Indicator for failure ? Belum lagi
"Pengalaman pertama menjadi parents mengambil result UPSR di sekolah. Sesuatu di luar jangkaan melihat ramai anak-anak menitiskan air mata setelah keputusan diumumkan. Mungkin 6A menjadi sasaran, bilamana tidak terjangkau hanya air mata menjadi pengganti. Fahamilah di saat itu, keputusan itulah segala-galanya yang membawa makna di dunia, dunia kecil mereka. Berilah sokongan dan dorongan untuk terus ke hadapan. Ini adalah suatu pertempuran dalam peperangan yang lebih panjang..."
kata : Si bapa kepada Amirul Akmal Dzulhasrin
All smiling after the last science paper 2 8th September 2016 |
"Dengan hanya 1.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini memperoleh semua A .." - macam macam tajuk berita keluar.. macam-macam ulasan KPM bagi.. macam-macam reaksi .. Bagus juga pagi tu dah keluar preview , informal analisis, gossip2 di whatsapp... Kami dah berlapang dada masa nak melangkah ke dewan terbuka (joining other parents & anak-anak tahun 6 yang berdebar-debar).
Berdebar - debar... |
Hanya 3 orang di SK Setia Alam mendapat 6A. 12 orang 5A.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Seperti kata pepatah.. Kalau hendak seribu daya.. kalau tak hendak seribu dalih.. Pastinya utk keputusan UPSR 2016 nih, mama yakin Abang mmg hendak buat yang terbaik.
Berkali kali di atas pentas abang tanya (taktala parent di panggil bersama-sama naik ke pentas utk bergamba) "Takpe ke Mama ? Takpe ke ? Takpe ke tak dapat semua A ? "
Takpe Abang.. OK sangat dah nih.. :)
Dia kata .. cikgu umum nama ikut no giliran. So dia dah rasa takut sangat kalau next name skip giliran dia. |
Budak baju merah kecik tuh.. harapnya boleh kenang saat ini.. Dan jadikan inspirasi ye :) |
Si Abang has a mixed feeling pada hari kejadian.. Dia rasa bersalah katanya ((i think dia maybe nak expresskan rasa 'serba salah')) . Kawan-kawan dia sibuk bercerita tentang hadiah hadiah mak ayah dah janji kalau dapat 6A, ada yang hendak itu.. ada yang hendak ini.. Masing-masing dah memasang angan yang tinggi. Yakin sekali.
Mudahlah orang kementerian berkata.. "ini format baru " ; "Usah di banding tahun terdahulu.." ; sepatutnya itu dan sepatutnya ini.. Apa mahu kita katakan pada anak-anak ini ? Tidak di fahami anak-anak ini tentang perlaksanaan dasar jangka panjang.. bla bla..
Abang tak mahu ambil gambar dengan kawan - kawan ke ? Dia geleng.. cepat cepat lari. Serba salah betul sampai takut nak approach kawan-kawan lain.
Dalam esak-esak kawan2 lain, yang dua orang nih kelihatan tersenyum.. :) |
Moga menjadi contoh dan inspirasi adik adik :) |
0 comments:
Post a Comment