2-8 January
January 4
4.15am
Makpak terus bongkah bangun....habis hujung katil dah lencun.. Tak tengok lagi part atas lantai..Adusss. Paan dah ulang balik masuk toilet.. Muntah ada..cherry berry jugak. Tatau berapa round dah dia muntah & tercirit.. Seluar dah berganti..pun kena lagi.
5.30am
Akhirnya Paan dia terlelap dalam berselimut gara-gara.. suar takde. :P Mak malas nak turun cari seluar kat bilik bawah. Ada Atok & Pah datang bermalam, semangat nak ikut sama menghantar Abang masuk asrama pagi nanti. Nanti kalau Mak pergi ketuk pintu nak ambil seluar Paan, harus Atuk & Pah join bersengkang mata pulak nnt.
645 am
Sebagaimana di rancang.. yang nak bertolak ke asrama harus memulakan perjalanan. Bismillah.. bertolak lah Mak, Pak, Atuk, Opah dan Abang ke Labu Negeri Sembilan. Bajet-bajet sampai awal, singgah RNR bersarapan dalam perjalanan nanti.
Jangka perjalanan 50 minit.. masih awal pagi. Kereta pun masih sikit di jalan raya. Berhenti rehat di R&R Seremban seperti di rancang. Kelibat mak bapak lain dengan anak seragam sekolah menengah merata-rata. Agaknya semua serupa idea..moh sarapan dulu sebelum register. Pendaftaran sbp seragam tarikhnya 4hb Januari..berteka-teka sendiri agak-agak ada tak antara anak-anak berseragam ni bakal meneman Abang di sekolah nanti.
Jom swafoto Abang |
Berdedai dedai orang singgah sarapan sebelum pergi register |
8.30 am
Selamat memparkir kereta di perkarangan sekolah. Huh... mak rasa nostalgia sangat (sbb hantar anak masuk sekolah mak tinggalkan 20 tahun yg lalu). Walaupun tentativenya pendaftaran bermula 9 pagi seperti dalam surat. Tapi kaunter-kaunter di jaga pelajar-pelajar senior telah pun di buka dan boleh mula memproses. Proses pendaftaran di bahagi-bahagi dalam beberapa section. Kaunter semakan, kaunter Rumah Sukan, kaunter Bayaran Koperasi, Kaunter bayaran Asrama semua berasingan. Membenarkan ibubapa penjaga mudah bergerak tanpa perlu beratur panjang. (Boleh juga skip kaunter, pergi yang mana kosong). Bijak sistem ini. Berpeluh-peluh juga mengeluarkan wang pendaftaran.
10.00 am
Selesai urusan di dewan, kami boleh pilih hendak ke Koperasi (mengambil barang-barang yg telah di bayar tadi) atau boleh terus ke asrama. Kami pilih pergi cop katil dulu la.. hhehehhe.. Mak pak & Abang terus di serbu (boleh kata serbu gak le.. sbb dalam 4-5 orang nak tolong angkat barang pergi asrama). Okeh adik .. sila lah bawakkan barang nih (ecewaaahh.. mak perasan masih muda).
Beratur di Koop |
Locker inspection - sampai awal boleh pilih-pilih |
Bilik Rumah Umar |
Dorm mengikut rumah Sukan. Form 1, Form 2 dan 2 abang MPP akan duduk dalam satu bilik. Cadar semua seragam ikut warna rumah Sukan. Loker sorang satu, besi & sangat luas (ini comparison kepada zaman mak dulu yg cuma dapat loker kayu 1/3 size loker si anak nih). Masa Mak , Pak dan Abang sampai bilik, abang MPP tengah menyapu sampah. Comel-comel dan sopan aje orang nya. First impression mak & bapak.. "nampak harmless" . Moga mmg begitula sifat azali nya walaupun nnt penjaga dah balik.
Aihh senang sekarang, pakai pasang siap aje.. tak aci nih |
Loker yang besarnya weh.. |
11.30 am
Ada taklimat daripada pentadbir sekolah. Yada yada.. sesi soal jawab. Done.
Mengenang masa depan ke ape kah ? |
Since masih boleh bawa anak keluar sehingga pukul 6pm. Kami keluar balik, terus decide nak pergi ke rumah PakSu di Bangi Avenue sambil singgah beli sandal utk Abang , kidnap senaskah tafsir dari rumah Paksu, makan tengahari, jahit badge di baju sekolah Abang (ada satu badge aje pun dapat beli.. jadi la.. asal ada). Sempat juga buat kunci pendua utk loker di asrama (satu bg abang simpan spare, satu letak dlm kereta makpak, satu tinggal rumah Paksu - dahsyat tak planningnya.. heheh)
Duplicate kunci in progress |
5.50pm
Abang yang dah siap mandi di rumah Pak Su, turun kereta terus berlari naik asrama. Nak tukar baju melayu (Abang MPP dah pesan tadi, pukul 630pm dah kena siap nak makan malam & lepas tu ke Surau).
Hmpp... bye bye Abang (nampak ke dia berlari naik tangga tu ? ) |
Ganbatte! |
Uiihh.. semangat. Takde toleh toleh belakang pun. So mmg takde la episode anak teriak , mak teriak. Mak terkebil-kebil ada la.. Bye bye Abang . Moga sukses selalu (Doa mak dalam hati)
by 7pm
Sampai di rumah.
Tengok Paan melembik. Tengok Ajim pun sama merengek-rengek. Sorang muntah & cherry berry.. Sorang deman & cherry berry. Lepas solat... terus bawa keduanya pergi klinik.
Orang sakit 1 |
Orang sakit 2 |
3 comments:
Ha ah jeles tgk locker tu.. :p
Sangat jeles.. hahahaha
Wynn casino and hotel - Mapyro
Wynn Casino 세종특별자치 출장안마 and Hotel - Las Vegas. 4.5/5 495 reviews 군포 출장안마 Price range: from $111 (USD) - We 화성 출장샵 Price Match! Check guest reviews, photos and 김해 출장샵 ratings. Rating: 전주 출장마사지 4.5 · 975 votes
Post a Comment