Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Showing posts with label ika. Show all posts
Showing posts with label ika. Show all posts

Oct 20, 2017

OMG

OMG nak hujung tahun dah.. and krik krik.. blog tak terusik

OK ,
Nah gambar nak balik rumah selepas operasi berenang2 bebas di bilik selama 2 hari 1 malam.


#cissnampakdabelchinmak #budakbudakdahbesopanjang

Feb 16, 2017

Tahniah Kakak Nurul Atiqah

Tahun lepas tiada laman web atau SMS boleh digunakan utk check result UPKK Abang. Mama balik office, awak yang bergossip beriye-riye.. "Mama , kawan ika kata Abang dapat 8A"

Reaksi Abang.. hmpp.. Takde expression... kekekkeek.
Gembira ke ? Teruja ke ?
Sampai kena suruh nak tgk slip result, baru korek-korek beg cari mana slip.
Iyela kan.. ntah betul ntah tidak gossip si adik manis tuh :)

Alhamdulillah.. Tahun nih reaksi yang berbeza... Tahniah Kakak!
Dia punya cerita tentang debaran menunggu result UPKK sejak 11 am - 530 pm (empunya diri di sekolah, terus sampai petang sbb ada aktiviti KOKO) .. Fuhh mama dengar pun dah macam keretapi laju ... Takde noktah ceritanya..

"Saya dengar Ilyana dah tahu result dia, mak dia mesej kat Cikgu Salwati, lepas tu ada si polan pun dah tahu.. lepas tuh.. lepas tu.. lepas tuh.. Lepas tu saya balik.. lepas tu saya klik link mama kasik tu, saya macam tak percaya.. lepas tu .. lepas tuh.. "

hohohoh.

Hari yang riang buat si Kakak.. Tapi jangan lupa ada lagi 2 exam besar utk awak :P


Moga momentum di teruskan utk UPSR & PSRA 2017 ! Chaiyok!


Nov 11, 2016

Tak sampai-sampai New Zealand ke ape ke ?

Setahun dah berlalu.. posting last hanya sampai cerita transit kat Melbourne..
hahahha.. teruk.. mmg teruk..

Ok.. skrang rasa rindunya dengan tasik nan biru itu.. wuwuwu

Okla.. lets move on.. (bila rajin tahap gaban datang menyerang suatu hari nnt.. akan ku sambung cerita NZ tuh).. :P

Whats up with November 2016 ?

Abang dah nak kena buat pengesahan masuk Tingkatan 1 utk seisi 2017 di SMK Setia Alam, Shah Alam. Ini sekolah wajib daftar, kalau abang ada rezeki di tempat lain.. nanti kita cerita lagi.

Result UPSR pun dah nak annouce dah next week 17 November.. Apa pun result abang nanti.. Mama bangga dah & yakin abang dah buat sehabis baik yang abang mampu... Yah yahh.. Mama still terbayang-bayang abang punya senyum simpul masa keluar pagar sekolah hari last exam.. senyum aje.. Bahagia sangat agaknya rasa dah lepas dah satu tanggungan peperiksaan besar.

PSRA pun dah lepas.. kata orang.. result PSRA umum before UPSR.. ehh berdebar pulak


Cik Nurul kita, show tremendous improvement dalam merajinkan diri study. Ambil UPKK exam hari tuh, dengan penuh bersemangat waja.. Mama harap.. Ika akan berjaya dgn cemerlang dalam apa apa bidang pun yang Ika minat.. Yang penting berusahalah.. kalau tak kita yang usaha.. takde sesiapa pun yang boleh tolong diri kita sendiri.. (kan Ika kan?) -- boleh tulis dialog macam nih.. Sbb mama tau.. Ika baca blog mama wlpn dah bersawang lama tak tulis nih..  Next year nak UPSR dah..


Ariff Farhan pun dapat dah surat untuk menghadirkan diri Orientasi Tahun 1 2017 , hujung November nih jugak. Makanya.. nak kena beli baju seragam sekolah kebangsaan dah utk budak comel kiut miut tuh.

Mama dengar-dengar Tahun 1 2017, akan dapat seisi petang di SK. Tak berpeluanglah 'Paan' nak guna khidmat kakak utk tolong angkat beg pergi sekolah.. Aiyohh.. macam mana la budak kecik comel nih nak pikul beg sekolah berat nnt.. (T_T)

Lately, tak suka orang ambil gambar dia.. Marah saja.. atau suruh delete.. hehehhee.. Yelah tuh.. :P




Azfar Hazim.. dah 1 tahun 1 bulan + dah.. milestone ? Banyak dah..  even dah boleh membebel (tatau butir amenda ntah). Jalan, lari.. tergolek terlentang memang dah rutin. Still BF.. alhamdulillah.. Jimat belanja takyah kena beli susu tin.. Mahal woo skarang.. wuwuwuuwu.



Wrap up cerita November (as at today)



xoxo




Jan 4, 2016

Back to School 2016

Post ini di tulis lewat (but better than never kan) ** ada terlebih byk mood nak merapu di suatu malam yg sepi..

So here comes another year of school .. Tahun yg mencabar sbb ada org nak periksa besar.. Maknye pun suspense sekali sbb hala tuju sekolah menengah nnt banyak dipengaruhi dengan keputusan UPSR dan PSRA akan dtg ni.. Moga dipermudahkan urusan .. Amin ya Rabb.

For the first time Abang berjawatan di sekolah kebangsaan.. Pengawas Pusat Sumber.  Itu pun after di beri sepatah dua kata oleh maknya mengenai "pengalaman".. "peluang".. Yada yada.. Kalau ikutkan abang apabila di tawarkan oleh cikgu .. Dia malas.. šŸ˜… erkk adoiii.. 

Kelas 6 Prima yang ceria..
terima kasih buat cikgu kelas yg sangat  berdedikasi

Ika masih disambung kontrak.. Heheheh.. Sejak darjah 4 dah menjawat jawatan pilihan hati.. Katanya dia mmg lebih suka menjadi pengawas pusat sumber drpd menjadi pengawas biasa.. Mak iyekan aje.. Asalkan bahagia .. 

Cik Nurul Atiqah
(yang tak mahu gambar mukanya di tempelkan di sini.. )

Abang Paan.. Now a senior di Little Caliph..walau pun size badan yg cumel persis anak 4-5 tahun.. Namun hatinya besar.. Lagaknya macam dah 10'tahun.. Kalau dengar leternya.. Lagila mcm dah 18 tahun.. Huhuhu.. 

Abang Paan & Baby Hazim
Balik sekolah terus berkepit duorang.. 

Hazim? Di sekolahkan juga tahun ni.. Mak dah nak kena kerja.. sekolah sama kakak Emboy kat rumah ye.. Belajar meniarap.. belajar merangkak.. Lots to learn utk Hazim tahun ni.. Chaiyok!






Jun 9, 2015

RM10


Keluar dari Tesco , Si Anak dara menarik-narik lengan baju dan memandang mukaku sambil mengelip-ngelipkan mata minta diberi perhatian. "Ha.. ada apa ? "

"Mama.. kita singgah kedai DIY boleh ? " kata si anak dara sambil menatap wajahku penuh kasih sayang (caisss). Termakan pujuk si anak dara apatah lagi musim cuti sekolah kali ini kami tak kemana-mana. Layankan saja...

Ada 2 DIY store di bangunan Tesco , di sebelah kiri laluan menempatkan barang-barang pertukangan, paip dan alatan-alatan baiki rumah yg biasanya hanya di minati golongan ibubapa yang mencari alatan gantian barang-barang rumah dengan harga patut. Berlainan pula dengan di sebelah kanan laluan yang merupakan 'syurga' buat kanak-kanak sebaya anak dara dan anak teruna yang kini amat gemar membeli pen, pensil, buku nota dan lain-lain (entah apa-apa projeknya dengan buku skrap la, menyalin lirik lagu dari popstar negara seberang la.. tak ketinggalan si teruna abang pun mahu juga melukis gambar kartun dan game karektor) . Malah yang bawah umur 5 tahun pun bergumbira dengan mainan persis 'lego' tapi berharga RM5.. (^_^)v

Selepas melihat-lihat seketika , ku berikan 'limit' belanja kepada anak-anak. "Ok mama bagi RM10 je maksimum sorang boleh beli barang dalam DIY nih.. Jangan lama-lama sangat pilih, tu Papa tengah tunggu kat luar dgn barang-barang basah tuh.. Kang rosak pula daging, ikan , ayam kita tuh.. cepat "  

"Mama.. ada apa kat sini untuk budak kecik ?" tanya Farhan.. Pada masa pertanyaan di aju, Farhan ikut sekali berada di seksyen alat tulis. Sambil senyum, perlahan ku tarik Farhan menjauhi bahagian alatulis dah melangkah terus ke bahagian paling hujung di mana mainan yang seakan-akan serupa jenama-jenama hebat tersusun rapi.

Selesai memilih 'sesuatu yang hebat' untuk Farhan. Ku cuitkan si abang dan kakak dan suruh mempercepatkan memilih barang. Abang dah selesai.. "Abang cuma nak beli 'lead' untuk pensil khat dan pemadam .. Itu aje yang masih tiada. Mulanya abang macam nak beli pencil case juga, tapi tak menarik.. Abang pakai yang ada mama punya ada satu kat rumah tu boleh ?" Seperti biasa,si abang memang seorang yang sentiasa praktikal. Prinsip kalau barang dah ada, nak buat apa beli baru sangat teguh di jiwa. Kakak pula mengangguk tanda dia dah siap juga , turut ada 2 barang di tangan. Sebuah buku tulis berkulit tebal dan pencil case berwarna kuning.

Segera ku bergerak ke kaunter bayaran dan menyuruh anak-anak meletakkan barang-barang untuk di bayar. Tetiba si anak dara bersuara dengan wajah penuh berkerut-kerut.

"Tak cukup 20 sen la mama"
"Apa yang tak cukup 20 sen.. ? Ika punya barang jumlah lebih dari RM10 ke ? Terlebih 20 sen ?"
"Tak .. Ika punya barang ni.. baru RM9.80.. tak cukup 20 sen.. mama kata beli barang RM10"

(T_T).. oh anak daraku..





May 28, 2015

Cerita Isra' Mikraj

Cerita isra' mikraj

Kekanak : mama .. Mama tadi ada sambutan isra' mikraj kat sekolah..

Me : ok

Kekanak : budak2 darjah 1 kena tanya soklan dgn cikgu. "Apa nama binatang yg Nabi SAW tunggang masa peristiwa Isra' mikraj?"

budak tu jawab "beruk"  .. (T_T)

jawapan sebenarnya "buraq"

(( terkekek2 kekanak dua ketul yg kekonon "dah senior" tu gelak .. Bukan main lagi korang ye..))

Oct 17, 2014

Ika Says - Exclusive

Mama .. mama.. (pause berfikir sekejap)

mama kerja "exclusive" kan?

** exclusive sangat **

hahahahha

Gambar Illustrasi adalah ilusi maknya semata-mata
Ni baru "executive" yang "exclusive" ghupenye..  
Credit to : by diddywut | source 


nota kaki : menulis dan merakamkan kerenah anak2 utk ingatan masa hadapan.. 

Jul 24, 2012

Tentang puasa

Alhamdulillah.. di panjangkan usia utk bertemu Ramadhan lagi tahun ini..

Ramadhan kali ini mmg sangat bersederhana sahaja. Malah dah masuk hari ke-4 dah puasa.. satu hari pun belum menjengah bazaar ramadhan.. hiho.. :P . Menu Iftar semuanya seperti hari hari biasa balik keje & makan malam.. Hari pertama agak meriah bile MDH family datang berbuka bersama-sama..

Tentang Abang
Abang celebrate his 8th birthday on 20th July.. a day before puasa... Happy birthday abam!  Since hadiah tahun nih semua orang dah dapat on advance... kami beli kek utk memeriahkan suasana.. :). Mudah mudahan tahun ini penuh lagi puasa abang ye.. Dah beso dah .. tak leh ponteng2..

Gambar tepon.. abess blurrr .. 

Tentang Ika
Waktu berbuka puasa hari ke-2, I asked her about her good friend 'Rayyan'.. "Rayyan puasa tak Ika ?" . She quickly answered 'Tak". Eh.. confident aje die menjawabnya..
Me : Mana Ika tau ?
Ika : Yela.. die cakap kat Ika. Dia kata die bawak makanan masuk bilik dia, lepas tu die makan..
Me : eh.. ibu bapa dia tak nampak ke?
Ika : Tak.. masa tu ibu bapa die dalam bilik diorang

Hmp.. explanationnya terlalu terperinci.. Puasa pula baru bermula Sabtu .. bila pula die bercerita panjang sedetail itu dengan si Rayyan.. i wonder.. ?!



Tentang Ayish
Orang puace.. die pun puace jugak... tapi pukul 2 petang Ahad
Ayish : mama.. jom mama.. mataii (matai = makan)
Me : Ayish nak makan ape ?
Ayish : nak matan nacik
Me : Matan nacik ngan ape ?
Ayish: dengan ayam.... papa jom papa..mataiii mataiii..

Habis sume orang dia pi ajak mataiii...


Selamat menjalani ibadah puasa semua.. !

Feb 22, 2011

About anything

Aduii..
ai ekceli nak buat posting setiap hari..but often ai tak buat pape hari-hari

ai miss my lunch mate... :(
-- ai miss jah, ai miss ummimon (of course la kan sbb. diorang tgh 'cuti' panjang)
-- ai even miss budak2 yang sebenarnya ada kat sekitar tmpt keje nih tapi semuanya bizi manjang (almaklumlah ai sorang aje masih kulikutif ..(read : satu2 yg tak kena meeting kol 1 or suke suki lari kalau ade meeting kol 1)

ai was given this briliant ideas by geng2 photobook (kak ct, aini, yati & zarid) to start my own designing firm (ewaaahhh.. 'firm' hapenye... baru nak soh gilap bakat dan cari duit tambahan buat2 design) tapi biasa lee.. ai nih hangat2 **hi ayam aje. ntah berjalan ke tak nih. Errr.. ai dah dapat satu customer dah; even dah siap dah pun custom photobook utk gambar2 kawen die.. skrang tgh final stage dia nak tambah ayat-ayat cinta utk buku tuh.. Pastu nanti kalau ai rajin & hasilnya mengagumkan (waaahhh!!!) ai tempek gambo nye di sini.. So tungguuu!!!!

Kalau ai senyap aje tuh.. errrr.. errrrr...

Anak-anak ai (especially yg paling kecik tuh) paling banyak le progressnye..
dari seminggu ke seminggu.. ada je 'ilmu' baru die belaja.. dan yang terkini
~~ menangis dengan cebik cebik & menggetarkan bibir.. ~~
~~ gigit 'b' sambil sengih2... aduiyaaaiii~~
~~ tekan remote tv sambil memandang kesannya kepada tv ~~
~~ bawa lari 'mouse' ai jauh jauh.. ~~

Ini gambar terkini budak bimbam itu



percubaan menjadi budak sekolah agama paling muda

look at my 'messy' hair style..
(kakak jaga belakang sbb budak ini suke2 kadang baring dgn harapan masih ada yg 'sayang' kat belakang die..)


gigit 'tikus' nih.. gigit gigit

laugh at kakaknye cite lawak (apentah die faham)

Nov 22, 2010

Hujung Minggu Nan Lalu..

aduiihh banyak btul posting tertunda..

Hujung Minggu Nan Lalu.... "Little Caliph Ihtifal & Performance Day 2010" took place on the 5th of November. Although not so weekend (it's Friday on Deepavali Day).. but the event berlangsung jua.. (hihihi). Comments kami.. (uhh.. lenkali jgn le bagi YB bagi speech utk penyampaian hadiah kanak2.. tak sesuaiiiiiii.. Dah berkecemiuk. anak-anak kecik.. YB masih lagi bagi syok bagi speech panjang lebar.. huhuhu).

Skrang macam dah trend.. anak-anak yg mane berkesempatan ke pegi kindy... sume ada Convocation Ceremony.. Layanzzzz... (ini anak baru grad 6 years old kindy.. pun dah rase cam terharu2.. haiii apetah lagi di masa hadapan ek.. Insya Allah.. Aminnn.. Moga2 berkesampaian kejayaan anak-anak di masa akan datang)

Both Amirul & Ika ada performance.. Amirul jadi "the proud bat" ; while Ika plak menyanyi dengan penuh semangat lagu "Mari Bersolat"

Grads of LC Setia Alam 2010
"Mari Bersolat by Nurul Atiqah & the geng of 5y.o "
Jubah Jr.

Hujung Minggu Nan Lalu.... "Taekwondo Grading" . Rasenya semua budak-budak kecik yg nak naik belt kuning.. PASS with flying color .. hihihihi..

Ikut aje ape Sir tu buat.. senang btul nak naik tali pinggang kuning.. hihihi
Hujung Minggu Nan Lalu.... "Mari bermain Layang-layang".. tidak la merancang pun aktiviti ini..

Semalam masa balik dari makan di luar (Ariff tinggal since die baru kene cucuk & bibik pun maleh nak jalan.. nak dok rumah makan megi die kate) Kami melencong masuk area "Bukit Jelutong" .. masuk je terus terlalu kat padang & ade orang main layang-layang.

Lalu & stop kat depan orang jual.. tanya harga.. Beli & terus naikkan layang-layang..

Best best.. nanti weekend kite main layang-layang lagi ye.. (nota ini ditujukan buat MDH) :P


Abang & Papa melepek tgk orang main kapal terbang
 selepas dah tade angin nak naikkan layang-layang sendiri


Aug 19, 2010

busku

Ika sangat rajin membaca.. speed reading sungguh sampaikan......

itik-itik itu terasa 'bonas'
Ika: "mama.. ape tuh 'bonas'
Me: "mana? meh mama tgk..

rupenye "..itik-itik itu terasa bosan.."

Semalam melukis ngan abang superhero dan orang jahat..Kat bawah nih hasil lukisan ika..
Ceritanya orang jahat (left) tu .."die tu busuk tau mama.."
Me : oo.. Ika tulis la kat situ.. Orang jahat Busuk..

Hasilnya.. "busku"
..busku..
bukan bace aje die terbalik ikut suke.. tulis pun same.. asalkan ada huruf; aturan nnt lenkali check.. huhuhu
kalau ditegur.. die leh jawab " alaa.. takpe.. boleh jugak macam nih..  "
..

Jul 29, 2010

Takde apa apa pun

** "Mama.. takde apa-apa pun..."** 

update 2019 (gambar telah di remove atas permintaan tuan badan).. hihihi


Aisehh.. semangat kakak nih nak express susu gak.. Susu ape ntah yg nak di perah...
Lepas tekan bersungguh-sungguh beberapa kali (ala-ala nak bagi 'let-down')
"Mama .. takde apa apa pun.."

Me : Mmg laa.. ika kan budak kecik.. mane ade susu lagi... isk isk.. Dah dah.. jgn main la pump tuh
Ika : Ooo.. patutla tade pape.. sbb nih tutup nih..
** Mmg pun ade penutup kat depan muncung pump AI tuh**

Mar 18, 2010

Bila besar nanti


Abang kata die bila besar nanti nak jadik 'Angkasawan'
So.. abang kena belajar rajin-rajin, belajar taekwondo bagi kuat dan sihat, tgk Nat Geo especially bila ada citer planet bumi, bintang-bintang...

Adik kata dia nak ikut abang.. so kena jadik 'Angkasawati'
... sbb perempuan bukan angkasawan.. kena angkasawati...
So..  Adik pun kena belajar rajin-rajin.. same cam abang..cuma malas sket bab nak tgk Nat Geo.. takpela.. Ika ikut aje.. abang la bawak roket tuh..

Arituh Abang tanya kat Mama..

"Mama.. masa kecik-kecik.. mama nak jadik ape ?"

Mama dok pikir-pikir.. errr.. cemacam aku nak jadik dulu.. tapi sbb malas nak complicated kan fikiran anak-anak.. mama pun jawab.. pekerjaan yg diorang boleh relate dan tahu..

"Jadi Cikgu.. "

Abang angguk-angguk ... "OOo.. so Mama nih tak berjaya la ye ? tak belajar rajin rajin ek ?"

hempp.. hemp..

Dec 28, 2009

Nurul Atiqah Ika

kalau tulis nama..
katanya mesti tulis macam ni.. Nurul Atiqah Ika Dzulhasrin ..
"sebaaabb.. nama ika memang la ada due.. Nurul Atiqah Ika... "

saya tak mendengar secara direct perbualan ini antara dua beradik itu..  (MDH yg citer balik)
Ika kata :  abang cuba kira.. 100 tambah 50 berapa
Abang    : 150 laa..
Ika kata : Iiituuu.. bukan tambah namanye.. iiituuu abang sambung 100 dengan 50.. apela abang ni

Jan 30, 2008

masih confius

Ika nih perempuan ke lelaki ?
.."pompuan laa.."

Abang tuh 'pompuan' ke lelaki?
.."lelaki la.. "

Ika nih boy ke girl ?
.."BOooyy!"

Girl la..
.."boy la.. "

Abang tu boy.. ika tuh girl
.."Ika boy lah"


~~ baring atas meja kat office papa..
uhhh bile kite nak balik nih..
Ika dah tatau nak main ape~~

Nov 14, 2006

siapa nama ?


nama abang siapa ? akmal amiyul..
nama adik ?
atiqah adik nuyul..
mama?
..mmamamawati
papa?
..hasrenn...

p/s: heh.. okla for a 2 yrs old kekanak...