Sep 8, 2014

Jeju-Seoul - Jeju Day 1

Woha.. lama gila nak sambung update Jeju Seoul nih.  Before 'hilang ingatan' jom kita tempek sini alkisahnya.

So here is the journey (maleh plak nak edit .. tambah tambah arrow macammana kami bergerak utk 3 hari tuh). Tapi basically cenggini la eh.

See Jeju Airport yang kat atas tuh.. situ tempat kami berlabuh. :) Lepas berlabuh kami bertebaran di pekan Jeju (sekitar airpot tu je) utk pi amik kereta sewa. So mane kami pegi selepas tu ?

Kami ke kiri peta dibawah. Bergerak secara melawan arus jam.



Lokasi 1 -  Yongduam Rock (Dragon Head Rock) (용두암)

Selepas berpusing-pusing gara-gara tak biasa mengemudi kereta di pandu sebelah kiri (ewaahh.. macam la kita yg drive). Akhirnya kami sampai ke lokasi pertama.  Yongduam Rock (Dragon Head Rock) (용두암).  Blur blur masa sampai sbb tatau apa nak expect.. hihihi

Rupanya kat sini ada batuan hitam kat pantai yang mengunjur ke laut berbentuk kepala naga.  Pantai kat sini terbentuk dek lava gunung berapi .. so batu-batu die pun warna hitam macam tuh. Sebab baru sampai.. masih kenyang sarapan tadi kat airport.. So cuma tgk2 aje orang jual oren jeju, jeju aiskrim, sotong bakar (pergh.. bau mmg mengancam). We take some picture.. pastu meneruskan perjalanan yang masih jauh.






Bila berjalan lawan arah jam kat Jeju nih.. attraction tak berapa banyak at this side of the island. So next stop selepas  Yongduam Rock adalah berdekatan terus dengan penginapan kami malam tuh.  

Lokasi 2 - Cheonjeyeon Falls

Cheonjeyeon Falls ni masuk berbayar. Sila la kira sendiri seperti dibawah :P


Di sebabkan dah banyak sangat upacara jalan kaki sejak menyampaikan diri kat Seoul sampai le sampai ke Jeju nih.. Saya telah meng'give-up'kan diri utk menjejakkan kaki turun mencari si air terjun. Turun tingkat 1 aje.. next waterfall ampuunn.. belum pegi turun dah tobat dulu.. Walau bagaimanapun MDH, Amirul and Ika turun.. chaiyok!!







Selepas semua selamat naik , kami pusing2 kat park atas tu amik gambo ngan monumen2 yg ade, haram tak paham mende ntah tulisnye.. hehehe



Done with melepak2 .. kami terus mencari penginapan pertama. Jeju Yilin Pension

Canggih apartment yang kami duduk utk satu malam nih. Modern style, fully equip dgn tempat masak, dekat dengan attraction area, tepi main road, dekat ngan kedai (tak pegi pun tapi), bersih.. cuma satu aje la.. takde lif. Kami dapat 2nd floor.. (T_T) nak menangis menarik dan mengangkat beg yg berat gila (sbb baru day 1 trip) naik tangga. Siap bag terslip dan hempap kaki (mati satu kuku kat kaki den.. sroott srooot). Biru .. hitam smp la ni ha.. 

Selepas dah check in.. mmg pengsan semata-mata.. tak larat nak keluar.. larat masak nasi sempoi.. pastu zzzzzzzzz.. pengsan! Hanya manage amik gamba esok paginya masa nak check out aje dari luar. Dalam bilik mmg tak amik gamba pun.. hahaha. teruk betul. 



Itinerary Day 1




0 comments: