Oct 13, 2005

Event 2: Majlis Berbuka Puasa KRONI

Attention to all KroNi (semua kengkawan!!!!!!)

Assalamualaikum,

Wahh ehehhe.. cadangan tmpt banyak, tapi seperti yatipruzz, kami (saya & DH) amat mengalu-alukan cadangan berbuka puasa @ BBQ di rumah Halim atas dasar berikut :

+ bolehla kami senang hati membawa putera & puteri kami
+ senangla hati amirul berlari-lari ke sana ke mari tanpa ada orang asyik tangkap die soh diam-diam setempat sahaja
+ boleh la atiqah senang hati berguling guling di atas hamparannya
+ boleh la saya berlunjur kaki memegang kedua anakku itu...
+ boleh la Dh tunjuk skill bakar BBQ (aper susah wat teknik pakai kipas --> seperti yang di ajar oleh Farul/Tapai suatu ketika dulu)
+ bolehla berborak sakan tanpa mata-mata pengurus kedai yang dok jeling (dlm erti kata lain soh balik)
+ bolehla senang hati bergilir solat @ berjemaah (lama dah tak berjemaah ngan kroni)
+ banyak lagi hikmah nye tak dapat ku gambarkan disini..

tapi kalau jadik -- kol bape nak dtg nih? kena prepare awal nih.. YEYY

0 comments: