Week in a Life | 2017
2-8 January
Kesinambungan cerita Sekolah, Sekolah & Hospital
January 5
Mak urgent leave.. monitor dua orang budak sakit
January 6
Bapak urgent leave .. take turn monitor dua budak sakit
January 7
Hari Sabtu.
Adehh.. mmg tak boleh jadi dah nih. Paan still continue to throwing up everything yang dia consumed. Ubat toksah cakap lah..air .. makanan ..ape saja.. huhuhu. Lepas Asar, paknya kata.. jom kita pergi hospital. Before ke hospital, kena dapatkan refer letter nak minta GL dulu. So bergegas ke Klinik Araa berdekatan rumah. Doktor pun tak banyak soal, dia pun setuju, kena drip air nih. Ciri - ciri dehydrated mmg makin obvious. Alarming.
Destinasi pertama, kami ke DEMC (sebab utamanya adalah , paling hampir dengan rumah. Apa apa nanti nak ulang alik hospital - rumah , MUDAH.
Adeehh.. letih nak story pasal DEMC nih, with refer letter tuh, kami Q dia emergency lane. Tunggu punya tunggu.. Sampai lah giliran. Itu pun dah satu jam masa berlalu. Masuk-masuk bilik Doktor tuh, doktor tu tgk sikit.. Dia pun setuju anak nih perlu di hospitalised. "TAPI.. sekejap ye Mak, saya pergi cek ada bilik tak"
Credit to the attending doctor - sbb segera bingkas bangun pergi cek bilik - TAKDE KOSONG.
Terus suruh Mak decide Hospital lain . SEGERA.
Credit to the attending doctor - sbb segera bingkas bangun pergi cek bilik - TAKDE KOSONG.
Terus suruh Mak decide Hospital lain . SEGERA.
Dah buang masa 1 jam kat situ. Mak dan pak terus aje vrooomm kereta ke Hospital Pantai KL. So far tak pernah mengecewakan dalam memberikan treatment segera. Walaupun nun jauh dari rumah .
Di HPKL, Alhamdulillah.. semuanya mudah dan segera di uruskan. Menunggu sekejap dlm 2-3 minit selepas pendaftaran di kaunter Emergency. Terus Paan di panggil masuk, boleh menunggu Doktor access di dalam wad temporary di Emergency treatment. Assessment pun mudah, Doctor yg datang ke katil, di belek.. di colek.. di tanya itu ini.Terus process utk di admit ke ward. Sementara menunggu bilik dan katil wad, Paan dah start di drip air. Alhamdulillah.. Lega perasaan Mak.
Lega terus dapat baring di ER |
Good boy, takde drama-drama masa nak pasang drip. |
Maka bermulalah kehidupan Mak , Pak dan Paan di hospital selama 5 hari nan indah.. kah kah kah.
Day 1-2-3 macam ni lah dia..Makan tak berapa nak, minum kena paksa. Mengharapkan drip yg berbotol2 tu aje lah. Alhamdulillah, muntah dah takde, just cherry berry masih continue |
Bilik Isolation - Lepas confirm Rotavirus, terus bilik kena marked gini. ISOLATE dari budak budak lain. Highly contagious. |
Day 4 - dah ada selera.. tapi selera dia mahal okeyh..Sushi nyamm nyammm |
Off dari kena drip, getting better. Dah boleh jalan-jalan dalam bilik.. Tgk permandangan (Jem kat bawah nun) & view office Mama di seberang jalan sana nun.. |
Jalan-jalan ala ala tourist. Heho |
Cehh..bila dah sihat .. Terus tukar gaya ronggeng atas katil orang sakit. |
One for the album - Penghuni C528 utk 5 hari. |
Discharge YEY..Finally |
Ajim windu sangat kat Abang.. dok terkepot kepot aje kat sebelah Abam yg dah 5 hari tak ketemuan. |
Diagnosis - Rotavirus
Sekian.