Jun 9, 2015

RM10


Keluar dari Tesco , Si Anak dara menarik-narik lengan baju dan memandang mukaku sambil mengelip-ngelipkan mata minta diberi perhatian. "Ha.. ada apa ? "

"Mama.. kita singgah kedai DIY boleh ? " kata si anak dara sambil menatap wajahku penuh kasih sayang (caisss). Termakan pujuk si anak dara apatah lagi musim cuti sekolah kali ini kami tak kemana-mana. Layankan saja...

Ada 2 DIY store di bangunan Tesco , di sebelah kiri laluan menempatkan barang-barang pertukangan, paip dan alatan-alatan baiki rumah yg biasanya hanya di minati golongan ibubapa yang mencari alatan gantian barang-barang rumah dengan harga patut. Berlainan pula dengan di sebelah kanan laluan yang merupakan 'syurga' buat kanak-kanak sebaya anak dara dan anak teruna yang kini amat gemar membeli pen, pensil, buku nota dan lain-lain (entah apa-apa projeknya dengan buku skrap la, menyalin lirik lagu dari popstar negara seberang la.. tak ketinggalan si teruna abang pun mahu juga melukis gambar kartun dan game karektor) . Malah yang bawah umur 5 tahun pun bergumbira dengan mainan persis 'lego' tapi berharga RM5.. (^_^)v

Selepas melihat-lihat seketika , ku berikan 'limit' belanja kepada anak-anak. "Ok mama bagi RM10 je maksimum sorang boleh beli barang dalam DIY nih.. Jangan lama-lama sangat pilih, tu Papa tengah tunggu kat luar dgn barang-barang basah tuh.. Kang rosak pula daging, ikan , ayam kita tuh.. cepat "  

"Mama.. ada apa kat sini untuk budak kecik ?" tanya Farhan.. Pada masa pertanyaan di aju, Farhan ikut sekali berada di seksyen alat tulis. Sambil senyum, perlahan ku tarik Farhan menjauhi bahagian alatulis dah melangkah terus ke bahagian paling hujung di mana mainan yang seakan-akan serupa jenama-jenama hebat tersusun rapi.

Selesai memilih 'sesuatu yang hebat' untuk Farhan. Ku cuitkan si abang dan kakak dan suruh mempercepatkan memilih barang. Abang dah selesai.. "Abang cuma nak beli 'lead' untuk pensil khat dan pemadam .. Itu aje yang masih tiada. Mulanya abang macam nak beli pencil case juga, tapi tak menarik.. Abang pakai yang ada mama punya ada satu kat rumah tu boleh ?" Seperti biasa,si abang memang seorang yang sentiasa praktikal. Prinsip kalau barang dah ada, nak buat apa beli baru sangat teguh di jiwa. Kakak pula mengangguk tanda dia dah siap juga , turut ada 2 barang di tangan. Sebuah buku tulis berkulit tebal dan pencil case berwarna kuning.

Segera ku bergerak ke kaunter bayaran dan menyuruh anak-anak meletakkan barang-barang untuk di bayar. Tetiba si anak dara bersuara dengan wajah penuh berkerut-kerut.

"Tak cukup 20 sen la mama"
"Apa yang tak cukup 20 sen.. ? Ika punya barang jumlah lebih dari RM10 ke ? Terlebih 20 sen ?"
"Tak .. Ika punya barang ni.. baru RM9.80.. tak cukup 20 sen.. mama kata beli barang RM10"

(T_T).. oh anak daraku..





4 comments:

-aTy- said...

hahaha yang ni praktical nye lagi lebih.. hahah lawak betoi

ummi said...

seperti yg dibincangkan tadi - KPI dah ditentukan. Kena dapat 100% barulah perform!

asmasalleh said...

Waty dan Kaktie .. Target 100% accomplishment. Takut nnt next outing budget kena slash eh.. Lalalala .. Bijak .. Bijak..

catatan i am nieta said...

comelnya...