Mar 18, 2016

New Zealand aku datang - The Great Ocean Road (while in Melbourne)

OEO20.11.15. (Jumaat)
Ke Melbourne Airport Tullamarine melalui jalan pantai ke Apollo Bay . Jauh perjalanan 98km. Singgah 12 apostles - picnic lunch bekal dan beli dihalal restorant Iluka Restaurant di Apollo Bay - Lorne beach - sempat juga beli buah-buahan segar strawberry dan cherry. Singgah solat di Masjid di Geelong - drop off car rent - Melbourne airport - Flight 12 am

One for the album :) - gerbang GOR

Hari kedua di Melbourne :)

Selepas segar dan mendapat rehat yang cukup, hati pun berbunga-bunga .. Maka dapatlah berjalan-jalan dengan lebih gembira (drama tetap ada.. tapi kurangla dari Day 1)

Bye bye Cabin #4 - dah segar baru leh bergambar depan rumah.. :)

Route balik ke kota Melbourne adalah menyusuri The Great Ocean Road... yang berliku-liku tapi Subhanallah permandangan yang cantik dan mendamaikan hati. Google Maps kata masa di ambil 4 jam.. tak masuk berhenti .. hehehe.. So kebenarannya adalah bertolak pepagi.. kol 8 malam baru sampai airport.. kuhik..

Sebenarnya Kakngah dan Hajar dah guna laluan pantai masa datang ke Port Campbell, konon masa balik ke city diorang nak lalu Colac pulak.. Tapi sebab dengar kami dok bebel betapa bosannya jalan Colac tuh.. diorang pun terus tukar plan .. balik lalu pantai .. :P . Dengan berbuddy travel nih semangat sikit ... ada motivasi (pandai je aku yg dok belakang nih).

Port Campbell - Apollo Bay - Lorne - Anglesea - Geelong - Tullamarine Airport



Since hari #1 sampai dah gelap.. kami baru nak singgah attraction yg ada di sekitar Port Campbell. Yang dah pergi satu tempat aje semalamnya hanya Loch Ard Gorge. First destination kami singgah adalah The Twelve Apostles. Nih lah dia ikon kalau korang google je Melbourne mesti ada gamba nih.. or kalau ada iklan "mari ke Melbourne..." itu la gambar utk promosi nya.. 
The Twelve Apostles is a collection of limestone stacks off the shore of the Port Campbell National Park, by the Great Ocean Road in Victoria, Australia. Their proximity to one another has made the site a popular tourist attraction. 
(sumber wikipedia)
Ok jom share gamba dekat ruang peninjau nya..

Twelve Apostles 



Sebenarnya ada lagi main attraction di Port Campbell ni "London Arch" dengan "The Arch", tapi kami tak singgah 😅. So if you are travelling to GOR, boleh lama singgah tmpt menarik yg lain ye..

Selesai menikmati keindahan ciptaan Allah dan puas bergambar, perjalanan di teruskan ke Apollo Bay (target lunch di sana). Perjalanan mmg penuh liku.. Sekejap di menyusur tepi pantai, sekejap masuk ke kawasan berhutan.. Tapi much much better daripada jalan straight Colac tu.. 😅

Apollo Bay ni dari kejauhan boleh nampak dah (ye la kan.. Ianya adalah sebuah teluk - blaja geografi kan? Ini adalah salah satu bentuk muka bumi hasil daripada hakisan ombak) . Dalam lagi 10 minit nak sampai keluar dari kawasan hutan belantara sikit boleh nampak dah view Apollo Bay 😘

Sampai kat Apollo Bay ni.. Berhenti jap tepi jalan (suke suke aje sbb tak banyak kereta kan) bincang bincang apa rencana dgn kete kakngah & hajar. Dah lupa ada something yg buatkan kereta satu lagi berhenti, tapi kami menunggu je kat tepi tu jugak. Waiting for..? 

Suddenly Mak spotted kedai buah.. 😍 .. Apalagi.. Terus je Mak dan Abah turun pergi jengah. While waiting for Mak dan Abah masuk kedai buah, kami google map sekejap di manakah lokasi LLuka Restaurant (Halal certified) utk beli additional lauk dan foods utk lunch. Rupenya dah sampai pun.. About 50 meter dari tempat kami benti beli buah tu. So hubby find a better parking slots, and off he goes to Lluka utk mencari makanan. Yummm.

Both misi mencari buah buahan dan makanan berjaya. Mak dan Abah kembali dgn cherry dan strawberry yg super yummilicious. Hubby comes back with 1 ekor grilled chicken dan set of fish and chips. Moh makan lunch!! 
stoberi yg sedap amats.. 

Yummmmeehhhhh.. wuihh terkenang2 kemanisannya

Ceri pun manisss sangatt.. aaaa sedapnye
Utk tips.. Sila bawak sos cili yg kecik2 dapat dari kfc ke, mcD ke kat Msia tu sbb kat Aussie derang ni cili sos tu kena bayo kalau nak .. Add on okeyh. 

Dan kami pun jadi ala-ala orang putih berkelah di tengahari kat taman. Cuaca nyaman nyaman gitu.. Best best..
Piknik Lunch
Credit to Farrah :)


Peace yo!
budak budak bergembira 
Bila perut dah kenyang.. Budak-budak pun bergembiranmain di taman dgn rakan-rakan. Mak-mak pun dah posing selfie sedas dua das.. Perjalanan kami diteruskan ke Lorne. Before meneruskan perjalanan , singgah di stesen minyak di pekan Apollo Bay dulu. (Isi minyak weh.. Kang tak pasal2 benti tgh hutan ke ape ke.. ) 

It's a long windy road (cewaahhh).. Menyusuri pantai, tebing batu yg curam, berliang liuk jalannya .. (Sakit pinggang rungut si driver yang sorang) 😅 . Sampai di Lorne, driver terus cari best spot utk parking. Pekan ni nampak lebih ramai orang (tak sure local or tourist.. Tapi pekannya 'happening' sikit compare to Apollo Bay tadi). Mak sempat sambar 2-3 keping fridge magnet di Kedai souvenir yg kebetulan btul2 depan kereta park. Agak lama kami berhenti rehat di Lorne ni..sebab Pak supir (hubby) mahu melepaskan lelah memandu sambil hirup udara segar di pantai Lorne. Burung2 kakak tua ada byk kat sini dan sangat2 jinak.. Mcm kalau kat Msia tu kita tgk bersepah2 burung merpati or gagak ke.. Sini bersepah2 burung kakak tua.. Comel ❤️

Melepak di Pantai Lorne

Lepas semua settle meregang kaki, kami set utk pergi ke Split Point Lighthouse , kemudian kalau sempat ke Brighton beach boxes. Mulai saat memulakan perjalanan dari pantai Lorne.. Kami terpisah lagi sekali dgn Hajar dan KakNgah..keh keh. 

Split Point Lighthouse ni kena masuk agak ke dalam dari main road, boleh nampak dari main road. Percubaan demi percubaan utk contact kak ngah or hajar (diorang tak ambil data plan ketika di Melbourne.. ) udahnya.. Kami jalan je lah dulu. 

Selepas buat perkiraan (pakai gps) , kereta kami cancel trip ke Brighton beach  sebab dah lewat ptg baru sampai situ, kemudian nak patah balik ke airport.. Takut kelam kabut. So bye bye rumah2 kotak yg berwarna warni.. Lain kali kita ajelah kita singgah.

Split Point Lighthouse
(menunggu team satu lagi yang tak tiba hingga akhirnya)

Sebelum ke Airport, kami singgah di masjid di Geelong. Sempat juga singgah di kedai makanan halal (asian cuisine katanya) berdasarkan pamplet yg Mizy jumpa di masjid 😬). Later I cari address dan nama kedai tu.. Sedap. Since kami masih ada lagi nasi putih yg di bawa bekal , kami beli lauk kari daging dan tomyam sahaja. Fuuhh mmg sedap sampai menjilat tapawer.. Heheheh. Makan berkelah dalam kereta je pun. Malas nak keluar dari kereta. 
Geelong Mosque
Ustaz Hazim (bagus baik aje kena baring kat masjid while mama nak solat)

Siap makan, off ke destinasi seterusnya airport. Hiyahhhh.. New Zealand kami nak datang!!!!!! (Berkobar kobar jiwa) 😍






0 comments: