Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Mar 9, 2016

New Zealand aku datang - Transit di Melbourne

18.11.15. (Rabu)
KLIA2 - penerbangan Air Asia X 10.30mlm





Harinya telah tiba.. Beg dah disusun atur.. Yg mana beg pakaian, yang mana bahan makanan, yang mana perlu mudah akses, yang mana ada dokumen penting. Wang pun telah selamat ditukar.. Sedikit AUD.. Sedikit (eh banyak jugak) NZD. 


packing in progresss.. tak jumpa plak gambar final lepas packing.. uhuh..

Dari Setia Alam kami dah mula bergeraklah ke rumah Yop di Uniten tghari Rabu lagi.. Nak elak jem, tak nak kelam kabut dan yg penting sekali utk meet up with Mak dan Abah.. Our extended travel partner..  Sesampai di KLIA2 terus drop bag dan confirmkan boarding pass dan solat jama' maghrib dan isya'. It is important dan jimat masa utk bila dah siap2 check in (boleh buat seawal 2 minggu before flight di portal AA) .. Tinggal nak masukkan beg nak check in aje..  

Since tempat duduk nak menunggu tak berapa nak ada, kami tak lama hangs around kat luar boarding area tu. So after we waved goodbyes kat org yg tolong hantar kami lat airport.. Zasss berbondong2 kami berlapan melepasi abang kastam dan menapak nak ke Pintu masuk (adddoiiiii ada setengah jam kot) kena jalan before sampai Gate nak boarding. 😌 (Gate paling hujung plak tu..)

Masa ni kurang bijak lagi , tak test pun Boba Air masa ni.. 😭 Maka mama pun carry lah baby Hazim yg sedang enak tido tu dgn tangan.. Perghh selepas 20 minit berjalan.. Tangan jadi kebas.. Huhuhu. Sampai dkt depan Gate, OPEN dah.. boleh masuk masuk dlm.. Terus je cari tmpt duduk yg agak tersorok sket sbb Hazim dah terbangun masa tgh beratur nak lepas 2nd kastam check point kat gate boarding.  Dah le lama beratur ; abang dan kakak pegawai imig bersungguh tgk muke (mcm nak cari pengganas plak).. Lepas je imig tu semua , cari kerusi. Dapat je duduk.. Terus kena bukak "bekal" Tuan Kecik Hazim 😜

Fellow travellers lain sibuk amik gambar group (gegirl) tapi me tak dapek le nak bangun sbb ada org ngempeng.. Lalalala


credit from Farrah colletion.. See me not in the picture..
me there near the window (sila ikut anak panah).. lalalala


Takde delay and what not.. Our flight dari KL ke Melbourne was smooth. Baby Hazim pun tido je .. Kalau bangun bg cucu.. Kalau lenguh tangan kanan tukar kiri.. Lenguh kiri tukar balik kanan (( and it when on for 8-9 hours)) hahahahah.. Mmg le "kejung" tangan.. Padan muke mama.. 😜


#mukekerut

In lala land oredi.. kejut makan pun tamoh.. 

4 am jam Malaysia.. 


19.11.15 (Khamis)
Melbourne Tullamarine Airport jam 9.20 pagi - pick up kereta sewa Apex Rental - singgah Geelong - Nandos halal for lunch - meneruskan perjalanan ke GOR melalui Colac / Princess Highway - Loch Arc - bermalam di Port Campbell Holiday Park - Jauh perjalanan 244km


Arrive di Tullamarine airport dah terang benderang kat sana.. Cadangan awal nak bawak turun some of makanan dlm flight yg tak habis .. Sekali tu flight attendance tak bagi.. Die suruh abesskan juga or ada possibility nnt kena penalty šŸ™„. Mcm nak tercekik dok abesskan makanan (Paan la nj yg banyak makanan tak luak)

Drama #1

šŸ˜‚ punyala ramai umat yg nak masuk Melbourne masa kami smp tu.. Panjang gile barisan foreigners.. Huwaaa huwaaa.. (Hazim pun apelagi.. Meraung raung sambil beratur tu) .. Tapi ada bagusnya jugak sbb tiba-tiba pegawai kastam melbourne panggil 

"hello.. Sini sini.. Yang ada baby tu .. All the family members ikut saya " ..

Eh orang tu cakap Melayu okeyh.. 

Dapat la masuk special lane all 8 of us.. Lane tu utk orang Aussie.. Dan berfamili.. Cepat "sikitttt" dari lane foreigners tu..selepas berdetik detik masa yg berlalu (terasa lama betul) dgn baby yg dah tertido balik sbb maknye berjaya BF kan sambil jalan dan beratur tu.. Sesampai dkt dpn abang imigration aussie yg nak bagi cop kebenaran Entry to Australia tu..  die punya cara check name.. Die belek muke.. Pastu dia complaint first name last name salah la.. Pastu MDH kena pegi follow ada abang imig lain  utk betulkan name dulu la.. Lepas la satu stage kastam melbourne. 

Tap.. Tapp.. Dushhh.. (Beh kurang camtula bunyi dia cop passport)

Next ni mmg efficient (bab declaring apa barang korang bawa masuk) , kad declare tu dah sesiap flight attendance bagi masa dlm flight. Pesanan saya .. Sila declare semua bende korang bawak "foods..medicine.." Kalau tak sure.. Biar kosong.. Tanya dekat pegawai imig sana.

Kami nak bergerak ke  isle beg keluar tu utk nak pick up bag, tetibe kena sapa dgn sorang macik ni (pegawai imig šŸ˜…) dia tanya kad declare tu.. Dia baca-baca sket.. Tanya2 apa food yg di bawa.. Apa medicine yg di bawa. Tanya nak akan stay dimane.. Cara dia bertanya ni sgt friendly okeyh. Dia siap suggest ape tmpt best, siap pesan lain kali beli je beras kat aussie (murah katanya) hahahah.. Lepas tu dia cop semua declaration card tu. Kami kutip bag2 .. Dan terus boleh keluar dari imig area tanpa kena bukak beg pun.. Terkesima jugak le (sebab minda dah set nak kena bukak beg bagai dah)

Drama #2

Siap kumpul ahli rombongan mini (me + kakngah dan hajar) kat ruang arrival airport tullamarine. Memula macam blank.. Simcard? Call? Rental car.. Ahh semua sudah blurr.. šŸ™„šŸ™„

In summary.. sampai kat Melbourne airport hari tu mmg kelam kabut. Memula ingat nak cari simcard dulu and then call our prebooked car rental company "Apex Car Rental". Tapi rata-rata kaunter jual simcard macam mahal dan tak bukak lagi pun satu hal jugak.. huhuhu. Instruction dari Apex seperti berikut : -


After collecting your luggage, please phone our office on 1800 449 839 for a shuttle pickup, see bottom of the email confirmation for shuttle meeting point map. Virgin, Rex, Tiger and International flights Start from T3 and cross the first 2 crossings. Turn left towards flag poles. Look for Hotels and Off Airport Parking shuttles shelter.

Qantas, Jetstar Start from T1 and cross first 2 crossings. Turn right towards flag poles. Cross next pedestrian crossing look for Hotels and Off Airport Parking shuttles shelter

Bunyi macam senang .. call us.. nnt we will come and pick you up.. Hahaa.. tapi try imagine korang beramai-ramai.. kekanak bercemiuk.. beg bersimpang siur.. baby to handle.. And then come Hajar to the rescue.. Memula tanya soalan pada budak yg tolak2 trolley kat airport tuh (sian ko dik.. sape soh tolak trolley dekat2 kami).. tanya soalan kat mane sebenarnya tempat nak tunggu shuttle from car rental.. lepas dapat jawapan (wlpn pun tak berapa faham ntah di mana).. adik tu kena pow $$ credit phone dia oleh Hajar.. Hajar pinjam (errr.. minta ehsan) pakai phone adik tuh utk call Apex office. :P

Dah settle call, katanya sila tunggu kat tempat di janjikan tuh..

Drama #3

Fuuhh.. keluar daripada pintu airport.. blank nak kemana 2-3 minit.. hahahha. Dah berjaya jumpa tempat menunggu yang betul.. waaa.. ramai orang dah existing menunggu.

Sampai 1st shuttle.. orang2 putih tu naik.. Kami pun di khabarkan akan ada next shuttle.. So bersabarlah menunggu barang 5-7 minit.. Sampai je shuttle tuh.. baru nak usher budak2 dan tarik beg.. Come this 1 malay family (baru sampai situ).. terus je bukak pintu bas.. masukkan beg2 dia.. dah duduk.. Like what ?? Huwargh.. and we were told.. ada lagi bus lain.. kejap lagi sampai.. Perghhh..

Kesabaran pun dah mula di cucuk cucuk.. hahaha..

Come next shuttle pun tak settle isu gak sbbnya ada 4 family nak naik shuttle ada 2 aje yg sampai.. So penyelesaiannya drivers naik dulu.. settlekan registration kereta dulu, family members akan naik (sekali lagi NEXT shuttle bus). MDH berjaya naik one of the shuttle bus dan gerak..  Me & Hazim manage utk squeeze in dalam van yg ada family Farrah & Dman.. Mak & Abah plak decide utk tunggu dgn budak2 dan few other family member yati..

Sampai kat Apex Car Rental.. van pusing lagi utk ambil family members yg tertinggal. Nak lagi best.. Mak & Abah tak naik la plak.. sebab takut kot kot kami dah dapat kereta dan akan dtg ke airport. Yang kami pulak settle dapat kereta.. tunggu la kot kot derang datang ke office Apex.. aduiyaiii..

Maka dgn itu.. bermulalah perpecahan perjalanan semua orang.. hahahhaha..  Hajar & kak Ngah.. gerak sendiri.. Kami patah balik ke Airport dulu nak pick up semua orang.. Yati , Farrah.. all tatau dah pergi mana.. kekekekke.. Yang kami tahu.. target nak lunch dekat Nandos di Geelong. (First stop utk yang bergerak ke Great Ocean Road)

mane ? kiri ? kanan ? banyak lak tu flag poles.. hahahhaha.
Nampak muke muke kebingungan ini

waallaaaa.. ramainye yg dah already menunggu shuttle sampai , pastu siap ada orang hijack,
 sedap aje dia dan keluarga dia naik padahal kita dah tercongok depan tuh
yg hijack tu takde dlm gambo.. orang Malaysia okeyh.. warrrghhh !!!

Drama #4

Original destination : Melbourne Tullamarine Airport - Geelong Nandos (Nando's Waurn Ponds) via M1 highway (no toll)

Selepas terlepas satu simpang.. dan memaksa kami membuat pusingan U. Akhirnya kami berjaya membawa kereta ke destinasi di atas. Pemandangannya daripada pekan besar.. ke kawasan luar bandar.. (mcm takde orang aje sepanjang jalan) & suddenly ada pekan balik kat Geelong. Siap parking elok kat Waurn Pond shopping center .. rupa-rupanya Nandos tu dah 'Permanently closed' . Lalalala..

Sempat la baby Hazim meraung-raung kat baby room situ masa nak tukar pampers ... Beli simcard YES OPTUS $2 for me, hubby and Mak. Meregang2 kaki kejap lepas keluar balik utk cari Nandos lain utk makan tengahari.. :) . Tak ingat specific alamat Nandos yang kami terjah tuh.. tapi berbekal GPS.. search aje la Nandos terdekat since Nandos adalah halal :)




Simcard YES Optus - murah dah jimat $2 simcard, $2 for data per day
tak berapa ingat T&C nye.. tapi murahla.. siap boleh pakai balik lepas balik dari NZ

orang lapor sangat..  bila ayam sampai.. tak hingat dah nak amik gambo..
ngap ngap ngap.. burppp Alhamdulillah

Lepas makan.. sambung perjalanan ke The Great Ocean Road (GOR) melalui Colac / Princess Hwy  hahahhaa.. gile jauuuuhhh weh.. Masa kami bertolak tu dah nak dekat pukul 5 petang (waktu sana) . Colac nih I think macam pekan koboi or area penternakan lembu.. Sepanjang jalan tu.. mmg lembu semata.. lembu hitam, lembu baby..lembu comey.. lembu putih.. hahhaa. Sampai tak larat la dah nak tgk lembu.. Jalannya straight aje.. Ngantuk (dok belakang pun ngantuk.. apetah lagi orang yg drive.. huhu)

Destination set was :-

Geelong to Port Campbell Holiday Park, 30 Morris Street (our cabin for the night) via Princess hwy




Selepas perjalanan yang rasa macam tak berpenghujung.. akhirnya sampai juga ke tempat yang di cari.. tapi masa tu mmg dah maghrib .. 7++ pm..

Perjalanan menemukan kami dengan 12 apostles & Loch Ard Gorge before arriving at Port Campbell Holiday park.. Yey.. Sempat juga singgah dalam kesejukan petang (hujan renyai2) di Loch Ard Gorge. Alhamdulillah.. :)


Yey.. sampai..
First gambar di main attraction di GOR :)
sejjjuuukkkkkk.. 
MDH, kids and Abah turun ke bawah.. (tangganya berlingkor2).. baby Hazim, me & Mak tak sanggup turun.. hahahhaa..  Sejuk dan tak sesuai nak bawak baby turun..

mereka yang berjaya turun.. 


Abang & Geng

Finally , we arrived at Port Campbell Holiday Park.. letih ya amat.. ahahaha

Booking utk 2 cabin sleeps 4-5 kat PCHP aku yang buat.. Paid sesiap dah before datang lagi. 1 for us, 1 for kakngah dan hajar. Masa kami sampai nak ambil kunci.. Kakngah dan Hajar langsung tak nampak bayang.. Mano la diorang ntah. Nak contact pun tak boleh.. Diorang tak on whatsapp or online di mana-mana šŸ˜…. Kunci kami dah ambilkan, cuma pesan kat office pchp kalau my friend "hajar" sampai tell them keys kat kami dah.. Or kalau tak sampai2 . Minta tolong letak notis dan password nak masuk dpn pintu office (palang masuk holiday park tu pakai digital key okeyh.. Kena punch password baru di angkat palangnya .. Canggih betul)

Dapat kunci terus la check in.. Dah nak gelap gak baru kakngah dan hajar sampai nak ambik kunci..mane ntah diorang singgah (tak sempat nak tanya masa jumpa amik kunci tu). Nak discuss plan perjalanan esok pun pakai whatsapp aje, padahal cabin sebelah .. hahaha

Malam tu dinner maggie.. šŸ˜ Mak , abah pun semua belasah makan maggie je.. Esok nya je baru masak2 bawak bekal.. Beg kena punggah gak nak keluarkan baju tidur, kuarkan beras utk masak esok, lauk brahim segera. Cabin tu ada satu bilik, bunk bed + satu extra bed + sofa. 

Abang dah cop nak tido kat sofa, mak, abah, ika dan paan tido kat bunk bed + extra bed. Me dapat landing atas queen bed ngan hazim.. Tido nak ngempeng plak tu.. Aduiii.. Tetengah malam.. aku terbangun dek terasa kesejukan melampau.. Tertido tak berselimut.. (Hazim ok sbb die dah dibungkus2 berlayer layer).. Mak die la gigil2 tak boleh tido.. Kat luar bilik ada heater.. Dah on dah... Org yg tido kat bunk bed semua lena habis .. Warm kat belah situ.. Tapi dlm bilik mmg sejuk tak boleh tahan.  Aku terpaksa kejut encik Bull sebab dia tido dah hempap selimut.. bungkus buungkus kaki.. pakai stokin bagai baru leh tido. ZzzzZZz..

Nota : esok tu baru ku tahu rupanya katil ada heater (T_T) .. itu pun masa Hajar datang jengah nak discuss plan jalan balik ke kota Melbourne..Aku tgh nak lap lap Hazim nak tukar baju.. Hajar tanya "uiii.. sejuknye katil.. apesal tak bukak heater .. " sambil tangan dia mengetik suis di sisi katil..

(T_T)




Cabin #4 - can sleep 5-6 pax

Interior (ini google seach result) - TV tu dah canggih masa kami gi arituh.. dah LCD
Dalam bilik itu la aku kesejukkan gara2 tak ON kan heater katil (T_T)

Cabin Layout - beginla layout dalam cabin tuh kecuali bunks tu je instead of melintang, kaminya menegak kat dinding tuh
+ ada satu lagi additional bed (yg nak guna baru di buka di letakkan dalam bilik kami)

Next post laa.. panjang nau dah.. 

Mar 8, 2016

Photobook byasmasalleh

Oh lama tak update photobook di blog rupenya..

Photobook byasmasalleh masih lagi beroperasi atas permintaan. (Customer ramainye kengkawan rapat pun..) nak buat large scale mcm tak mampu.. So as and when ada org request .. Saya buat.. 😊

Konon-konon mcm hebat, saya juga membuka Instagram page dibawah nama "byasmasalleh" utk kumpulkan kerja-kerja photobook .. Hahaha followernya baru beberapa orang aje.. Lalalala..saje tanak flood instagram asma.salleh dgn kerja2 sambilan ni.. Muak plak org tengok nanti.. Cecewahh.. 

Insta byasmasalleh


Terkini ada buat travelogue series utk kak elin.. 3 buku terus 11x11 imagewrap.. Tak dapat tgk final product dpn mata sebab terus buat shipping address ke kak Elin.. 

the K.E.K Doha 2013 (1 out of 3 photobook)


Next projectnya utk Kak Faizah , wedding photobook (layflat 22 pages). Alkisahnya ada upah wedding photog tapi hasilnya mmg mengecewakan (ini kes2 pengantin punye muke hilang topi askarnya.. Gambar kejap terang.. Kejap blur dan mcm2 lagi..) Alhamdulillah manage utk pulihkan mana2 yg boleh.. Susun aturkan jadi sebuah cerita .. Dah siap.. Yey.. 

:) Sweet couple.. 

Layflat 

Dan yg terakhir sekali dah siap, travelogue series utk Hani dan Hire ke USA tahun 2013 dulu .. Dah siap dah.. Tapi tuannya bizi sungguh.. Tak mai mai ambik lagi.. Macik meh dtg meh amik.. 

Tiada yang terlambat.. mari buat photobook tahun apa-apa pun (asalkan ada gambo)

A summary page of the trip


Feb 23, 2016

Harapan masa kecil

Korang ada tak masa kecik-kecik dulu teringin sangat nak sesetengah benda.. Tapi maybe masa tu korang kecik lagi.. Takde duit sendiri.. Bende tu pun mcm susah nak jumpa.. Kalau kau pernah tgk sampai teringin nak ada pun sbb ko tengok kawan korang je yg ada.. Kalau tanya beli kat mane .. Nnt diorang jawab "mak kita belikan.. Masa die pergi Key El" (dulu-dulu pergi KL tu utk org kampung seperti aku ni .. Hebat sangat.. Hahahah)

Aku ada..  Aku nak sangat ada tools dan barang-barang yang best best utk melukis.. Dulu-dulu masa kecik-kecik kalau buyah ajak pergi kedai Pak Dol kat Timur (ini org Serkam aje tau kat mane nih) .. Paling paling buyah bagi beli kaler pensel luna yg size kecik tu.. Itu pun dah hebat sangat :) dah.. 

Makanya.. Jadila aku di hari ini yang kadang-kadang suke menebus sendiri keinginan masa lampau (now dah ada duit sendirikan.. 😜

Di dunia membeli belah tanpa sempadan ni mmg syiok.. Klik klik.. Klik bayar.. Tunggu je la pakcik pos sampai.. 

Tadaa.. Haa kau .. aku beli kaler sampai 80 pieces.. Ngalahkan pandai nau nak melukis.. Hahahha . Anak anak korang kalerla ye apa korang nak.. Mak saje nak lepaskan gian nak memiliki.. 😊

Bungkusan dari oversea - via Lazada dari China :)

Weeee.. it comes with a proper packaging , senang den nak simpan

Haa.. kaler kalerr.. jgn tak kaler.. 



Jan 18, 2016

Back to work 2016

#notamasalampau

28th September 2015-17th January 2016
(90 days maternity leave + 10 days 2015 annual leave 😁)

back to work.. happy ? No ? mixed feeling.. hahahaha.. Dah le hari pertama kena drive .. Day 1 dah kena mengadap jem pagi di Federal highway.. (T_T) . Set nak keluar rumah 630 am.. drive sampai traffic light sambil kepala menyemak checklist what to bring to office..


  • notebook - checked
  • staff id - checked (kang takleh masuk office plak)
  • MDH staff id - checked (back up golden pass leh masuk parking)
  • Bottles and icepack to store EBM - checked
  • Medela Freestyle pump -- ehh ?? alamakk.. semalam charge kat atas meja depan TV.. tak masuk beg pun masa nak kuar tadi.. Gullppp... ape lagi buat u-turn laaaaaaa.. balik rumah.. jerit kat Ika utk amikkan.. Huhuh.. there goes the precious 15 minutes.. makanya.. instead of boleh sampai 7 am at office.. jadilah sampai pukul 815 am..  

Alhamdulillah ada golden pass masuk parking (MDH nye passcard) dapat le parking.. Kalau tak, kena bayor berbelas $$ parking kat luar tuh..

Memula masuk.. lap meja berhabuk dulu.. :P Lepas tu on Outlook.. tadaaaaa.. beribu ko email.. delete delete .. campak tong sampah.. select all (yang tatau bila nak bace = 1506 emails) moved to folder khas .. As and when needed cari la sini nnt.. kalau tak moved on.. abaikan.. hahahaha


Welcome back party dijalanraya (T_T)

Insya Allah.. moga dipermudahkan urusan #breastfeeding journey buat Azfar Hazim.. Dah start kumpul EBM dari sebulan sebelum naik kerja.. Dapat around 70 pack of 3-4 oz susu telah dibekukan.. Menyambung warisan yg di pakai sejak zaman Ariff Farhan dulu.. peti ais dah siap2 upgrade bagi boleh menampung bekalan EBM, Medela FS yang dah banyak berjasa tuh.. mari kita gigih express EBM kat office.. 

I am aiming to atleast express 2x at office.. 1st Session 11 am, 2nd session 415 pm.. moga istiqomah

budak yg telah tertinggal pada mula.. huhuh

Day 1 Session 1 - about 10 oz

Sambil mengepam sambil belek gambo.. orang kata... boleh jadi milkbooster.. ahhahaha
ohh dah rinduu dgn si bimbommmm.. nomm bommmm





Jan 4, 2016

Back to School 2016

Post ini di tulis lewat (but better than never kan) ** ada terlebih byk mood nak merapu di suatu malam yg sepi..

So here comes another year of school .. Tahun yg mencabar sbb ada org nak periksa besar.. Maknye pun suspense sekali sbb hala tuju sekolah menengah nnt banyak dipengaruhi dengan keputusan UPSR dan PSRA akan dtg ni.. Moga dipermudahkan urusan .. Amin ya Rabb.

For the first time Abang berjawatan di sekolah kebangsaan.. Pengawas Pusat Sumber.  Itu pun after di beri sepatah dua kata oleh maknya mengenai "pengalaman".. "peluang".. Yada yada.. Kalau ikutkan abang apabila di tawarkan oleh cikgu .. Dia malas.. šŸ˜… erkk adoiii.. 

Kelas 6 Prima yang ceria..
terima kasih buat cikgu kelas yg sangat  berdedikasi

Ika masih disambung kontrak.. Heheheh.. Sejak darjah 4 dah menjawat jawatan pilihan hati.. Katanya dia mmg lebih suka menjadi pengawas pusat sumber drpd menjadi pengawas biasa.. Mak iyekan aje.. Asalkan bahagia .. 

Cik Nurul Atiqah
(yang tak mahu gambar mukanya di tempelkan di sini.. )

Abang Paan.. Now a senior di Little Caliph..walau pun size badan yg cumel persis anak 4-5 tahun.. Namun hatinya besar.. Lagaknya macam dah 10'tahun.. Kalau dengar leternya.. Lagila mcm dah 18 tahun.. Huhuhu.. 

Abang Paan & Baby Hazim
Balik sekolah terus berkepit duorang.. 

Hazim? Di sekolahkan juga tahun ni.. Mak dah nak kena kerja.. sekolah sama kakak Emboy kat rumah ye.. Belajar meniarap.. belajar merangkak.. Lots to learn utk Hazim tahun ni.. Chaiyok!






Dec 10, 2015

New Zealand aku datang - Newborn onboard


Newborn on board.. hola hola.. :P. 

Adalah di ceritakan dibawah pengalaman membawa baby di bawah umur 2 bulan travel jejauh. Harap dapat membantu :) sesiapa yang perlu. 

Tanggal 18 November 2015, Azfar Hazim (the baby) is only 51 days old.. Cuak sangat.. bolehkah ? mampukah ? tak apekah ? baby tahan ke ? flight lama ? cuaca sejuk ? banyak sangat persoalan-persoalan bermain di fikiran.


Passport

Azfar umur 27 hari waktu kami pergi buat passport dia :) dalam pantang lagi oii.. 

Utk mengelakkan orang ramai ketika buat passport pada hari Sabtu.. Kami keluar jam 8 pagi ke Mini UTC Keramat Mall (jauh tu dari rumah). Sampai-sampai around 8.40 am orang dah beratur melimpah keluar. hahahha.. Tapi ok la sebab depan MDH beratur.. ada kakak yg dah pergi ke Imig kat Shah Alam.. sampai 7.30 kat sane.. nombor pun dah abess.. lalalalala..  Ok lah.. by pukul 11 am camtu dah selesai passport for Azfar, dan renew passport for me, MDH, mak & abah. 

Tips ambil gambar passport baby - sila la pakaikan baju kaler gelap (boleh plak terlupe pagi tuh.. baju Azfar warna cerah (T_T). So kakak imig bagi kain shawl hitam bagi cover badan dia.. jenuh tuh.. nak pegang dia.. nak letak shawl lagi.. nak bagi nampak muke dia.. Dia plak.. sibuk nak jilat kain tu yg dok langgar langgar dagu dia.. 

Makanya.. dapatlah gambar passport seperti di atas.. hehehehe :P

Melepasi border Imigresen  / Kastam

Fuhh.. berpeluh-peluh. Dalam banyak-banyak agenda.. tang ini mmg drama sangat. Meraung-raung masa nak tunggu turn nak lepas imigration. Plus sidenya.. di panggil keluar barisan yang panjang itu dan masuk ke line special. Tapi tangisan tetap ada jugak.. hahahha. So kena bagi nenen while standing up ok. Sib baik pakai baju nursing yg sesuai.. fuhh fuhh.. 

Utk rekod : 

Masuk Melbourne - nangis - YES
Keluar Melbourne - nangis - YES
Masuk Christchurch - nangis - YES
Keluar Christchurch - nangis  - YES
Masuk Melbourne - nangis - YES

Sebab nangiss.. tak boleh berhenti jalan.. kalau jalan je ok. Bila kat Imig kan ke kena beratur.. tunggu turn lepas satu satu.. imig nak belek muke sorang2 kat passport compare muke betul la.. waahh mmg tragis betul.. hehehhehe. 


The long-haul flight (9 jam)

Sepanjang naik flight.. alhamdulillah.. Azfar takde banyak kerenah.. Good thing that our flight semuanya waktu malam, gelap.. dia pun tidur lena je atas tangan. Oh by the way.. saya tak ambil seat with basinet (not due to the cost - add RM149 utk hot seat + basinet) tapi sebab even dalam pantang pun baby memalam nak dok atas riba.. di dodoi-dodoi.. "ngempeng" lagi.. So why la tambah duit.. padahal dah tahu nnt die ngempeng gak ..  

Tapi sakit tangan tak payah cakap le.. 9 jam kot tatang atas tangan.. paling2 pun tukar tangan kanan ke kiri sambil tukar ngempeng side mane la kan.. Kejang.. kejung.. almost takleh nak bergerak dah rasa bahu.. huhuhu. 

Kesimpulannya... ok je bawa baby 1 month + naik flight lelama.. tapi mental si ibu kenalah gagah.. bersedialah utk memegangnya.. hehehhe. Plus point nye baby breastfeed.. So asal baby mcm nak nangis aje.. bagi je nenen kat dia.. hehehe.. Jenuh gak kalau bottle feed. Ada orang bagi tips.. nak elak baby sakit telinga masa flight naik dan turun tuh.. bg susu kan.. Nak praktikkan gak le.. sekali tu.. die dah sesiap tido aje most of the time.. So takde la episode melalak2 kat dalam flight tu. 

Pakaian dalam flight - pakaikan rompers 'sleep suit' tu . Senang nak buka kalau nak change nappy dan all-in terus dah tutup seluruh badan sampai kaki. Nak lagi senang cari yg tangan sleep suit tu terus ada built-in mitten (penutup tangan baby tu). Since suhu dalam flight macam dalam aircond biasa je kan.. Cuma tambah additional satu layer macam selimut or bedung (saya pakaikan yg bedung zip nih.. tutup kepala sekali)


sleep suit + bedung zip

Mengharungi suhu 12-16 darjah celcius

Pergh.. sejuknye (almaklumlah kite orang Malaysia nih.. dah biasa panas aje kan).. Tak tahan sejuk. Lagi tak tahan bila kena anginnya.. brr brrrr.. Makanya.. dengan anak kecik umur 50 hari tu.. banyak saya nih dok dalam kereta aje.. kekekekkee..  Sib baik ada PIL boleh pegangkan baby sat.. kalau nak kuar amik gambar ke kan.. So tips seterusnya.. anda perlukan rakan travel yang boleh membantu gilir2 pegang baby .. kekekekkee..

Perjalanan Melbourne - NZ pun banyak yg long distant.. so mmg dok dalam kete pun.. Sekali sekala turun amik gambo.. Sampai penginapan mmg cecepat masuk rumah.. on heater. Day 1 kat Port Campbell punye la letih sampai tak on heater katil.. grrrr.. gigil bangun tgh malam. (T_T). Baby ok je sbb dah layer melayerkan die sesiap.

Hasil carian before bertolak pasal pakaian baby utk suhu gitu.. Mostly kata.. layerkan seperti orang dewasa layerkan baju (heattech or longjohn + baju + sweater or jacket yg boleh kalis air or angin ke). Since baby takde jumpe langsung baju ala-ala heattech for baby.. Aku pakai baby begini :

Layer 1 - rompers lengan panjang + suar ketat 'tight' (pinjam dari yati rompers lengan panjang milik baby Irfan, beli baby tight RM7 selai online cari di Mudah.my)
Layer 2 - rompers sleep suit yg tebal sket (aku beli set of 3 sleepsuit for newborn kat Mothercare - huhh.. sib baik ada mothercare sale.. dpt le 70% less)
Layer 3 - sweater with hood + seluar fleece for baby (ni beli kat FOS -- murah aje seluar RM9 dapat 3, sweater RM15)

Lepas tuh.. ada bedung zip tu or selimut satu lagi for baby. Boleh bungkus bungkus kalau terlebih sejuk or angin...

nih dalam Masjid (indoor) - rompers&tights + sleepsuit + sweater&seluarfleece
selimut extra bile extra angin-angin

Amat sejuk.. keluar sekejap aje.. On the way balik dari Milford Sound.
Maximum bungkus
Nappy Change

Jangan lupa ada bag berdekatan (in your sling.. or in your backpack) sepersalinan baju & nappy barang 2-3 keping (lebih pun ok.. ikut la size beg kamu) .. dan baby wipes.  Budak kecik nih.. ngempeng banyak.. kencing pun banyak.. So mmg kena kerap tukarkan. Air sangat sejuk wokeyh kat public toilet nye.. So make do with whatever you have berdekatan. One time cuma ada paip air biasa saja (sejuk mencucuk tulang punye sejuk), baby plak buat project besar besaran .. huhuh.. So amik wipes basahkan.. pegi kat alat pengering tangan kat toilet tuh (sib baik ade).. suamkan wipes yg basah tu kat situ.. baru cuci cuci orang buat project besar-besaran tuh (ala kadar aje pun).

Masa balik plak dalam flight Mel-KL, spare daipers dah habis dalam beg (T_T). Dah tukar before naik flight ..konon efficient la kan. Sekali lagi budak kecik wat project besar-besaran (ini siap tembus tembus nih). Sib baik juga la duduk sebaris dengan rakan yang ada anak kecik jugak (yati). So dapatlah pinjam errrr.. minta sekeping ehsan dari yati. TQ acik yati for the daipers.. hihihi

Breastfeeding & Nursing

Melaburlah utk baju nursing yang bagus.. ahahhaha . Itu aje la pesanan saya. Ada banyak fesyen-fesyen skrang.. Mine ada selai dari zaman Farhan dulu (yg lain dah lusuh siap ada koyak .. kikikik). Dan beli 3 helai dari 'feedmilk'. Both yang lama dan yg baru beli nih jenis selak kat depan tanpa ada butang or zip or papelah. So takde la struggle nak bukak button.. tagline dia #selambaselak.. kkikik.

Things I regret adalah tak bawa pump (manual avent) dan a bottle. Reason being.. kalau tak, boleh express some ebm dan buat spare. While nak amik-amik gambo or nak wat activity boleh tinggal2kan dia lama-lama dengan orang lain. huhuhu.. paling lama dia kena tinggal masa mak dia pergi main Luge. Maknya happy happu 2x main luge.. mak & abah la tabah melayan Azfar yg dah meraung-raung kat bawah.. ngeeeee..  Rugi rugi tak bawa.. isk isk




Carrier or Stroller

Saat-saat terakhir dah kami decide not to bring stroller utk travel kali ni. Yes, wise decision sbb mmg takkan guna pun. Berbaloi baloi beli SSC Boba Air. :) Since baby masih kecik dan boba air takde infant insert, I have make do with rolling a blanket (or anything yg bersesuian) dan diy infant insert dalam boba tuh. Ini adalah step penting supaya baby kecik dapat support yg diperlukan while dia dok dalam tu wokeyh.

Credit - from google search & pinterest.
-Camnih cara nak letak diy baby insert tu ye.-  

Start guna masa jalan-jalan pekan Queenstown, kemudiannya kalau boleh dalam kereta pun nak pakai ssc aje.. hihihi. Mmg terbaik menggunakan baby carrier ssc nih sebab baby snug baik punye kat dalam tu dan tido lena, tangan ku bebas buat kerja-kerja lain seperti shopping, tolong pegang Paan yg happy sangat mama dapat hold hands ngan dia .. hihi, tak lenguh.. yahahahhaa. Turun naik tram , jalan Queens Victoria Market, windows shopping kat DFO (T_T).. jalan dari DFO ke hotel, beratur kat imig masa nak lepas kuar masuk negara .. yuupp.. I love boba air!!!!!!  hahahhaha. Jenuh kalau bawak stroller... hehehhe

Masa flight balik Mel-KL, beratur nak boarding masuk tuh, baby dok dalam boba dan tidur nyenyak.. So tak bukak pun boba wlpn dah duduk.. dapat mak dia tido masa awal-awal flight tuh. Masa pegi dia atas riba sepanjang masa.. tuh yg naik kebas tangan + nak tido pun tak berani sbb takot baby terlepas.. hihi.

Selfie cikit kat airport 

Jalan-jalan di Queenstown

Kenapa saya pilih boba air - sbb ia boleh disimpan sebegini :)



Ok .. cukup ke tips membawa bayi baru lahir berjalan jauh ye ? Hmp..


Dec 8, 2015

New Zealand aku datang! - Catatan perjalanan (ringkas)

Catatan perjalanan.


Alhamdulillah ... syukur Ya Allah kerana di berikan kesempatan masa , tenaga , kudrat dan kesempatan untuk menjejak kaki di bumi Kiwi. Subhanallah.. perjalanan di sana terasa bagai berjalan dalam lukisan-lukisan alam yang sangat indah Masya Allah.

Terima kasih di ucapkan buat fellow traveller Farrah & Dman, Yati & Pruzz, Mizy & Ida, Hajar & kak Ngah, Azrin & Isman , Zu & Din.. tanpa korang tak mungkin cita-cita nak pergi New Zealand nih tercapai. Juga buat MDH yang tabah mengikut kehendak bini dia yang nak gak pergi New Zealand wlpn macam hampir2 tergendala sebab ada rezeki Allah bagi the cute little bundle of joy tuan kecil 'Azfar Hazim' in end of September (^_^) .  Terima kasih Mak & Abah yang join our trip dan tolong tgk2kan budak2, tolong masak while me have to handle that cute little tuan Azfar Hazim most of the time.

credit to Mizy utk gamba ini - "some of fellow travellers.. "


Ringkasan di bawah adalah diedit utk bersesuaian dengan perjalanan saya sekeluarga berdasarkan daripada nota kakngah di fb.  :P .. Perlu letak before lupe.. Kakngah .. saya pinjam ye...


18.11.15. (Rabu)
KLIA2 - penerbangan Air Asia X 10.30mlm

19.11.15 (Khamis)
Melbourne Tullamarine Airport jam 9.20 pagi - pick up kereta sewa Apex Rental - singgah Geelong - Nandos halal for lunch - meneruskan perjalanan ke GOR melalui Colac / Princess Highway - Loch Arc - bermalam di Port Campbell Holiday Park - Jauh perjalanan 244km

20.11.15. (Jumaat)
Ke Melbourne Airport Tullamarine melalui jalan pantai ke Apollo Bay . Jauh perjalanan 98km. Singgah 12 apostles - picnic lunch bekal dan beli dihalal restorant Iluka Restaurant di Apollo Bay - Lorne beach - sempat juga beli buah-buahan segar strawberry dan cherry. Singgah solat di Masjid di Geelong - drop off car rent - Melbourne airport - Flight 12 am

21.11.15 (Sabtu)
Christchurch Airport 5 am- pick up kereta from Mr Cameron of Shoestring - beli makanan di Park&Save (ada kebab halal di situ)
Ke Geraldine (animal farm) terus ke Lake Tekapo -bermalam di Lake Tekapo Holiday Park
Jauh perjalanan 238 km

22.11.15 (Ahad)
Ke Lake Pukaki - Lake Ruataniwha (Twizel) terus ke Lake Wanaka. Puzzling World . Manage utk bergambar beramai2 (akhirnya) - Singgah di Cromwell mencari icecream , buah dah sayur-sayuran - Bermalam di Pinewood Lodge, Queenstown. Jauh perjalanan 253 km.

23.11.15 (Isnin)
Menaiki Gondola, luge dan the world highest clift jump shootover canyon swing (or bungy kalau berani) dan shop for souvenir (DF Souvenir) Queenstown.Masih bermalam di Pinewood Lodge, Queenstown.

24.11.15 (Selasa)
Ke Te Anau. Ke Glenorchy tempat pengambaran LOTR. Bermalam di Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park.
Makan fish and chips outdoor for dinner.

25.11.15 (Rabu)
Bergerak awal 6.30 am ke Milford Sound untuk Lake Cruise (kami pilih Jucy Cruise). Berpatah semula ke Te Anau (98.3 km).
Ke Dunedin sejauh 405 km.
Bermalam di Beach Lodge Motels.

26.11.15 (Khamis)
Jalan-jalan sekitar Dunedin. Cadburry tour, Dunedin Railway station , jalan2 depan Otago University, solat di Otago Mosque, lepak2 di Dunedin Botanic Garden. Skip banyak tempat2 menarik lain since perjalanan jauh2 dari pekan. Masih bermalam di Beach Lodge Motels.

27.11.15 (Jumaat)
Ke Christchurch. Singgah di Moraki Boulders dan bergambar di Elephant Rocks. Bermalam di  219 Johns motel and holiday park. Jauh perjalanan 450 km.


New Zealand aku datang!










4 adults , 3 kids & 1 newborn
8+3 hours long-haul flight
2 country
thousands of miles
7 accommodations
12 days

.... New Zealand aku datang akhirnya... :)



more here - http://sikulat.blogspot.my/search/label/Melbourne-NZ







Dec 7, 2015

28 September 2015



Ų§Ł„ْŲ­َŁ…ْŲÆُ للَّهِ Ų±َŲØِّ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ§Ł„َŁ…ِيْن

Lahirnya putera kami yg ke-3 pada tarikh 28 September 2015 yang lepas. Dalam pantang tempohari.. ada macam-macam bende rasa nak share and blog on.. tapi jadi angan-angan semata-mata.. kekekke.. Tulah bertangguh .. (T_T) ..

Azfar Hazim | Hospital Pantai KL | 2.95kg | 6.41pm

Labor room @ 6.01pm - sempat lagi balas2 whatsapp bgtau i'am now at labor room :P

jeng jeng.. hello world.. 

pops out @ 6.41pm.. mama dah laluk kena pethidin + laughing gas

Now 4'A'- Amirul, Atiqah , Ariff & Azfar

Ų§Ł„ْŲ­َŁ…ْŲÆُ للَّهِ Ų±َŲØِّ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ§Ł„َŁ…ِيْن



Sep 9, 2015

G5P3 - Week 37

New building and setup for specialist clinics @ PMC Bangsar - hanya ada ruang menunggu , satu kaunter for nurse dan terus bilik consultancy with the doctors. Dulu2 lain.. setiap sorang ada clinic beso.. :)

Progress pewut membesar dengan jayanye sejak 2-3 minggu nih.. suddenly sume orang dah nampak ai em pregnant.. heho.. Dah nak bersalin dah pun.. Jalan pun dah senget benget.. berat.. kena take 1-2 dan tarik napas panjang dari bangun ke berdiri.. dari berjalan nak ke duduk.. dari baring nak ke bangun.. heh heh..

Alhamdulillah CO. masih sudi nak tanggung kos lawatan ke specialist. Tapi 'q' nak dapatkan specialist mak aii.. 2 bulan kot kena booking in advance. Kali nih.. saya memilih Dr Idora utk bersalin. Anak-anak sebelum ni semuanya di sambut Dato' Dr Nor Ashikin. Meh le kite cuba gynae lain plak.  Faktor utama dalam pemilihan hospital dan gynae.. Hospital Pantai Bangsar (sbb puas hati dengan servicenye sejak zaman duduk kat Cheras.. sampai le dok Shah Alam pun nak pegi spital ni gak).. lepas tu nak gynae nye perempuan dan muslim (if possible) .

Set appointment nak jumpa Dr Idora ni dah di buat before Ramadhan lagi (June). Kalau ikut kelayakan dah boleh nak jumpa specialist dari Week 27 lagi (7 bulan iaitu di bulan July'15), tapi sbb doktor nak cuti raya.. appointment date pun penuh.. Paling cepat dapat start jumpa is @ Week 33 (August 11th) . Ok la kan.. asalkan boleh masuk.. hehehhe

Dr Idora nih.. lembut orangnya.. sangat details waktu scan baby semua tuh.. ( i like!) siap kira berapa jari kaki.. berapa jari tangan.. dengar heartbeat baby dengan penuh minat.. (suke suke). Walaupun jenuh & berpeluh tunggu turn nak jumpe dia.. tapi bile dapat setengah jam die belek2 kite.. explain itu ini.. rasa berbaloi-baloi menunggunya..

Previous pregnancy takde 3D ke 4D scanner ntah ape namenye.. so agak jakunla juga first time dapat gambar scan siap leh nampak kembung2 pipi baby dalam pewut.. hihihi.. Dulu2 nampak itam putih.. bentuk2 badan aje.. ini siap ada tangan dok tutup muke..

Scanner berdimensi.. 3d ke 4d aa ? Pipi kembung kelihatan.. bambamss.. :)


Menurut Dr Idora (as of check up pada hari Isnin 7 September 2015), baby dah turun dah.. tapi belum bawah sangat lagi.. Kalau tak bersalin lagi.. jumpe dia 2 minggu lagi.. Cuak jugak sbb 3 kelahiran sebelum nih semuanya induce.. berlenggang kangkung pegi spital.. tak sakit tak ada tanda .. Yang ini macam mana ye ? Huhh.. Moga di permudahkan urusan.. amin Ya Rabb.

Dah bersedia ke nih ? Gulp..