Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Showing posts with label amirul. Show all posts
Showing posts with label amirul. Show all posts

Oct 20, 2017

OMG

OMG nak hujung tahun dah.. and krik krik.. blog tak terusik

OK ,
Nah gambar nak balik rumah selepas operasi berenang2 bebas di bilik selama 2 hari 1 malam.


#cissnampakdabelchinmak #budakbudakdahbesopanjang

Jan 19, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 2)

Week in a Life | 2017
2-8 January

January 4

4.15am
Makpak terus bongkah bangun....habis hujung katil dah lencun.. Tak tengok lagi part atas lantai..Adusss. Paan dah ulang balik masuk toilet.. Muntah ada..cherry berry jugak. Tatau berapa round dah dia muntah & tercirit.. Seluar dah berganti..pun kena lagi.

5.30am
Akhirnya Paan dia terlelap dalam berselimut gara-gara.. suar takde. :P Mak malas nak turun cari seluar kat bilik bawah. Ada Atok & Pah datang bermalam, semangat nak ikut sama menghantar Abang masuk asrama pagi nanti. Nanti kalau Mak pergi ketuk pintu nak ambil seluar Paan, harus Atuk & Pah join bersengkang mata pulak nnt.

645 am
Sebagaimana di rancang.. yang nak bertolak ke asrama harus memulakan perjalanan. Bismillah.. bertolak lah Mak, Pak, Atuk, Opah dan Abang ke Labu Negeri Sembilan. Bajet-bajet sampai awal, singgah RNR bersarapan dalam perjalanan nanti.

Jangka perjalanan 50 minit..  masih awal pagi. Kereta pun masih sikit di jalan raya. Berhenti rehat di R&R Seremban seperti di rancang. Kelibat mak bapak lain dengan anak seragam sekolah menengah merata-rata. Agaknya semua serupa idea..moh sarapan dulu sebelum register. Pendaftaran sbp seragam tarikhnya 4hb Januari..berteka-teka sendiri agak-agak ada tak antara anak-anak berseragam ni bakal meneman Abang di sekolah nanti.
Jom swafoto Abang 

Berdedai dedai orang singgah sarapan sebelum pergi register

8.30 am
Selamat memparkir kereta di perkarangan sekolah. Huh... mak rasa nostalgia sangat (sbb hantar anak masuk sekolah mak tinggalkan 20 tahun yg lalu). Walaupun tentativenya pendaftaran bermula 9 pagi seperti dalam surat. Tapi kaunter-kaunter di jaga pelajar-pelajar senior telah pun di buka dan boleh mula memproses. Proses pendaftaran di bahagi-bahagi dalam beberapa section. Kaunter semakan, kaunter Rumah Sukan, kaunter Bayaran Koperasi, Kaunter bayaran Asrama semua berasingan. Membenarkan ibubapa penjaga mudah bergerak tanpa perlu beratur panjang. (Boleh juga skip kaunter, pergi yang mana kosong). Bijak sistem ini. Berpeluh-peluh juga mengeluarkan wang pendaftaran.

10.00 am
Selesai urusan di dewan, kami boleh pilih hendak ke Koperasi (mengambil barang-barang yg telah di bayar tadi) atau boleh terus ke asrama. Kami pilih pergi cop katil dulu la.. hhehehhe.. Mak pak & Abang terus di serbu (boleh kata serbu gak le..  sbb dalam 4-5 orang nak tolong angkat barang pergi asrama). Okeh adik .. sila lah bawakkan barang nih (ecewaaahh.. mak perasan masih muda).
Beratur di Koop

Locker inspection - sampai awal boleh pilih-pilih

Bilik Rumah Umar 

Dorm mengikut rumah Sukan. Form 1, Form 2 dan 2 abang MPP akan duduk dalam satu bilik. Cadar semua seragam ikut warna rumah Sukan. Loker sorang satu, besi & sangat luas (ini comparison kepada zaman mak dulu yg cuma dapat loker kayu 1/3 size loker si anak nih).  Masa Mak , Pak dan Abang sampai bilik, abang MPP tengah menyapu sampah. Comel-comel dan sopan aje orang nya. First impression mak & bapak.. "nampak harmless" . Moga mmg begitula sifat azali nya walaupun nnt penjaga dah balik.

Aihh senang sekarang, pakai pasang siap aje.. tak aci nih

Loker yang besarnya weh.. 

11.30 am
Ada taklimat daripada pentadbir sekolah. Yada yada.. sesi soal jawab. Done.

Mengenang masa depan ke ape kah  ? 

Since masih boleh bawa anak keluar sehingga pukul 6pm. Kami keluar balik, terus decide nak pergi ke rumah PakSu di Bangi Avenue sambil singgah beli sandal utk Abang , kidnap senaskah tafsir dari rumah Paksu, makan tengahari, jahit badge di baju sekolah Abang (ada satu badge aje pun dapat beli.. jadi la.. asal ada). Sempat juga buat kunci pendua utk loker di asrama (satu bg abang simpan spare, satu letak dlm kereta makpak, satu tinggal rumah Paksu - dahsyat tak planningnya.. heheh)

Duplicate kunci in progress

5.50pm
Abang yang dah siap mandi di rumah Pak Su, turun kereta terus berlari naik asrama. Nak tukar baju melayu (Abang MPP dah pesan tadi, pukul 630pm dah kena siap nak makan malam & lepas tu ke Surau).

Hmpp... bye bye Abang (nampak ke dia berlari naik tangga tu ? )

Ganbatte!

Uiihh.. semangat. Takde toleh toleh belakang pun. So mmg takde la episode anak teriak , mak teriak. Mak terkebil-kebil ada la..  Bye bye Abang . Moga sukses selalu (Doa mak dalam hati)

by 7pm
Sampai di rumah.

Tengok Paan melembik. Tengok Ajim pun sama merengek-rengek. Sorang muntah & cherry berry.. Sorang deman & cherry berry. Lepas solat... terus bawa keduanya pergi klinik.

Orang sakit 1

Orang sakit 2




Jan 17, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 1)

Week in a Life | 2017
2-8 January

Minggu yang penuh.  Ke sana ke mari.. (fuhh peluh).

Januari 3 

Ariff Farhan (Paan) Day 1 at school. Semestinya budak yang ceria.. semestinya tiada drama air mata. Yey! Mama yang terkejar kejar nak catch up with his day. 7am - Aunty Kok (our beloved trusty acik van sekolah) arrived - punctual as usual. Off budak ceria naik van & waived good bye, all SMILE :)



7.15 am
Maknya start engine kereta & vroom vroom terus ke SAR KAFA Integrasi Setia Alam (konon nak sampai dulu before budak di turunkan van sekolah. Rupenya struggle sekejap nak cari tempat nak parking kereta. So while maknya cari parking, Paan dah turun van & Aunty Kok dah ensure budak2 kecik masuk pagar.



Maknya tengok dari jauh je, antara pesan maknya :-

"Dengar cakap ustazah, nnt waktu rehat boleh beli makanan dkt kantin, makan dengan kawan2, waktu balik tunggu Aunty Kok dekat tempat Aunty suruh tunggu tau. Jangan " merayau-rayau"

Dia jawab "haa.. tau dah.. Aunty Kok dah bagitau dah saya"

9.30 am
Maknya datang jenguk waktu rehat. Tercari-cari budak kecik tu, di celah2 anak-anak yang macam semut keluar kelas. Easy going as usual, boleh beli makan sendiri, duduk di meja terus boleh borak dgn member sebelah. Bila di tanya "kawan kelas paan ke ?" Dia jawab "ntah la.. tatau darjah berapa ntah.."



Kring masuk kelas ... Maknya rasa lega .. balik rumah. Selesai hal satu sekolah.

10 am
Maknya ajak Amirul Akmal (Abang) untuk cari beberapa item yang masih belum cukup utk asrama. Bapanya pun follow. Memula ke Daiso (biasala masuk Daiso mmg senang nak leka). Lepas tu singgah 99mart plak nak cari bekal kudapan sikit utk Abang esok hari.

12.15 pm
Off Paan ke Sekolah Kebangsaan pula.


12.30 pm
Maknya sekali lagi mengalami masalah mencari parking kat sekolah .. uhuh. Ingatkan dah awal, rupenye dah lambat. Berjalan laju2 masuk perkarangan sekolah, dari jauh dah nampak budak botak lari lari sengih (muka lega) nampak maknya sampai. Kata dia.. lepas Aunty Kok hantar depan pagar sekolah, dia jalan je ikut kawan2 tu masuk sekolah. ((bagus baguss..))



Cerita di perhimpunan pertama anak Darjah 1 , sama je saban tahun. Yang anak nya yang pertama (sulung) masuk sekolah, risaunya tak bersempadan (kata si emak anak #3 masuk sekolah; konon dah expertla tuh.kahkah)

Berbuih buih, berbelon belon air liur si cikgu memaklumkan "Minta kerjasama ibu bapa, tidak berada terlalu hampir dengan pelajar. Minta kerjasama memberikan ruang dan laluan kepada pelajar.. " Adehh.. mmg tak makan saman.

Mak mak veteran.. berdiri seiring agak jauh sedikir dari barisan pelajar , dua tiga orang (muka agak2 kenal.. pernah selisih di waktu di tadika, pernah anak #1 & #2 sekelas dulu.. ) Borak2 kosong bertanya khabar. Bertukar cerita si anak yang lain.. selang seli umpatan sedas dua kat mak pak yang tak makan saman & sama beratur di barisan pelajar. Kalau boleh nak duduk sekali agaknya di situ. Adeh..


Udahla petang dan panas, lama pulak ucapan Guru Besar..  antara ulasnya KSSR model baru..  betapa ramainya anak-anak tahun 1-2017 ini, 400 lebih semuanya yang melapor diri. yada yada.. ((dalam pikiran mak ada satu je..  Errr tak boleh ke anak-anak nih masuk kelas dulu.. ?")). Adehh..

Selamat pelajar-pelajar masuk kelas.. Maknya lambai lambai bagi semangat kat Paan "Chaiyok ..chaiyok" ((tu dalam hati maknye aje.. tak le plak maknya menjerit2 di tgh panas tuh)).



3.00pm
Mak datang lagi nak jenguk orang waktu rehat. Mak lambat, maka tercari cari dalam 400 org campur lagi budak darjah 2 & 3. Si budak comel kecik kiut tuh. Bila jumpa.. Ohoh selamat dah dia sedang membayar dekat makcik kantin. Bertukar tangan duit & air Tinge. Bila di tanya, nape beli air aje ? Jawab dia " Ramai ibubapa yang beli makanan, saya tak boleh nak beli. Sebab tu saya beli air nih, situ tak ramai orang" .. Adehh..


3.30pm
Keluar lagi bawa Abang ke BSN, konon nak applykan akaun. Sekali tu nombor giliran menunggu yg depannya ada 40 orang. Errk.. kensel.

6.30pm
Tengok rambut abang.. Alamak Abang.. tak potong rambut lagi. Zaaas keluar balik pergi potong rambut ala budak sekolah sopan di Tesco.


Adeh penat betul rasanya.

Januari 4

4 am
Paan masuk bilik, kata nak verak. OKla.. bukakkan lampu. Dia diam buat projek. Mak pun ngantuk2 tunggu. Dia keluar bilik air.. duduk tepi katil. Dia cakap "mama saya rasa macam nak muntah.. "

Blueeeekkkkkk..

Adeehh.. new episode.

Nov 22, 2016

Ujian & Penilaian..

Indicator for success ? Belum lagi
Indicator for failure ? Belum lagi

"Pengalaman pertama menjadi parents mengambil result UPSR di sekolah. Sesuatu di luar jangkaan melihat ramai anak-anak menitiskan air mata setelah keputusan diumumkan. Mungkin 6A menjadi sasaran, bilamana tidak terjangkau hanya air mata menjadi pengganti. Fahamilah di saat itu, keputusan itulah segala-galanya yang membawa makna di dunia, dunia kecil mereka. Berilah sokongan dan dorongan untuk terus ke hadapan. Ini adalah suatu pertempuran dalam peperangan yang lebih panjang..."

kata : Si bapa kepada Amirul Akmal Dzulhasrin

All smiling after the last science paper 2
8th September 2016

"Dengan hanya 1.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini memperoleh semua A .." - macam macam tajuk berita keluar.. macam-macam ulasan KPM bagi.. macam-macam reaksi ..  Bagus juga pagi tu dah keluar preview , informal analisis, gossip2 di whatsapp... Kami dah berlapang dada masa nak melangkah ke dewan terbuka (joining other parents & anak-anak tahun 6 yang berdebar-debar).

Berdebar - debar... 

Hanya 3 orang di SK Setia Alam mendapat 6A. 12 orang 5A.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Seperti kata pepatah.. Kalau hendak seribu daya.. kalau tak hendak seribu dalih.. Pastinya utk keputusan UPSR 2016 nih, mama yakin Abang mmg hendak buat yang terbaik.

Berkali kali di atas pentas abang tanya (taktala parent di panggil bersama-sama naik ke pentas utk bergamba) "Takpe ke Mama ? Takpe ke ? Takpe ke tak dapat semua A ? "

Takpe Abang.. OK sangat dah nih..  :)

Dia kata .. cikgu umum nama ikut no giliran. So dia dah rasa takut sangat kalau next name skip giliran dia.  

Budak baju merah kecik tuh.. harapnya boleh kenang saat ini.. Dan jadikan inspirasi ye :)

Si Abang has a mixed feeling pada hari kejadian.. Dia rasa bersalah katanya ((i think dia maybe nak expresskan rasa 'serba salah')) . Kawan-kawan dia sibuk bercerita tentang hadiah hadiah mak ayah dah janji kalau dapat 6A, ada yang hendak itu.. ada yang hendak ini.. Masing-masing dah memasang angan yang tinggi. Yakin sekali.

Mudahlah orang kementerian berkata.. "ini format baru " ;  "Usah di banding tahun terdahulu.." ; sepatutnya itu dan sepatutnya ini.. Apa mahu kita katakan pada anak-anak ini ? Tidak di fahami anak-anak ini tentang perlaksanaan dasar jangka panjang.. bla bla..

Abang tak mahu ambil gambar dengan kawan - kawan ke ? Dia geleng.. cepat cepat lari. Serba salah betul sampai takut nak approach kawan-kawan lain.

Dalam esak-esak kawan2 lain, yang dua orang nih kelihatan tersenyum.. :)
Perjalanan masih jauh utk anak anak ini... Cabaran sekolah rendah telah di redah..  Moga moga perjalanannya mudah & di berkati selalu... Amin amiinn.. amin Ya Allah.

Moga menjadi contoh dan inspirasi adik adik :)




Nov 11, 2016

Tak sampai-sampai New Zealand ke ape ke ?

Setahun dah berlalu.. posting last hanya sampai cerita transit kat Melbourne..
hahahha.. teruk.. mmg teruk..

Ok.. skrang rasa rindunya dengan tasik nan biru itu.. wuwuwu

Okla.. lets move on.. (bila rajin tahap gaban datang menyerang suatu hari nnt.. akan ku sambung cerita NZ tuh).. :P

Whats up with November 2016 ?

Abang dah nak kena buat pengesahan masuk Tingkatan 1 utk seisi 2017 di SMK Setia Alam, Shah Alam. Ini sekolah wajib daftar, kalau abang ada rezeki di tempat lain.. nanti kita cerita lagi.

Result UPSR pun dah nak annouce dah next week 17 November.. Apa pun result abang nanti.. Mama bangga dah & yakin abang dah buat sehabis baik yang abang mampu... Yah yahh.. Mama still terbayang-bayang abang punya senyum simpul masa keluar pagar sekolah hari last exam.. senyum aje.. Bahagia sangat agaknya rasa dah lepas dah satu tanggungan peperiksaan besar.

PSRA pun dah lepas.. kata orang.. result PSRA umum before UPSR.. ehh berdebar pulak


Cik Nurul kita, show tremendous improvement dalam merajinkan diri study. Ambil UPKK exam hari tuh, dengan penuh bersemangat waja.. Mama harap.. Ika akan berjaya dgn cemerlang dalam apa apa bidang pun yang Ika minat.. Yang penting berusahalah.. kalau tak kita yang usaha.. takde sesiapa pun yang boleh tolong diri kita sendiri.. (kan Ika kan?) -- boleh tulis dialog macam nih.. Sbb mama tau.. Ika baca blog mama wlpn dah bersawang lama tak tulis nih..  Next year nak UPSR dah..


Ariff Farhan pun dapat dah surat untuk menghadirkan diri Orientasi Tahun 1 2017 , hujung November nih jugak. Makanya.. nak kena beli baju seragam sekolah kebangsaan dah utk budak comel kiut miut tuh.

Mama dengar-dengar Tahun 1 2017, akan dapat seisi petang di SK. Tak berpeluanglah 'Paan' nak guna khidmat kakak utk tolong angkat beg pergi sekolah.. Aiyohh.. macam mana la budak kecik comel nih nak pikul beg sekolah berat nnt.. (T_T)

Lately, tak suka orang ambil gambar dia.. Marah saja.. atau suruh delete.. hehehhee.. Yelah tuh.. :P




Azfar Hazim.. dah 1 tahun 1 bulan + dah.. milestone ? Banyak dah..  even dah boleh membebel (tatau butir amenda ntah). Jalan, lari.. tergolek terlentang memang dah rutin. Still BF.. alhamdulillah.. Jimat belanja takyah kena beli susu tin.. Mahal woo skarang.. wuwuwuuwu.



Wrap up cerita November (as at today)



xoxo




Jan 4, 2016

Back to School 2016

Post ini di tulis lewat (but better than never kan) ** ada terlebih byk mood nak merapu di suatu malam yg sepi..

So here comes another year of school .. Tahun yg mencabar sbb ada org nak periksa besar.. Maknye pun suspense sekali sbb hala tuju sekolah menengah nnt banyak dipengaruhi dengan keputusan UPSR dan PSRA akan dtg ni.. Moga dipermudahkan urusan .. Amin ya Rabb.

For the first time Abang berjawatan di sekolah kebangsaan.. Pengawas Pusat Sumber.  Itu pun after di beri sepatah dua kata oleh maknya mengenai "pengalaman".. "peluang".. Yada yada.. Kalau ikutkan abang apabila di tawarkan oleh cikgu .. Dia malas.. šŸ˜… erkk adoiii.. 

Kelas 6 Prima yang ceria..
terima kasih buat cikgu kelas yg sangat  berdedikasi

Ika masih disambung kontrak.. Heheheh.. Sejak darjah 4 dah menjawat jawatan pilihan hati.. Katanya dia mmg lebih suka menjadi pengawas pusat sumber drpd menjadi pengawas biasa.. Mak iyekan aje.. Asalkan bahagia .. 

Cik Nurul Atiqah
(yang tak mahu gambar mukanya di tempelkan di sini.. )

Abang Paan.. Now a senior di Little Caliph..walau pun size badan yg cumel persis anak 4-5 tahun.. Namun hatinya besar.. Lagaknya macam dah 10'tahun.. Kalau dengar leternya.. Lagila mcm dah 18 tahun.. Huhuhu.. 

Abang Paan & Baby Hazim
Balik sekolah terus berkepit duorang.. 

Hazim? Di sekolahkan juga tahun ni.. Mak dah nak kena kerja.. sekolah sama kakak Emboy kat rumah ye.. Belajar meniarap.. belajar merangkak.. Lots to learn utk Hazim tahun ni.. Chaiyok!






Jun 9, 2015

RM10


Keluar dari Tesco , Si Anak dara menarik-narik lengan baju dan memandang mukaku sambil mengelip-ngelipkan mata minta diberi perhatian. "Ha.. ada apa ? "

"Mama.. kita singgah kedai DIY boleh ? " kata si anak dara sambil menatap wajahku penuh kasih sayang (caisss). Termakan pujuk si anak dara apatah lagi musim cuti sekolah kali ini kami tak kemana-mana. Layankan saja...

Ada 2 DIY store di bangunan Tesco , di sebelah kiri laluan menempatkan barang-barang pertukangan, paip dan alatan-alatan baiki rumah yg biasanya hanya di minati golongan ibubapa yang mencari alatan gantian barang-barang rumah dengan harga patut. Berlainan pula dengan di sebelah kanan laluan yang merupakan 'syurga' buat kanak-kanak sebaya anak dara dan anak teruna yang kini amat gemar membeli pen, pensil, buku nota dan lain-lain (entah apa-apa projeknya dengan buku skrap la, menyalin lirik lagu dari popstar negara seberang la.. tak ketinggalan si teruna abang pun mahu juga melukis gambar kartun dan game karektor) . Malah yang bawah umur 5 tahun pun bergumbira dengan mainan persis 'lego' tapi berharga RM5.. (^_^)v

Selepas melihat-lihat seketika , ku berikan 'limit' belanja kepada anak-anak. "Ok mama bagi RM10 je maksimum sorang boleh beli barang dalam DIY nih.. Jangan lama-lama sangat pilih, tu Papa tengah tunggu kat luar dgn barang-barang basah tuh.. Kang rosak pula daging, ikan , ayam kita tuh.. cepat "  

"Mama.. ada apa kat sini untuk budak kecik ?" tanya Farhan.. Pada masa pertanyaan di aju, Farhan ikut sekali berada di seksyen alat tulis. Sambil senyum, perlahan ku tarik Farhan menjauhi bahagian alatulis dah melangkah terus ke bahagian paling hujung di mana mainan yang seakan-akan serupa jenama-jenama hebat tersusun rapi.

Selesai memilih 'sesuatu yang hebat' untuk Farhan. Ku cuitkan si abang dan kakak dan suruh mempercepatkan memilih barang. Abang dah selesai.. "Abang cuma nak beli 'lead' untuk pensil khat dan pemadam .. Itu aje yang masih tiada. Mulanya abang macam nak beli pencil case juga, tapi tak menarik.. Abang pakai yang ada mama punya ada satu kat rumah tu boleh ?" Seperti biasa,si abang memang seorang yang sentiasa praktikal. Prinsip kalau barang dah ada, nak buat apa beli baru sangat teguh di jiwa. Kakak pula mengangguk tanda dia dah siap juga , turut ada 2 barang di tangan. Sebuah buku tulis berkulit tebal dan pencil case berwarna kuning.

Segera ku bergerak ke kaunter bayaran dan menyuruh anak-anak meletakkan barang-barang untuk di bayar. Tetiba si anak dara bersuara dengan wajah penuh berkerut-kerut.

"Tak cukup 20 sen la mama"
"Apa yang tak cukup 20 sen.. ? Ika punya barang jumlah lebih dari RM10 ke ? Terlebih 20 sen ?"
"Tak .. Ika punya barang ni.. baru RM9.80.. tak cukup 20 sen.. mama kata beli barang RM10"

(T_T).. oh anak daraku..





May 28, 2015

Cerita Isra' Mikraj

Cerita isra' mikraj

Kekanak : mama .. Mama tadi ada sambutan isra' mikraj kat sekolah..

Me : ok

Kekanak : budak2 darjah 1 kena tanya soklan dgn cikgu. "Apa nama binatang yg Nabi SAW tunggang masa peristiwa Isra' mikraj?"

budak tu jawab "beruk"  .. (T_T)

jawapan sebenarnya "buraq"

(( terkekek2 kekanak dua ketul yg kekonon "dah senior" tu gelak .. Bukan main lagi korang ye..))

Jul 24, 2012

Tentang puasa

Alhamdulillah.. di panjangkan usia utk bertemu Ramadhan lagi tahun ini..

Ramadhan kali ini mmg sangat bersederhana sahaja. Malah dah masuk hari ke-4 dah puasa.. satu hari pun belum menjengah bazaar ramadhan.. hiho.. :P . Menu Iftar semuanya seperti hari hari biasa balik keje & makan malam.. Hari pertama agak meriah bile MDH family datang berbuka bersama-sama..

Tentang Abang
Abang celebrate his 8th birthday on 20th July.. a day before puasa... Happy birthday abam!  Since hadiah tahun nih semua orang dah dapat on advance... kami beli kek utk memeriahkan suasana.. :). Mudah mudahan tahun ini penuh lagi puasa abang ye.. Dah beso dah .. tak leh ponteng2..

Gambar tepon.. abess blurrr .. 

Tentang Ika
Waktu berbuka puasa hari ke-2, I asked her about her good friend 'Rayyan'.. "Rayyan puasa tak Ika ?" . She quickly answered 'Tak". Eh.. confident aje die menjawabnya..
Me : Mana Ika tau ?
Ika : Yela.. die cakap kat Ika. Dia kata die bawak makanan masuk bilik dia, lepas tu die makan..
Me : eh.. ibu bapa dia tak nampak ke?
Ika : Tak.. masa tu ibu bapa die dalam bilik diorang

Hmp.. explanationnya terlalu terperinci.. Puasa pula baru bermula Sabtu .. bila pula die bercerita panjang sedetail itu dengan si Rayyan.. i wonder.. ?!



Tentang Ayish
Orang puace.. die pun puace jugak... tapi pukul 2 petang Ahad
Ayish : mama.. jom mama.. mataii (matai = makan)
Me : Ayish nak makan ape ?
Ayish : nak matan nacik
Me : Matan nacik ngan ape ?
Ayish: dengan ayam.... papa jom papa..mataiii mataiii..

Habis sume orang dia pi ajak mataiii...


Selamat menjalani ibadah puasa semua.. !

Jan 9, 2011

Amirul Goes To School...

Esok dah masuk minggu kedua dah pun my eldest started his primary school education. Tapi baru hari nih ada masa nak update.. (^-^ )v

Bila anak sudah pun melangkah masuk ke sekolah kebangsaan (not sure for others) but for me.. rasa cam dah tua plak.. (yaiksss.. ).

The orientation

Sebermula buka tahun 2011, 1 Januari (sabtu) kami telah diminta hadirkan diri di Sekolah Kebangsaan dgn anak2 dipersiapkan dengan seragam sekolah lengkap. Amirul macam biasa laa.. relaks aje.. yang lebih2 nya excited si Atiqah. Me & MDH memula tanak bawak dia pun.. tapi dia bagi alasan ini ..

"Ika kan nak tengok kelas.. nanti senangla bila Ika dah masuk sekolah kebangsaan nanti.. Ika dah tau dah kat mane kelas Ika.."

Orentasi berjalan lancar.. budak2 di suruh beratur di tapak perhimpunan, naik kelas, pilih seating sendiri, dibawa melawat toilet, kantin, padang sekolah, pejabat... ((dan ntah mane-mane ntah)). Kitorang dok lepak je kat kantin.. (ini gara2 budak sibuk tuh.. dah lapar). Dan bila dah abess diorang punya orientasi.. kami test satu round utk Amirul first attempt to buy food kat kantin sekolah..

tgk la.. siapa lagi semangat nak masuk sekolah.. Abang ke Ika ke?

Mr Macho is walking for the first time as student here

Mr Macho.. kembung kan pipi.. 

First attempt to buy food on his own.. 

The Transportation

Sepertimana anak-anak lain, kami turut daftarkan Amirul ke Sekolah Agama..  since the only option available is Institut Iqra Bestari Setia Alam (IIB).. Maka di situlah adanya harapan kami agar ilmu2 agama yg kami sendiri naif & kekurangan dapat di pelajari oleh anak-anak. IIB offer a transportation service sekali.. So amatlah berbesar hati kami pun subscribe la with IIB. The trip are 1 (home -- SK Setia Alam) 2 (SK Setia Alam -- home) 3 (home -- IIB) 4 (IIB -- home)

Hari pertama
Kejam kah ? ((hihihi.. since aku cuma ada 2 hari aje cuti.. I need to start early utk biarkan Amirul independant)) So kami first day 3 Jan 2011 tuh dah suruh Amirul naik van IIB (van sekolah) ke Sek Kebangsaan. .. ((aku tunggu dkt pondok bas)).. IIB dah amik Amirul dari rumah pukul around 6.55am macam tuh.. dan berjaya sampai kat sekolah jam 7.40am ((hari first dah lambat pegi sekolah)). Isnin balik sekolah pukul 1pm. Kami skodeng dari kejauhan utk check Amirul naik tak the right van.. ((Alhamdulillah.. dah selamat naik)) So kami pun balik rumah to wait him arrive. Tub tubb.. IIB (pejabat) call around pkl 1.45pm.. Amirul boleh la plak silap ter'drop' kat IIB sekali ngan budak2 yg transit situ.. Aiyohhh.. so nak jimatkan masa.. MDH & me pegi fetch him from IIB dan balik rumah siap2 utk tunggu van sekolah dtg nak pegi sekolah agama pula. 

Hari kedua
Pagi2 lagi dah haru biru.. kitorang dah tercongok kat depan rumah dari pukul 640am.. dan van sekolah sampai jam 720am. Sib baik la sekolah mmg dekat aje pun.. So dia manage sampai sekolah before 730am.
Worst bila tghari tuh.. sampai kami dah masuk panic mode bila dah pukul 2.15pm.. Amirul still tak sampai2 lagi. Sekolah habis pukul 1pm. Jaraknye tak smp 5 minit pun by car.. ((tapi bagi can la Van drop budak2 lain sume kan)).. tapi bila jam dah cecah kol 2pm.. kami dah start tak keruan.. Lagi haru bila call Ustaz (yg manage van sekolah tuh) tak angkat pulak telefon.. MDH & me sampai pegi ke sekolah.. check tertinggal ke dia kat sekolah ? Pegi IIB kot kot jadi cam 1st day.. salah drop kat tmpt transit ke? Tapi semua tempat tade Amirul dan tiada pula dapat contact Ustaz.. aduuuiiiiiyaaiii..

Apelagi.. kami terpaksa la buat kecoh seketika kat IIB 2nd day tuh.. yelakan.. boleh dikategorikan 'hilang' dah nih.. Sampai kat sana.. ada plak kakak2 abang2 yg dok teman anak2 darjah 1 yg transit..Diorang mmg supportive habis laa.. ((sbb same2 join pi buat kecoh kat guru besar IIB)).. Sorry ustazah.. kami terpaksa buat macam tuh.. Utk kebaikan masa hadapan juga.. & improvement.

Although akhirnya jam 2.40pm.. Amirul selamat sampai kat rumah.. tapi jadi kes lain plak lepas tuh.. bila Ustaz yg manage transportation tuh.. sekali lagi mengecewakan kami.. bila mana.. dia sampai ke IIB petang nih... without Amirul  ((and few other budak lagi)).. with an excuse.. dia dah lambat.. tak sempat nak ambik.. Aduiiyaaaiiii.

Nak dipendekkan ceritanya .. hari kedua berakhir dengan penuh ketegangan melanda kat IIB tuh.. tapi kami balik rumah gelak2 aje.. hihihi...

Hari ketiga, keempat & kelima..
Tatau la kesan kena marah 2nd day ke.. atau mmg biasa kot transporter sekolah first week punya management haru biru.. but it getting better and better. Pagi amik kol 640-645am.. manage to arrive kat sekolah on time. Pukul 1 lebey ambil petang.. paling lambat drop kat rumah pukul 2... Arrive utk amik ke sekolah agama around 230 or earlier kalau hantar balik Sek Kebangsaan earlier gak.. Petang balik dari IIB smp kol 6 lebeyh.. (agak lambat) tapi expectable.

Surviving the first week

Cerita duit sekolah
Kami bekalkan RM2 sehari.. Bila di tanya beli apa waktu rehat.. 5 hari straight tu.. "Nasi Lemak". Cuma hari jumaat ada advance sket.. Beli nugget sekali. 3 hari pertama.. bagi balik RM1 lebihan duit sekolah. Hari Khamis.. sok sek sok sek senyap2 with me ((bila aku balik keje)).. "Abang kan ada duit lebih singgit kan Mama.. Shahrul (one of his best friend from LC) beli pemadam.. Abang pun nak beli , abang bagi kat Shahrul suruh belikan.. " Berapa sen abang punya pemadam ? "Seringgit la"

Aduhhh.. singgit beli pemadam..

Cerita kantin
Seperti yg diceritakan di atas .. kerjanya hari2 beli nasi lemak.. Bila di tanya.. makan dengan siapa "Makan ngan Shahrul, Ziyad.. dan kawan-kawan abang kat Little Caliph dulu laa.. " Pandai cari member nih.. Yang sekelas dgn dia dan sama2 from LC.. ada sorang (tapi rasenya bukan BFF dia) So pandai tuh waktu rehat pegi kelas BFF pastu ajak sama-sama pegi kantin..  :)

Cerita buku sekolah
Makk aiiiii.. beratnye weh beg sekolah budak2. Hari isnin & selasa paling teruk sekali sbb ada 5 subjek satu hari tuh.. Satu subjek akan ada (buku teks + buku kerja + buku latihan) So basic aje dah ada 15 buku. Minggu nih Amirul kata.. cikgu suruh bawak buku latihan aje.. ((ntah betul ke tak ke ntah le.. )) Tapi esok dia pack ringan aje la beg... Kite tunggu balik esok... ape plak kata cikgu nye..

Cerita rakan sekelas
Hanya selepas seminggu habis belajar.. baru Amirul ada cerita pasal member sekelas dia.. Like his deskmate namanya juga 'Amirul'. hihihi.. Bila ditanya.. habis tuh kalau cikgu panggil Amirul!! siapa yg jawab.. "Cikgu panggil nama panjang aje..kalau Amirul Akmal.. Abang la ; kalau Muhammad Amirul Fitri.. kawan sebelah abang la". His classmate ada berbilang kaum..bagus baguss..semangat 1Malaysia.. hiya hiyaa!

Alhamdulillah.. dah selamat dah mengharung minggu pertama.. Moga2 momentum semangat yg ada sekarang berkekalanlah hendaknya.. (^-^)v

Ika kata "sekrang Abang tu dah kanak-kanak dewasa sikit"

Nov 22, 2010

Hujung Minggu Nan Lalu..

aduiihh banyak btul posting tertunda..

Hujung Minggu Nan Lalu.... "Little Caliph Ihtifal & Performance Day 2010" took place on the 5th of November. Although not so weekend (it's Friday on Deepavali Day).. but the event berlangsung jua.. (hihihi). Comments kami.. (uhh.. lenkali jgn le bagi YB bagi speech utk penyampaian hadiah kanak2.. tak sesuaiiiiiii.. Dah berkecemiuk. anak-anak kecik.. YB masih lagi bagi syok bagi speech panjang lebar.. huhuhu).

Skrang macam dah trend.. anak-anak yg mane berkesempatan ke pegi kindy... sume ada Convocation Ceremony.. Layanzzzz... (ini anak baru grad 6 years old kindy.. pun dah rase cam terharu2.. haiii apetah lagi di masa hadapan ek.. Insya Allah.. Aminnn.. Moga2 berkesampaian kejayaan anak-anak di masa akan datang)

Both Amirul & Ika ada performance.. Amirul jadi "the proud bat" ; while Ika plak menyanyi dengan penuh semangat lagu "Mari Bersolat"

Grads of LC Setia Alam 2010
"Mari Bersolat by Nurul Atiqah & the geng of 5y.o "
Jubah Jr.

Hujung Minggu Nan Lalu.... "Taekwondo Grading" . Rasenya semua budak-budak kecik yg nak naik belt kuning.. PASS with flying color .. hihihihi..

Ikut aje ape Sir tu buat.. senang btul nak naik tali pinggang kuning.. hihihi
Hujung Minggu Nan Lalu.... "Mari bermain Layang-layang".. tidak la merancang pun aktiviti ini..

Semalam masa balik dari makan di luar (Ariff tinggal since die baru kene cucuk & bibik pun maleh nak jalan.. nak dok rumah makan megi die kate) Kami melencong masuk area "Bukit Jelutong" .. masuk je terus terlalu kat padang & ade orang main layang-layang.

Lalu & stop kat depan orang jual.. tanya harga.. Beli & terus naikkan layang-layang..

Best best.. nanti weekend kite main layang-layang lagi ye.. (nota ini ditujukan buat MDH) :P


Abang & Papa melepek tgk orang main kapal terbang
 selepas dah tade angin nak naikkan layang-layang sendiri