May 10, 2009

Selamat Hari Ibu...


Selamat hari ibu , Mak...... wlpn mak tak mungkin akan baca entry dari Nor nih.. tetap Nor sgt bersyukur dilahirkan dan di besarkan oleh Mak. Nor tetap takkan pilih ibu lain wlpn diberikan peluang ape sekali pun.... banyak yang nak Nor katakan pada Mak ... kalau Mak masih ada... tapi tak mungkin kan.. ?!

Hari ibu.. buat saya sayu....

Buat ibu mertua ku.. your love and care makes me feels so comfortable to be in the family. Thank you so much! (rasanya.. sukar nak dpt ibu mertua se 'sporting' spt Mak). Nor minta maaf banyak2 kalau Nor nih bukanla yang terbaik yang ada di dunia nih utk jadi anak menantu Mak. Banyak rasanya kalau Nor ada terbuat salah silap.. Nor minta maaf banyak2.. sbb Nor bukanlah orang yang sempurna... dan masih banyak yang perlu Nor perbaiki. Terima kasih.. sbb terima Nor seadanya.. Terima kasih atas tunjuk ajar & bimbingan yang Mak berikan selama ini.. ... Terima kasih... ucapan terima kasih sebanyak manapun.. tak mampu nak balas apa yang Mak buat selama nih...

Betulla.. kata orang.. takkan kita sedar betapa dalamnya pengorbanan seorang ibu sehingga kita sendiri menjadi ibu... Dan kadang-kadang kita selalu alpa bila sesuatu masih ada di depan kita.. Bila dah tiada.. ??

Selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu.. ! Do you best !

2 comments:

Azury said...

Happy Mother's Day 2u. Menyentuh perasaan sungguh ucapan semah. Rasa macam ditulis on behalf of me pulak because I would have said the same to my MIL, and about taking our parents for granted when they r still around. Well said semah.

makwezek said...

Assalamualaikum Nor.....
Selamat Hari Ibu juga buat Nor..... terima kasih kerana menjadi ibu yang baik buat cucu-cucu mak!Terima kasih juga kerana menghargai & menyayangi mak & keluarga....
Mak pun bukanlah mertua yang sempurna,mak juga mohon ampun sekiranya teguran & bimbingan mak mengguris hati Nor.Pada hari Nor sah menjadi isteri anak mak,dengan ikhlas mak dah anggap Nor sebagai anak perempuan mak,justeru segala teguran dan tunjuk ajar mak adalah berdasarkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya...sepertimana ibu-ibu lain di alam maya ini.Sama-samalah kita bedoa agar kasih sayang kita sekeluarga semakin teguh dan utuh serta dirahmati Allah....amin!