Sep 23, 2012

KSSR

Hari ini. di jemput datang ke sekolah.. Sempena sekolah ganti.. dan sempena katanya nak beri penerangan kepada ibu bapa tentang KSSR.

Selepas beberapa event sekolah yg kami datang seperti masa di catatkan dalam surat sekolah ..... hari ini we decided not to.. Sbb sakit jiwa aje.. Janji melayu..  kalau tulis kol 9.30 tuh.. pandai2 la tambahkan setengah jam (kira canggih la tuh).. or selalunye 45 minit pastu baru le nak setat.. haiih... malaysia boleh !


Selepas membuat aksi air mata.. jurai jurai... huwee huweee..(T - T) "ayish tanak tinggaii".. Maka cairlah hati ayahanda.. lalu berkata.. "Bawak aje ala. Sesampai di sekolah,  bukan main lagi tuh.. masuk dewan.. duduk atas kusi penuh gaya dan tertib.. "gayanya mengalahkan orang  nak register masuk sekolah dah nih" .. 

Taklimat 
Venue : Dewan

Errkks.. ntah la cikgu.. cikgu dok pusing pusing cerita.. dan baca slide presentation tuh.. amat meletihkan minda saya. Namun adalah juga perkara yang telah dipelajari.. antaranya ; 'Mithali' lebih baik dari 'Terpuji'.. agak mengelirukan bukan. Macammana la cikgu-cikgu nak sukat terpuji dan mithali.. Jangan anak saya jadi mangsa kekeliruan nnt sudahla.. Ada 4 tahun lagi nak utk tiba Batch Pilot ini menghadapi penilaian akhir. Huhuhu.. 


Setengah jam cuba digest apa yang cikgu tu cakap pasal KSSR.. budak ini tanya soklan berikut : 
"Mama .. bila nak baaaliiq ?" Mama... bila nak baaaliqq ? Dan aku pun angkat punggung .. bawa dia merayau ke kelas abang sebelum dia buat aksi lebih tragis di dalam dewan. 

Venue : Kelas 2 Prima 

Cikgu kelas ntah ke mana.. budak budak berlari-larian.. Ibu bapa plak (di mulai oleh saya) godek sendiri fail2 'aviden' --> haihhh.. sekarang dah ada penggunaan 'aviden' la plak.. isk isk (dynamik sungguh bahasa melayu kita) . Fail pelajar yang sememangnya dah di susun ke tepi kelas (buat andaian sendiri ajela.. "mesti ini yang cikgu nak tunjuk kat kita kot"... ) diselak selak..Yang ada cuma slip utk prestasi darjah 1 dulu adala.. 

Darjah 2 setakat ada aviden sahaja (lembaran kerja umpamanya macam kuiz ) . Ariff  buat sesi interview dengan abang-abang kelas 2 Prima.  Macam artis lagaknya.. tergelak gelak ngan abang-abang tu.. macam la hebat sungguh dia.. :)



Venue : Kelas 1 Prima 

Abess belek buku abang.. merayau pula ke kelas Ika (MDH masih setia dengar taklimat.. hebat).

Owh.. kelas Ika pula cikgunya ada.. boleh la belek fail sambil tanya tanya.. paling best bila kat 'aviden' tu ada tulis 'D4B2E1' . Sebelum keluar dari dewan tadi sempat dengar cikgu tu ada 'explain' pasal kod kod nih..

Kata cikgu yang bagi taklimat tuh:

D - darjah , E - Aviden, B - Band
** pelikkan gak.. Sebab D (bahasa melayu).. E ( apesal plak bahasa inggeris for Evidence) ..

ku tanyakan cikgu kelas "Cikgu.. D tu utk apa ye ?" -- tanya sebab kat kertas Ika ada D4, ini soalan darjah 4 ke ? Rasanya KSSR tahun 3 pun tak habis develop lag..

Cikgu : D.. hmp.. D ape ye ? saya pun lupa..

Aduiiii.. (@-@) sampai balik .. tatau ape itu D4.. lalalalla

Venue : Kelas 2 Prima 

By the time, aku habis belek dan ucapkan selamat tinggal pada Cikgu kelas Ika.. MDH pun dah selesai mendengar taklimat dan pergi ke kelas Abang balik. Since ramai parent dalam tuh.. kami pun dah belek dah fail abang... cari pen dan sign la apa-apa yang patut...

Sebelum nak keluar kelas.. MDH terdengar salah seorang parent tgh argue dgn cikgu tu..  kenapa anak dia berada di band tu, mana avidens ? macammana cikgu translate aviden kepada Band ? aduhh duh..
**macammana nak measure beradab / terpuji / mithali ye.. still make me wonder.. ?!**

Kami pula berangkat pulang....

Si artis.. balik dok mengulang ayat  berikut kat rumah :

"Ayah mana ? Ayah mana ? " ini semua gara-gara seisi borak ngan abang kelas 2 Prima. New vocabulary utk dia hari ini adalah  Ayah = Papa






5 comments:

Anonymous said...

Salam , maaf terpanggil untuk menjawab apa yg ditaip dan yg menjadi persoalan Pn. ..... D4 = deskripsi ...yg mana ada dlm dokumen standard tahun satu bg subjek masing2.. Deskripsi membawa maksud skill yang hendak diuji atau dinilai. B1 ...B2 ... B3 ...B4 ...B5 ... B6 ...itu untuk band mana yg anak puan dpt kuasai...contoohnya kalau setakat band 1 ...dia tahu eja ayam ...tapi x tahu objek yg disebut sbg ayam. setakat tahu eja. kalau band dua dia tahu dan dia faham ayam itu binatang. band 3 ...dia tahu perkataan ayam ...dia faham ayam itu binatang dan dia dpt meniru bunyi atau menunjukkan ayam. band 4 dia dapat membezakan ayam dan binatang lain ...band 5 dia dpt memzahirkan perbezaan ayam dan binatang lain dr beberapa ciri contoh melukis dan mewarna dengan kemas. band 6 dia dpt ceritakan apa itu aym dgn ciri tg lebih teratur dan melukis serta mewarna dgn kemas dan artistik ... tu hanya contoh .... manakala E1 (eviden)..itu merujuk kepada hasil kerja murid /lembaran kerja yg murid buat dan selalunya ada perkataan menguasai atau tidak menguasai .... setiap eviden bergantung pada apa yg hendak diuji oleh guru terbabit. Semua ujian yg hendak di uji adalah merangkumi dokumen standard yg awal dikenali sbg D4 <<< skill 4.0 ...kalau bhs inggeris language arts ..... maaf kalau penerangan saya salah ...pn blh rujuk di portal moe

uja said...

Sungguh kagum dgn bdk2. Dpt vocab baru terus guna.. Tu cepat sgt progress belajar bahasa ;)

Anonymous said...

System baru ni lebih memeningkan kpala.. Ckgu pn mnusia biasa jgk, sometimes de yg t'ikut2 dgn ati n prsn. Budak2 plak dh tntu la nmanye budak., klu yg ok tu ok la. Tp klu yg jenis bnyk kerenah ni, slalu plak wt ckgu geram., jgn la nk nye jd mgsa kegeraman ckgu tu. Budak pndai n lyak dpt b6 Di letaknye b3. Contoh......

Anonymous said...

Asslmkm...salam sejahtera.Rs trpggl jgk utk mmberi respond.Kami guru dikehendakki melaksanakan dasar2 pelajaran yg digariskan oleh PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM melalui SUKATAN2 PELAJARAN YG DIGUBAL bukan pandai2sendiri.Hrp maklum...

sikulat said...

ramai juga cikgu Anonymous di sini :) .

Melaksanakan dasar mmg la menjadi tanggungjawab guru2. Maka harapnya dapatla di laksanakan dengan baik dan tertib.

Banyak huruf besar dalam reply cikgu Anonymous dated 12 Jan. (( orang selalu associate HURUF BESAR = MARAH.. SAYA MARAH)).. cikgu marahkan saya kah ? Atau cikgu marahkan kementerian kah ? konpius saya.. errr.. salah ibubapakah ?