[1]
Dalam kala aku hampir nak menutupkan mata malam tadi. Suddenly , Amirul bercakap.. “Mama.. nak tu..tu nama dia ape?" Aku pun celikkan mata.. tgk muke amirul.. dalam samar-samar gelap bilik.. ((initially bawak abang & adik naik atas untuk tidor awal.. sudahnya.. aku yang tenggelam timbul tertido dengan adik)). “yang tuh … yang hitam dekat dinding tu.. nama dia ape?” aku toleh arah yang ditunjukkan oleh Amirul ((hati agak berdebar tiba-tiba)) “yang mana ?” aku tanya balik..“Yang tu.. yang dekat dinding tu.. yang hitam.. dia nak balik rumah ke ma?” makin konpius aku dengan soalan budak sorang nih. “Dia ada kaki ke ma? Pakai kasut ?” Aku toleh lagi sekali hala tangan Amirul menunjuk. ((tada apa-apa pun..)) “ Mama tak nampak pun.. kat mana abang ?” Dia diam.. aku pun diam.. tak lama lepas tuh.. dia tanya lagi.. “ yang warna hitam tuh nama dia apa ma ?” ..aku pun bantai la teka.. agaknye dia tunjuk dekat railing langsir kot..((sbb railing tuh pakai kayu.. warne coklat gelap..dan aku pun cakap balik.)). “divider tu ke abang ? atas langsir tuh ?” Bila pk pk balik.. mana la plak logiknye railing tuh ada kaki.. nak balik rumah.. hermp.. Aku tgk si adik mmg dah nyenyak betul baru aku bangun & duduk.. “Kejap ye abang.. mama tak nampaklah yang warna hitam yang abang nampak tuh.. mama ambil cermin mata kejap ok..” habis penjuru dinding aku tgk2.. dan it’s there… seekor kupu-kupu kecil berwarna hitam ada kat ceruk dinding bilik. Isk isk…. Ingatkan apalaa.. cuak jugak .. yelah kan orang kata budak2 nih nampak bende-bende yang kita tak nampak.. rupanye aku tak pakai spek jek yang tak nampak.. ((hahahahahah))
[2]
Bila bangun pagi tadi.. aku perlu kejutkan Amirul utk pergi ‘school’. Dah berapa hari dia skip kelas, dan kami biarkan sebab tuk & pah masih ada dirumah. Dan pagi tadi.. aku nekad gak nak kejut , mandi dan hantar ke sekolah. ((Melihatkan keresahan & mendengar tangis dia setiap kali hantar school.. hati ibu manalah yang tak sedih. Kalau ikutkan naluri aku.. aku nak saje hantar dia ke school yang sama dengan Atiqah.. tapi.. mungkin aku kena cuba dulu.. Atiqah namanya sudah dalam list que.. mungkin aku perlu sabar)). Aku bangun kan dia.. mandikan.. Alhamdulillah.. tak banyak pula ragam dia pagi nih.. Pakai baju, amik beg, masuk kereta semua ok. Sampai dekat office .. dia tak mahu keluar dari kereta. Di rapatkan diri dia ke sebelah seat pessengger kanan belakang kereta ((aku kuar belah kiri.. aduhla.. kerata belakang dah drop penumpang.. berlari-lari aku nak keluarkan si mamat tuh dari side satu lagi)). Apa lagi.. meraungla dia bila kena paksa keluar kereta. Berjaya di umpan dengan coklat cadburinn. ((Cadbury)). Dia diam. Melangkah hala ke ‘school’ aku dah budget dah.. mesti nangis lagi la lepas nih.. Tapi dia diam aje.. kagum pula bila dia yang tarik aku masuk dalam kelas, letak beg, amik botol dan… terus lambai “BYE, mama.. “ Aku plak yang terkedu.. bila si mamat tuh.. rileks jek bye bye. Aku melangkah keluar.. dan bila aku toleh balik.. dia dah jalan hala MakDah ((cikgu baru dia)). Tak menangis ? Tak meraung lagi ? Even tade muke sedih sekelumit pun..AMAZING!!
[3]
MARAH. BENGANG. SEDIH. Aku baca paper 2-3 hari nih.. tersangatlah meluap rasa marah aku pada mereka-mereka yang memperlakukan anak-anak kecil nih. Rogol budak kecik, kidnap anak orang.. paling aku rasa MARAH & BENGANG terkini BUNUH ANAK sendiri, bakar dan buang merata-rata. Masya Allah. Apa nak jadi dengan dunia nih.. Ya Allah, semoga aku dilindungi daripada dugaan-dugaan yang menakutkan nih.
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
-
✨ *6 kelebihan simpan emas secara ansuran* ✨
Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai *“Easy Payment
Purchase” ( EPP)*
Apa kelebihan...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment