Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Showing posts with label financial. Show all posts
Showing posts with label financial. Show all posts

Jun 9, 2015

RM10


Keluar dari Tesco , Si Anak dara menarik-narik lengan baju dan memandang mukaku sambil mengelip-ngelipkan mata minta diberi perhatian. "Ha.. ada apa ? "

"Mama.. kita singgah kedai DIY boleh ? " kata si anak dara sambil menatap wajahku penuh kasih sayang (caisss). Termakan pujuk si anak dara apatah lagi musim cuti sekolah kali ini kami tak kemana-mana. Layankan saja...

Ada 2 DIY store di bangunan Tesco , di sebelah kiri laluan menempatkan barang-barang pertukangan, paip dan alatan-alatan baiki rumah yg biasanya hanya di minati golongan ibubapa yang mencari alatan gantian barang-barang rumah dengan harga patut. Berlainan pula dengan di sebelah kanan laluan yang merupakan 'syurga' buat kanak-kanak sebaya anak dara dan anak teruna yang kini amat gemar membeli pen, pensil, buku nota dan lain-lain (entah apa-apa projeknya dengan buku skrap la, menyalin lirik lagu dari popstar negara seberang la.. tak ketinggalan si teruna abang pun mahu juga melukis gambar kartun dan game karektor) . Malah yang bawah umur 5 tahun pun bergumbira dengan mainan persis 'lego' tapi berharga RM5.. (^_^)v

Selepas melihat-lihat seketika , ku berikan 'limit' belanja kepada anak-anak. "Ok mama bagi RM10 je maksimum sorang boleh beli barang dalam DIY nih.. Jangan lama-lama sangat pilih, tu Papa tengah tunggu kat luar dgn barang-barang basah tuh.. Kang rosak pula daging, ikan , ayam kita tuh.. cepat "  

"Mama.. ada apa kat sini untuk budak kecik ?" tanya Farhan.. Pada masa pertanyaan di aju, Farhan ikut sekali berada di seksyen alat tulis. Sambil senyum, perlahan ku tarik Farhan menjauhi bahagian alatulis dah melangkah terus ke bahagian paling hujung di mana mainan yang seakan-akan serupa jenama-jenama hebat tersusun rapi.

Selesai memilih 'sesuatu yang hebat' untuk Farhan. Ku cuitkan si abang dan kakak dan suruh mempercepatkan memilih barang. Abang dah selesai.. "Abang cuma nak beli 'lead' untuk pensil khat dan pemadam .. Itu aje yang masih tiada. Mulanya abang macam nak beli pencil case juga, tapi tak menarik.. Abang pakai yang ada mama punya ada satu kat rumah tu boleh ?" Seperti biasa,si abang memang seorang yang sentiasa praktikal. Prinsip kalau barang dah ada, nak buat apa beli baru sangat teguh di jiwa. Kakak pula mengangguk tanda dia dah siap juga , turut ada 2 barang di tangan. Sebuah buku tulis berkulit tebal dan pencil case berwarna kuning.

Segera ku bergerak ke kaunter bayaran dan menyuruh anak-anak meletakkan barang-barang untuk di bayar. Tetiba si anak dara bersuara dengan wajah penuh berkerut-kerut.

"Tak cukup 20 sen la mama"
"Apa yang tak cukup 20 sen.. ? Ika punya barang jumlah lebih dari RM10 ke ? Terlebih 20 sen ?"
"Tak .. Ika punya barang ni.. baru RM9.80.. tak cukup 20 sen.. mama kata beli barang RM10"

(T_T).. oh anak daraku..





Oct 10, 2014

Tips beli belah dari luar negara melalui EBAY





Suka benar sekarang orang membeli belah dari luar negara..  ada orang beli pinggan mangkuk.. ada orang beli 'designer handbag', ada orang beli jam tangan berjenama.. Yang pastinya semua cari yang kalau harga belinya berbaloi menunggu kontena berbulan-bulan. Ini semua sbb buat perbandingan harga kalau beli kat dalam negara (benda yang sama).. Olalalala.. mahalnya berganda-ganda.

Saya pun suka gak (asalkan murah dari beli kat sini.. ) tunggu lama sket pun ok je.. :)

Macam-macam cara orang membeli (especially online) sekarang.. FB Pages, personal shopper ada, instagram ada, lelong.com.my , mudah.my dan lain-lain..

Hari ni saya nak cerita bila saya beli barang dari Ebay :)

1) Register

Mestila kena register kan kan.. kalau tak register macammana nak start membeli belah.

2) Jangan anggap semua barang di Ebay adalah murah. Buat perbandingan!

Jangan assume semua offer yang ada di web / online tuh mmg murah (tak kiralah Ebay ke Lelong.com.my ke , dan lain lain ). Sila gunakan perkhidmatan pakcik google tuh.. buat carian, buat perbandingan... kalau rajin lagi.. pi window shopping utk cek retail price berapa..  Tak semua barang yang di tulis "offer " tuh murah wokeyh... kadang-kadang cuma marketing strategy aje.


3) Check' Feedback' & Rating Seller 

Feedback rating tu sangat berguna kalau korang nak cek ok ke tak seller tuh. Nak selamat pilih yang ada label 'Trusted" , Rating star sampai berpinar mata tengok, Positive ++. Tidak rugi kiranya membuat sedikit analisa dgn membaca komentar pembeli terdahulu.



4) Shipping or Postage Fee

Saya suka filter item with 'Free Shipping' :), cari barang from 'Worldwide'.  Free shipping ni kena menahan sabar extra sikit sebab selalunya mmg lambat la sampai. 21 days and above.. (maklumle free).  Ada juga pembelian yang dibuat kena charge postage (carila yang berpada2). Murah je kengkadang tu $2 convert RM jadi dlm 5-6 inggit (same kos shipping barang beli dlm negara).

Dan jangan lupa.. kalau korang membeli campurkan kedua-dua kos tersebut. Item + Postage (ada yg harga pos yang beratus-ratus, barang singgit dua.... heheheh)




Itu aje kot my remedy nak beli dari Ebay.. yang penting lebih murah .. hahahaha. Kalau lebih mahal apedehal pegi beli .. olalalalala.  Antara barang yang dibeli dari selain dari faktor MURAH.

Original Olympus eyecup OMD-EM5
yang hilang ntah kemana & tiada di jual di mana-mana
Ebay = RM35.93 + 6.65 (post)

Cable Ipad 1 (kalau beli event online Msia jual RM10+6)
Ebay = RM11.11(Free shipping)

Original Griffing Casing for Ipad 1 (obselete dah tak jual langsung kat Msia..huhuh)
Ebay = RM25 (free shipping)


Oct 1, 2012

Motor Takaful - Update



** Ter rajin nak hapdet lagi pasal sticker etiqa tuh.. La nih dah tempek dah kat keta.. Hasilnye marbeles kan.. yah yah.. Menggerutu permukaannye.. lalalala.. 




--------------------- cerite asal------------------



Sekarang semua dah online.. Kurangkan orang tengah.. hehehe

This time around kami guna online MotorTakaful.com . Dapat 10% off your car policy (over and above your existing NCD).. Boleh bawak berjimat.. hehehe



Bab process application mmg mudah.. ikut ajela step stepnye..


  1. Check NCD anda
  2. Dapat quotation
  3. Bersetuju dengan qoutation
  4. Bayar (pun online)
  5. Dapat resit
  6. Pastu tunggu " e-cover note  "  kat email 

Dah boleh dah guna nak pi renew roadtax plak dekat MYEG.. marbeles.. mmg perkhidmatan yang baik.

Eh.. tapi bukan ini tujuan blog post ini.. sebenarnye nak mengomel pasal sticker Etiqa insurance yg nak di lekapkan di cermin kereta. Aduhaii.. semuanya dah canggih.. kecuali perkara dibawah :

1- Mula tanggal pelekat ini dari mana-mana sudut
** hermp.. nak cari end yg boleh mula dah satu hal.. huhuhu**


2 - Sila tanggalkan pelekat dengan perlahan untuk mengelakkan kerosakan
** cube tengok kat mana sticker tu dilekatkan.. surface tu kertas biasa wokeyh.. bukan kertas licin tuh.. isk isk**


3- Bersihkan cermin sebelum melekatkan pelekat kereta** hmmpp.. kalau cermin bersih pun takde maknanye.. sbb sticker tu dah penuh dah ngan habuk kertas.. yayayyaa**

Sekian cerita insuran kereta.. lalalala

Jun 25, 2011

[61%] 6 Customised 4” x 3” Photo Magnets for RM28 instead of RM72 (only RM4.70 each)

tengah mengecheck bile last masa nak submit Photobook groupons .. terserempak plak dengan bende nih.. Macam menarik.. leh print gambar pada magnet.. (^-^)v..  Jomm.. lalalala.. RM28 inggit for a set of 6 piece (4x3")


Click here for details and Register for more updates and promo from groupon!

p/s: Dah macam promoter utk groupon plak..  Takpe.. promo saje yg mane2 yg macam best .. ye dok.. ?!

May 23, 2011

Fighting!

Fighting!
** mari berjuang**


Fighting! My Dear Hubby, 
ni kata-kata semangat utk MDH for today.. lalalallala.
mari kite berkhidmat kepada negara..

Fighting! Me, 
As for me.. starting today, need to reschedule waktu kerja semula.. before nih.. waktu waktu ini (8.39am) mgkin baru nak masuk federal highway. Hari ni.. dah siap sarapan, dah siap bace online paper..

maybe leh la buat tentatively update blog on every morning.. bagus juge ini.. hehehhee

Fighting! Abang, 
Budak ini exam hari nih.. seperti biasa.. langsung tak setadi..
semuanya ok.. dan semuanya "Abang dah tahu dah.. "
takpela abang.. enjoy yourself.. hehehe.. ((baru darjah satu.. kalau darjah 6 nak wat style cenggini .. harus emaknya pengsan))



budak kaca mata



Mar 21, 2011

Right Path ..... (career talk)

Wisdom is knowing the right path to take..


.. being thinking a lot lately... of where am I ? What am I doing ? What should I do next ? what have I achieved .. This is the tiny part in me that being thinking about career. (Owh well.. i rarely took serious about advancing in my career) .. but.. after 9 year working in the same CO.

.. the average, plain and 'tak kesah' of me.. will I stay at this rate until retirement ?
haihh.. MDH used to tell me once ...that...

'at certain point of time, if you don't show any interest of becoming more of what you are (today), people just start to forget about you'

in fact tonite . I was chatting to a friend who was far more junior than me in work (he works in other business sector than mine) already passed his basic salary far beyond mine. And he was actually asking for an opinion whether if it is a good move if he's going for an interview session which would offer him a 30% increment from his current earning (hebat kan ? betapa dahsyatnye dunia pekerjaaan di luar CO. ku ini)

And me... what am I doing ? I am not at my best..and I am not working in the area I like most pun..

Huh..

p/s:
Now mengantuk sudah ai.. and blurr tatau nak sambung ape dah entry ini. Tergantung ?! Tak tahu ujung pangkal ?? Let it be.. lalalallalalala..

Mar 17, 2011

“Saya Mahu Menjana Pendapatan Tambahan Dari Blog sikuLatLife ini” – Part 3

Aiyoh.. lama ku tinggalkan sepi sesawang blog ini..

Macammanalah nak mencapai misi ' ..menjana pendapatan tambahan dari blog... ' nih ?! Isk isk.. First task yg paling penting iaitu meng'hapdet' pun sukar nak dilakukan.. ((lalallalaaa...))

Malam nih baru terasa kepala sudah kurang sendat. Remember in here , i am assigned for a VP's presentation thingy..
Dan yang paling best sekali, tub tubb ai kena lantik tukang buat presentation (diorang nak gerak-gerak, animate sane sini) utk VP ai sempena CO. group punye function (eer.. ai pun tak berapa pasti apekah). Dan ini semuanya secara tidak sengaja berlaku ok. Ai termasuk dalam lift yg ada 2 GM and our VP dan tub tub 3 minit kemudian.. ai dapat kerje designing presentation (yang di assume gempak gile nanti.. waaa.. waaaaaaaa) Boleh tak kalau ai nak minta professional fee  ek ?
Akhirnya the job is done.. Was it good or bad.. let's the audience saja yg judge it. Apa yang penting.. it works! Aduhh.. sangat stress especially lagi 2 jam nak start , PC crash and unable to export the presentation. Many thanks to Bed (my dearest colleague) ---- wlpn diam2 membantu.. you are my angel today.. (wakakkaa.. ko bace tak blog aku ek Bed ??) Utk korang yang tadi berada di tempat kejadian (be it dkt office while rendering the presentation or yg ketemui semasa operasi menghantar dan memerhati dari kejauhan hasil kerja di pentaskan.. ) mekasih kerana memberikan sokongan.

Many things happen while doing the task.......... (hermp.. sukar nak diceritakan.. Syhhhhhhhhh.. (^__^ ).

Pasnih buat iklan baru laa.. "I can also do your corporate presentation with reasonable price $$$ kching!!!.. but I have a cut-off date & time for your last submission of material & requirement." ... haihh.. penting ayat last tuh.. "CUT OFF" !!!. Macam hari ini.. sampaikan lagi setengah jam masih ada lagi nak minta tukar itu ini.. wawawaa.. (T T)

Back to my business plan :

The pricing plan.. ((aaaaaaaaaa.. belum ada pricing plan lagi.. camne nih)) ??
Buat masa nih.. korang email (klik2403@yahoo.com) for enquiries la yek.

Ada la buat study dgn menggunakan gugle . Adakah saya akan menggunakan pricing plan seperti dibawah ?? Apa kata anda ? Contoh  caj yg ada orang kenakan.. mmg affordable la.. contoh macam kalau korang nak buat :

BLOG - header/top banner tuh - RM15-35
BLOG - banner badge/banner exchange/grab button RM5-10
LOGO - RM10-20
** ini contoh memang freelancer tu caj mostly project berkaitan blog template for business tuh..

Port Folio

Lupa pula saya pernah design logo/manage design website satu company nih..

Managing the web hosting & customized wordpress design
Pesona Interiors

Mahu saya managekan website business anda ?? -- hermp..ada prospect gak nih..

P/s: huwaarrghh.. mengantuk sudaaaa... till next time then.. !! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. SertaiBengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”






Oct 29, 2010

Jubah Jr for Amirul

Update :  LizOthman pun wat entry on this. Check out her blogshop to read her side of the story.


Yey! gara gara nak kena pakai Jubah (warna putih) utk Hafazan waktu Ihtifal LC this coming Friday; Amirul got a custom made Jubah Jr.

Terbaek la pilihan & design by LizOthman. Punya la search sane sini sbb. nak cepat ((memula tuh kelam kabut gila sbb. ingatkan Friday (esok).. rupanya 5 Nov daa.. ((ahahha.. next Friday eventnya..)) So takpela.. negotiation & order confirmation semua beres & sangat senang la berurusan ngan LizOthman nih.. hehehhe.

Seperti dijanjikan.. Jubah Jr. utk amirul sampai tadi kat office.. ((Jangan memain, Amirul siap dok ingat lagi tarikh .."28hb kan mama, abang punya Jubah tuh siapkan.." hihihi)).

Balik keje tadi.. bila tanya "Abang ingat tak ada apa ngan 28hb ...?"
Adale dekat seminit blank sekejap muka dia.. pastu tertonggeng, tergolek golek excited bukan main lagi. Di capainya beg parcel tuh.. bukak.. terus pakai.. dan terus (pada masa ketika ini.. dah bawak tido dah..)

So selamat dah.. kena rasmi Jubah Jr hari nih.. ((satu lagi penyebab Amirul tertunggu-tunggu Jubah Jr dia nih.. sbb nak challenge Ika yg dah seronok memakai kaftan ~penangan memesan dari Julie balik K'tan~).

Kainnya selesa, seperti yg dikehendaki.. White Color (senarnya grey or blue look nicer) tapi keperluan asalnya mmg kena gak White in color.. so.. white it is. Puas hatila.. :). Thanks Ija @ LizOthman.. Insya Allah boleh berurusan laie.. Promote nih!!!

Click image for larger view.
"Ariff sibuk nak interframe amik gambar gak.. Ika pun nak tunjuk jugak kaftan comey hasil tangkapan Acik Julie kat kelate. Abang yg sangat suke! "


Sep 21, 2010

Lost and Found

Ada 2 cerita lost & found hari nih..

Satu daripadanya adalah rentetan daripada entry bertajuk "berita buruk" dari blog fara. So alang2 mmg aku kat Annexe 2.. turun sat opis fara & pick up SD card .. dan pape menantang drive yg mungkin boleh recover file2 gamba itu..

Balik dari cerita lost & found no.2 (refer cerita 2 nnt ye).. ku balik ke opis.
selesaikan tugasan bersama si Freestyle & kembali ke meja.. baru la google carik2 program yg boleh nak recover files from drive (accidently delete, atau mmg delete.. tapi copy lain sume dah musnah kee. heheh).

Hasilnya application yg ke-5 di install.. baru la kejayaan dapat ditempa.. Yahoo!

So kengkawan jika ada kehilangan data daripada drive anda (ter'cut', terdelete, terpape laaa..) boleh la dicuba program ini.. senang & freeware plak tuh.

Pandora Recovery

cara nya senang aje (basicnya sila download & install program ini dulu ya)

1) Boleh guna wizard die.. which dalam kes Fara, tak berjaya jumpe pape.. (muahhaha). Wizard tuh.. click aje search , bila dah jumpe file daripada drive yg korang select.. Recover saja file itu


2) Setelah tak berjaya cara 1 .. kite pun proceed 'Surface (cluster) scan'. Click "Start Disk Surface Scan" Yang ini.. die carik lebih mendalam lagi.. haihh.. penerangan panjang lebar korang leh baca kat sini la ek ((pandorarecovery features)). Yang ini tadi.. menempa kejayaan.. yg akhirnya menemuikan 765 image file daripada SD card Fara. Dari sejak zaman bile ntah.. muehehhee.  Dah abess die scan.. select aje semua file yg die jumpe tuh..  dan click Recover icon kat atas toolbar tuh.. . The End... selamat sudah.. Alhamdulillah..



Cerita kedua adalah berkenaan ATM Maybank kad ku yg hilang sebelum raya hari tuh..Ntah macammana ntah.. MDH pun lupa kat mana ATM Maybank kad ku (saya kan dok rumah aje.. sume transaction pesan aje kat MDH) termasukla.. tukarkan duit raya, depositkan duit.. & dalam kesibukan tukar duit, transfer sane sini.. balik rumah.. MDH tak ingat dah.. ape dah jadi ngan kad ATM ku.. muahahhaha.. So bila confirm tak jumpe.. teruslah kami buat laporan kehilangan kad & batalkan kad.. 
Dua cerita nih.. bersambung2 sbb.. lepas naik daripada office Fara, dpt la call daripada Maybank Bangsar.. kata mereka.. kad ATM aku rupe2 tersekat kat machine.. So orang cawangan dimana kad tu tersekat tuh.. dah courierkan kad kat Menara Maybank Bangsar.. dia kata leh aje pick up & reactivate balik...

So bepemergianle tadi ke Menara Maybank (fuhh sib baik tade ramai orang..pastu plak orang yang call tuh masih ada kat meja die.. So direct je & jumpe orang yg betul). Although.. ada salah cakap (bab boleh activatekan balik ATM kad tuh.. rupenya tak boleh daaaaa... kena buat replacement jugak). Tapi oklaa.. service tetap memuaskan hati. Apply kad baru yg terus je ku ambil option pakai Debit card instead of ATM biasa..  tapiii.. Maybank2U kena reset la plak.. huhuhuu.....  kena reapply balik kat ATM machine, kena jadi register as new user... (yaaaaiii..)

Alhamdulillah.. dua-dua kes Lost udah di Found semula.. horeeyyy!!



Aug 18, 2010

PRUlady Claim - Child birth

Alhamdulillah.. tadi the Agent PRU kami yg berdedikasi singgah sebentar ke rumah. Menguruskan Ariff PRU insurance sekaligus menghantarkan cek claim utk 'PRUlady Life Stage Benefit - Childbirth'.

Nilai tuntutan adalah 3% daripada plan yg di ambil. So macam diriku ini, aku amik 25k plan, so dapatlah RM750. Nnt tamat tempoh plan it will deductable daripada saving 25k tuh (insya Allah jika tiada apa berlaku pd diri pemegang polisi sebelum tempoh matang).

Cerita mengenai claim sebelum ini (here)

Kalau korang berminat dgn prudential bolehla contact agent kami nih  (email ) (blog)

alhamdulillah..

ps : boleh buat belanja Aidilfitri.. ye ye!




..

Aug 9, 2010

En Samsung

Usaha utk menghantar En Sambung ke Cheras telah pun berjaya dilaksanakan Ahad lepas. (kisah sebelum ini) . With MDH not at home on Sunday.. (keje meh..on weekends pun keje keras skrang.. ) so hanya tukang bawak lori @ tukang tolak barang @ tukang angkat barang yg terhebat itu aje la yg membuat semuanya.

TQ Along.. you're the best..!! muhehhehe.. ((nnt boleh minta tolong lagi.. muehehhe))

Selamat berjasa di sana semula ye En.Samsung!

Aug 3, 2010

Avent Stuff

Remember this. Masa tuh sakan survey sane sini.. So sudah reliasasi sudah purchasingnye. Hehhe.. jauh perjalanan barang-barang nih.. Pesan kat Julie kat UK sane.. Avent kat mmg originate from UK.. so kat sane murah banget.. cuma bila tambah delivery chargers.. up balik harganya.. but still lagi murah dari beli kat sini gak. hehehhe..

Julie manage to post boxes pada 20 July.. sampai actually hari Sabtu 31 July.. tapi sbb kami sume tade kat rumah. So abang posmen buat 2nd delivery monday noon. Happy bangat masa barang sampai.. ingatkan dah sangkut kat kastam ke.. ape ke.. hihihih

2 kotak yg sampai..
Pelik gak.. satu kotak tu cantik aje boxnye.. satu lagi cam nak lunyai.. (julie yg lunyai kan ke? atau encik2 posmen yg lunyaikan erh ? ) hihihi..
Di dalamnya ada :

1) Avent Digital Sterilizer
2) Avent Warmer, 2 Box (4oz BPA Free x 2) , 2 box (washable breastpad)



Avent stuff

Petang tadi nak mengetest Avent Warmer ; sekali tu gila cuak bila dia tamoh ON. Dah siap htr SOS kat julie dah.. rupe-rupenya kena tekan button ON die lama sket (which is lama gak le senarnya dari normally kite tekan button ON). ahahhahaha.. cuak den.. dan berjaya mencuakkan Julie sekalik. hihihihi..

So alhamdulillah.. dah test semua bende-bende electronic.. sumenya functioning well.. yah yah.. Syoik nye..

Semua ini adalah untuk budak kecik ini..
Moga dengan izin Allah. bertambah sihat dan tembam la si mamat yg dah pun start bam bam nih..

Aug 2, 2010

Bumble Bee

Enjoybreastfeed box contains 20 BB Bottle;
+ saje selit gambar fresh EBM yg dpt 2oz sambil menyusukan Ariff kol 12 tadi.  (hihi)

Order dari Enjoybreastfeed.com jumaat lepas. Should be sabtu dah smp tapi ku delaykan since Sabtu nak berBBQ kat rumah kakuteh (tade plak orang nak menunggu di rumah utk delivery)

Jul 29, 2010

En Hitachi

Muehehhee.. aiyark.. dah 2 hari lepas post baru perasan salah brand daaaa... Bukan Fujitsu peti ais ku.. Hitachi lerr.. wakakaka.. Perasan bile pi amik gambar tadi.. (hihihi.. malu saye)

Comparison En Samsung & En Hitachi
(Actual yg ada kat dapur itu.. )

Actual item :
En Samsung yg kelihatan comel kat cabinet tuh (ruang yg bakal kena diubah suai utk lebih bermanfaat)
& En Hitachi (hehhe) yg hitam menawan kalbu..



























 Ini insidenya .. 
(tapi gambar ihsan Fujitsu website la ye ; but ours warnanya Black. it's glass door.. So fridge magnet kena duduk tepi plak skrang instead of depan pintu.. hhehe)

Gambar Ihsan : interior (Freezer on left)
Gambar Ihsan : Partition sayur punye compartment yg kemas (daku suke ini)

Yang bawah nih. yang berangan aje tuh.. yg macam bawah ni kena top up laie dkt 2K itu laa..(hihihi).
Gambar Ihsan : berangan aje la erh.. muekekkee..


Jul 27, 2010

EBM & Fridge

Aduss.. tadi ku sudah tulis panjang lebar.. tubb tubbb.. kuar error.. and everything (puff.. gone!)

Rewrite sure dah jadi lain dah pasnih.. hukk hukk..

Me writing about the Fridge

** Kami sudah pun official upgrade our fridge (insya Allah kalau takde kerosakan atau ape2 yg seumpamanya.. ameen) akan kami gunakan lagi 10-20 tahun kot. Yang sebelum ni pun dah digunapakai 7 tahun dah. Berjasa tuh.. beli time MDH nak pindah masuk rumah Lestari (dari waktu di nyewa b4 kawen) sampai la dah anak 3 dah nih.. Idak rosak pun.. tapi capacity udah tak mencukupi.. di tambah pula nak simpan stock EBM nih.

Ada orang beli deep freezer utk stock up EBM; but as for me.. once dah tak breastfeed.. mane plak nak ku lelongkan deep freezer tuh ? Practically we need something with big size freezer but can also use for later and other function as well. Plus nak merealisasikan  hajat nak beli peti ais (wahahaha...). Makanya baru inilah ku belanjakan wang bonus 2009. Ini portion belanja utk suke suki... portion simpanan udah lama di ketepikan.. (& thanks to MDH yg sudi nak share kos with me to purchase En Fujitsu Hitachi yg gedebak btul kat dapur nun) hihhihi. En Fujitsu Hitachi ini mempunyai 2 pintu side by side.. So separuh badannya mmg khas utk freezer compartment.. dan saya suke sbb layout dalamnya ada banyak comparment with storage bertutup. So die cam kemas rapi aje.. Although kalau nak ikutkan kehendak.. hendak saje beli En Fujitsu Hitachi with ice & water dispenser.. tapi dek kerana upgrade itu memerlukan top up sehingga RM1.8k.. makanya takpela.. lupekan saje niat nak bergaya itu.. wahahahhaa.

With 1.8k boleh gak ku gunakan utk cover portion cabinet dapur yg dulunye khusus letak En Samsung. En Fujitsu Hitachi tak muat dok situ.. gemookk sangat. So maybe.. lah maybe we need to add cabinet kat ruangan tuh.. carik aje part di Ikea.. since mmg cabinet ikea pun kan .. boleh la add on aje kat tepi tuh..  ((next project le tuh))

En Samsung .. insya Allah akan di transportkan ke Lestari semula.. sambung berjasa lagi die nih.. kat tenant kami pula le.. Camne nak transportkan erh.. hmp.. hmp..

Me writing about EBM

Bekas dadih (2oz) Ija's Botlle MLO (3-3.5oz)

**As per image taken. Since upgrade storage sudah selesai.. ku kena kerja keras. Ya, kerja keras!!! yah yah yah. Buat masa ini.. baru stock up sket aje.. TQ to Jah for lending me the MLO storage bottles. Awal2 pump ari tuh... di letakkan dlm bekas dadih.. about 2-2.5 oz dalam tuh. Skrang nih dah start using bottle MLO. Liner dah beli dah.. tapi lom start gune la laie.. masih ada lagi bottle2 MLO jah.. hhehe..  Sekarang sedang berkira-kira nak beli Bumble Bee bottle yg 8 biji @ RM30++ tuh. Furthermore sedang tunggu parcel dari Julie .. expected tak minggu nih.. next week should sampai.. Hopefully selamatla semuanya sampai ke rumah.. Pesan Avent Warmer, Sterilizer, Washable breastpad.. dan julie top up a few bottle avent dalam tuh.. Kalau banyak sgt ku mungkin boleh publish dan jual kpd sesiapa yg mahu with special price of course.. ke ntah2 semuanya ku gunakan kah ? wehehee..

As for the time being, i'm using the good old buddy "Avent Isis Manual". Berjasa banyak nih since breastfeeding Ika dulu laie.. which now usianya should be 5 y.o udah... Pumping schedule buat masa ni tak menentu.. ikut suke suki saya sahaja.. kadang2 while BF Ariff.. kadang2 selepas Ariff dah tido kekenyangan..  Pernah sekali tuh lepas pump, Ariff terbangun dan nak menyusu.. pastu cam marah2 mamat kecik tuh sbb agaknye susu jadi sikit kot.. tak mcm biasa bile die minum.. abess tumpah dan comot muke pipinye (errr.. yg menyebabkan mamat kecik tuh sampai ruam susu kat pipinye..). Hihhi.. so kena la bagi prioriti mamat tuh kenyang dulu... baru mama die stock up.

Sekarang sedang berfikir2 nak hands free while pumping le.. any suggestion ? berbaloikan beli yg boleh double pumping.. (any suggestion ? preferably yg senyap sket.. takmoh la bunyi cam motorbot plak) Or memadai beli yg electric tapi satu sahaja ? Cam Avent UNO isis ke? atleast tayah nak tekan2.. ((hahaha.. bile malas dah mule melanda)). Sbb rasenya nak letak satu dedicate pump kat office.. tayah bw pergi dan balik setiap hari...

Sp mommies sekalian (korang sumekan berpengalaman)) sile la suggest kat saya yeh!

xoxo

Jul 3, 2010

Online Shopping Mode!

Wuuh.. since start berpantang nih.. I have already made few online purchases dah...

1) Phillips Avent PES 4oz - 2 Bottles BPA Free @ RM58 (source : mudah.com.my). Item dah sampai.. wlpn lambat sket.. but overall puas hati sbb.. kalau kat JJusco arituh.. sebotol dah RM47.

2) 3 item from Enjoybreastfeed.com

1 x You Have a Baby Breast Milk Storage Bag (8oz, 100pcs) = RM25.42
1 x Earth Mama Natural Nipple Butter (60ml) = RM62.91
1 x Fabulous Mom Washable Bra Pads (6 pieces) = RM26.91

Ada discount price for members (alerr senang aje pun nak register). Pastu semua tetiba jadi keperluan utk the journey of breastfeeding baby Ariff.. yah yah.. !!

Semua item dah sampai dah..dah dah start di gunakan semuanya..Skrang dah ada lagi few item tgh survey survey.. I do need Baby food and bottle warmer.. ape kate korang ? should I go for Avent ? hehehhe..

Sep 14, 2009

JP Visa

"Suitable, please proceed to immigration"


Alhamdulillah.. hari nih fomema dah kuarkan result medical check up bibik. So balik raya nanti bibik idak le berstatus PATI (heheh).

Since application utk ambik bibik sebagai pembantu rumah nih special kes + tambah special plak bile kami nih kirenye bidan terjun selepas majikan asalnya tak dpt nak proceed apply kat imigresen (majikan asal nak amik bibik jagakan ibu diorang yg sakit; bibik baru smp 3 hari; ibu majikan tuh meninggal dunia; diorang pula tade anak.. So kami pun amik alih) . So.. 18 hari pertama bibik kat Malaysia nih.. die bertugas di rumah majikan yg memula tuh.  (itu dah 18 hari berlalu tuh.. visa pelancong die tamat 30 hari je.. tinggal less than 15 day utk kami kejarkan dpt sticker visa pembantu rumah asing 'PRA')

Special kes nih panggilnya ' Permohonan JP Visa  = maid dah ada/ masuk malaysia atas visa pelancong ' . Kalau permohonan biasa boleh tau dlm masa 3-4 hari.. JP Visa resultnye 14 hari baru tahu. Lepas dah lulus application.. kena proceed ke fomema plak.. fomema result 10 working days pula.. In total number of days application process smp lulus dpt sticker will take 24 days.. Visa bibik.. tamat tempoh 2 Sept 2009.. MMg confirm terlepas tarikh..  (hhuhuuhuh)

Ada orang kata senang je ..." Hantar borang2 ke imigresen, cakap nak apply JP, apply "Special Pass" sbb nak due dah visa tuh"

MDH pun pergila ke Putrajaya pagi Isnin, 23 Sept (delay ke imig sbb bibik smp 19hb Rabu petang, borang-borang nak kena isi, bibik kena amik gambar ukuran passport lagi, borang2 nak kena cop sumpah, agreement kena cop & setem hasil + +  Sabtu/Ahad mana imig buka...

Sampai kat sana.. tak semena-mena MDH siap kena masuk bilik Pegawai.. Pastu.. kena marah lagi..

Kata pegawai tuh.. "Awak tau tak ini kesalahan ?" MDH secara jujurnye jawab.. "Tatau" . Seriusly.. mmg kitorang tatau pun.. Ada orang kata.. semuanya OK. Lepas kena marah.. MDH tanya.. camne ngan VISA yg nak tamat tuh.. Orang IMI putrajaya kata.. "Awak jaga ajela"

Confuse..

Kami tanya2 .. orang lain plak kata.. nnt kena dende overstay - RM30 per day. Orang lain yg pernah kena plak kata .. bibik dia overstay smp RM2k kena dende masa nak balik Indo. Huhuhu.. Kami pun pergi lagi ke Imigresen. (kali nih Shah Alam). Pegawai kat sana friendly sket.. tapi katanya.. kena buat kat putrajaya. Bila kami kata.. orang putrajaya kata tak payah buat apa-apa.. orang kat situ pun konpius skalik.. waaa waaa... Kami call putrajaya.. "diorang kata sbb kami dah apply JP Visa dulu.. so takleh apply special pass tuh.. Errrr... In the end.. kami pun buat tatau aje laa.. tunggu je la process2 nih sume settle...

So today.. akhirnya Fomema result pun dah kuar.. ""Suitable, please proceed to immigration"

Dah 12 hari bibik tuh 'overstay'. kena dende ke ? tak kena dende ke? errr... Apa-apa pun.. sekurang-kurangnya balik kampung nnt hati senang.. Bibik tidak lagi berstatus ..... tanpa izin. Alhamdulillah.


update :

Since ramai btul request nak tgk surat tuh.. saya minta maaf bebanyak sbb. tatau mane ntah .. hihihi
So saya copy paste email (yg dah jd template dah nih..) dok di fwrdkan kat sesiapa yg tanya..

template :

*****************************************

Kena apply di imigresen.. & buat siap2 surat rayuan utk permohonan JP Visa tuh.
Normally it will take additional 10-14 days utk dpt tahu lulus/tak lulus permohonan JP Visa tuh..
lepas dah lulus, baru boleh dpt surat yg boleh dibawah ke fomema utk medical check up dan sebagainya..

So... kena buat secepat mungkin.. else nnt akan kena dende bila Visa bibik yg masuk as pelancong tu tamat dulu before dpt sticker pembantu rumah..

surat dalam pc kat rumah, tapi macam kes kami arituh.. antara sbb. permohonan :
  1.  kebetulan masa tuh, anak2 baru lepas warded & demam .. so kesihatan anak2 lebih terjamin compare duduk nursery seharian..
  2. Tmpt keje jauh daripada rumah/nursery -- so.. sekali lagi anak-anak terpaksa tinggal di nursery smpi lewat malam.. normally 8 lebey baru dpt amikk..
  3. masa tu pula.. H1N1 baru kecoh2.. so sekali lagi isu kesihatan anak-anak jadi alasan utama
 macam kami terus hantar sendiri surat & semua borang2 lengkapkan sesiap kat imigresen putrajaya.. lepas tu call follow up every day..

hehhe.. goodluck ye..

*****************************************

Sep 2, 2009

Medical Benefit - Daily Allowance

Hari ni.. both me & MDH received cheque from Prudential for daily allowance for hospitalization anak-anak in July09.

Ini pun.. sib baik la agent PRU kami sgt berdedikasi.. kami mmg kagom la ngan dedikasi agent sorang nih. Padahal kalau nak ikutkan contribution kami utk salary dia.. idak la besar mana.. tapi dia nih mmg yg terbaik lah !!

Oh.. kembali ke topik asal.. kami sekeluarga semua covered by PRU (mcm2 spesis) Pru-saver laa.. PRU lady laa.. PRU BSN Takaful la.. hehehe.. tak kesah la.. asalkan ada coverage.. Kita tatau ape yg mungkin terjadi pada kitanya.. So berpesan-pesan laa.. beringat-ingatlah.

Masuk cheque (yg tgh float skrang nih) dah 2 kali Atiqah claim daily allowance ( in total dah 1K lebih dah rasenye).. Amirul baru first time since kecik2 die kena warded.. so ini pertama kalinye la..

Some people kata.. "alaaahh.. CO dah dah bagi medical benefit.. tayah la amik medical card insurance lagik.. buat rugi aje" .. Skrang mmg nampak macam tuhlaa.. tapi kalau dah sakit nnt.. dah kena berenti keje.. bila dah tak keje ngan CO.. sape nak tanggung masuk hospital. So skrang tgh sihat .. tgh mude (mase mude.. premium kena byr murah sket.. dah makin naik usia.. makin berisiko, makin mahal premium kena bayar) ambik la any plan yg suitable. Bila kita sakit.. bukan kita aje yg susah.. orang2 keliling kite pun same susah.. kurang2 nye.. tabungan sekarang boleh la bantu kalau perlu..

Wallahua'lam.

Aug 19, 2009

Bibik is here

bibik is here.. sampai around pukul 1 tadi..
so far so good.. alhamdulillah..
die dah sapu seround side atas & bawah rumah nih.. abess selok belok mane yg selalu ku lupakan aje pun die dah kibas.. pastu tanya mana point elektrik.. nak vacum..
die siap mop lantai ... dah cuci semua bilik air.. skrang tgh mengemas kat atas..

minta permission utk solat zohor tadi.. alhamdulillah...
pastu kalau tak di suruh makan tadi.. dia nak terus2 terusan aje buat keje...

dlm gamba biodata.. cam serius garang je rupenye..
bila sampai tadi.. ooo comel aje orangnye.. manis laa..
borak2 sket tadi.. katenye anak2 die semuanye pun keje kat m'sia.. tapi kat sarawak.. keje restoran. Okla.. kite tak ramah, tapi die cam ramah.. tanya soklan.. minta permission.. ok la wat mase ini..

Suprisingly, anak-anakku yg selalunye la tak reti nak friendly sgt kalau jumpe orang first time (kdg2 tuh dah banyak kali jumpe pun amik masa 1/2 jam baru ok) cam tak kisah ngan kehadiran bibik. Diorang tak menyorok.. siap anta bibik ke bilik lagi..

Hopefully berterusanla prestasinye... Amin.

p/s: MDH pi Skudai pagi nih.. busy sungguh. Kenapa kalau die pi keje kat office cam biasa ; cam tak terasa sgt, tapi pi skudai.. (wlpn balik hari) ku terasa kejauhan sungguh.. (T T).. Ahaks..

Aug 14, 2009

PJE3552

Yup.. Sudah parking sebelah WND6443. (& telah update gamba di siang hari.. oo.. yee.. warnanya 'glory red'. hehehe

asmas@lleh
Sent from my HTC HD.