk dpn pintu office (palang masuk holiday park tu pakai digital key okeyh.. Kena punch password baru di angkat palangnya .. Canggih betul)

Dapat kunci terus la check in.. Dah nak gelap gak baru kakngah dan hajar sampai nak ambik kunci..mane ntah diorang singgah (tak sempat nak tanya masa jumpa amik kunci tu). Nak discuss plan perjalanan esok pun pakai whatsapp aje, padahal cabin sebelah .. hahaha

Malam tu dinner maggie.. 😝 Mak , abah pun semua belasah makan maggie je.. Esok nya je baru masak2 bawak bekal.. Beg kena punggah gak nak keluarkan baju tidur, kuarkan beras utk masak esok, lauk brahim segera. Cabin tu ada satu bilik, bunk bed + satu extra bed + sofa. 

Abang dah cop nak tido kat sofa, mak, abah, ika dan paan tido kat bunk bed + extra bed. Me dapat landing atas queen bed ngan hazim.. Tido nak ngempeng plak tu.. Aduiii.. Tetengah malam.. aku terbangun dek terasa kesejukan melampau.. Tertido tak berselimut.. (Hazim ok sbb die dah dibungkus2 berlayer layer).. Mak die la gigil2 tak boleh tido.. Kat luar bilik ada heater.. Dah on dah... Org yg tido kat bunk bed semua lena habis .. Warm kat belah situ.. Tapi dlm bilik mmg sejuk tak boleh tahan.  Aku terpaksa kejut encik Bull sebab dia tido dah hempap selimut.. bungkus buungkus kaki.. pakai stokin bagai baru leh tido. ZzzzZZz..

Nota : esok tu baru ku tahu rupanya katil ada heater (T_T) .. itu pun masa Hajar datang jengah nak discuss plan jalan balik ke kota Melbourne..Aku tgh nak lap lap Hazim nak tukar baju.. Hajar tanya "uiii.. sejuknye katil.. apesal tak bukak heater .. " sambil tangan dia mengetik suis di sisi katil..

(T_T)




Cabin #4 - can sleep 5-6 pax

Interior (ini google seach result) - TV tu dah canggih masa kami gi arituh.. dah LCD
Dalam bilik itu la aku kesejukkan gara2 tak ON kan heater katil (T_T)

Cabin Layout - beginla layout dalam cabin tuh kecuali bunks tu je instead of melintang, kaminya menegak kat dinding tuh
+ ada satu lagi additional bed (yg nak guna baru di buka di letakkan dalam bilik kami)

Next post laa.. panjang nau dah.. 

4 comments:

Unknown said...

I'll post cerita di mata kami pulak nant😆😆

yatiscloset said...

x igt plak family melayu yg hijack. tp kite bengang sgt ngn apex...car seat n booster tak letak siap2..jenuh tunggu..pastu x tlg psg...kesimpulannya kt apex tu pon dh berjam nyampah

hepi je muka bull kat GOR tuh :p

asmasalleh said...

Hajar@Fitt1100 - cepat update post !!!!! ini adalah arahan yg tak boleh di bangkang.. hahhaa

Yati - iye family melayu.. sedap aje sampai2 terus naik.. ((tarik rambut)). Ye.. banyak buang masa utk urusan kereta sewa.. (T_T) .. kalau tak sure dapat berjemaah berjalan dan benti2 makan sesama.. ini mmg haru biru jadual.. hahahha

muffinschokolade said...

salam. thank u sharing. i tengah blogwalking cari info pasal tempat nak tidur GOR ni. Port campbell ni location dia ok ke? tengah fikir nak tido satu atau dua malam kat sini. menarik tak port campbell ni atau boring takde apa.hehe