Siku|atLlife.. Hello.. :)

..Life's journey is what we choose it to be..

Go confidently in the direction of your dreams.

Live the life you've imagined.

In the eyes of a child...

there is joy, there is laughter... there is hope, there is trust, a chance to shape the future...

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Still under construction.. :P

Will update the slider later later la ek.. maleh nak pk.. muahhahah.

Aug 13, 2019

India Trip - Jaipur The Pink City

India Day 2 | Jaipur The Pink City

Pink City gelaran di beri dek kerana outstanding color scheme pada almost semua binaan sejarahnya. Di Jaipur old city, fort yg di bina sejak beratus tahun lamanya.. semunya kemerah-merahan. Boleh jadi juga, di sebabkan ramainya permaisuri permaisuri raja (beratus-ratus isteri bagi seorang Raja, menurut sejarah.. lagi banyak jumlah isteri.. lagi kaya dan hebat raja pada masa tu). Maybe.. sebab tu pink pink kaler bangunannya. (ini kes tak berapa dengar apa guide cakap masa tgh tour, lagi sibuk menangkap gambar.. kejar anak daripada mendengar sejarah) .

Our day begins at 8am (kot). Menyusuri tengah-tengah bandar lama Jaipur (Old City) lalu di Hawa Mahal (mahal = istana) yg mempunyai  953 tingkap kecil (satu isteri satu tingkap). Kami tak masuk pun Hawa Mahal.. sekadar turun ambil gambar di tepi jalan je.. hihihi. Kemudian cepat-cepat naik bas dan terus kan perjalanan ke Amber Fort. (ke Amir Fort.. ntah sampai skrang confuse which is which).


Hawa Mahal dan 953 tetingkapnya

Cepat cepat ambil gambar dan lari naik bas 

Anda ada 2 option nak naik ke Amber Fort , naik gajah or naik jeep. Kami pilih naik jeep memandangkan jumlah pax & lebih kos efisen. Dan bersedialah untuk bertabah.. dan jaga pinggangmu. Dia punye perjalanan menyusuri lembah-lembah rumah, bangunan, jalan sempit nak naik atas tuh.. mak aiiii.. tergeliat pinggang. hihihihih. Satu lorong je.. turun dan naik jeep. Gagah betul diorang nih..


before naik jeep ~Amber Fort nun di atas bukit sana. 

Jeep menyusuri laluan sempit naik ke Amber Fort ~ selagi boleh muat šŸ˜‚~
View from top of Amber Fort - mudah mengawal dari serangan musuh (nampak semua tempat.)
Sheesh Mahal 'Hall of mirror' at Amber Fort. 

Inside Amber Fort tu.. ada multiple lagi mahal (istana) yg ada.. each of mahal ada sejarahnya.. interestingnya adalah architecturenya mirip islamic architecture.. Kalau ikut guide tu explain.. since raja-raja ni dulu banyak isteri.. so each isteri memerlukan ruang privacy masing-masing. Tu yg dalam tu ada banyak istana yg sama, tapi lain-lain untuk bagi keadilan to each isteri.  Macam tu la lebih kurang pemahamannya. 

Summer palace di kejauhan

Masjid utk solat


Turun dari Amber Fort kami singgah bergambar dari kejauhan 'Summer Palace' (istana ni dalam air, katanya di waktu summer, raja & isteri2 turun ke istana nih sebab sejuk di kelilingi air),  seterusnya makan tghari di kedai halal (update : MM Khan Hotel Restaurant)  & solat. Mudah nak cari tempat makan  di Jaipur  (hasil carian ketua-ketua kabilah sebelum berangkat datang ke sini ) dan instruct je driver coach utk pergi ke sana ke mari. 😃



Pedas rempah.. budak2 takleh nak makan pedasnya.. hohoho

Usai menjamu selera dan solat, kami meneruskan penjelajahan  di Jaipur. Kali ni kembali ke tengah bandar Jaipur.  Uncle guide ajak melawat 'Jantar Mantar' . So ikut ajelah. Ada monumen2 yang dibuat dahulu kala & berkaitan dengan ilmu2 astronomi. Masa, bulan dan bintang, musim... anak-anak yang besar2 boleh la appreciate. Tgk2.. yang kekecik dah lotih jalan seharian.. nak duduk je kalau boleh. 
Jantar Mantar in Jaipur - Unesco World Heritage Site
nak duduk duduk je.. penat la uncle guide ajak dengar dia bercerita pasal sejarah šŸ˜›

Keluar dari Jantar Mantar, jalan kaki ke  'The City Palace' . Kata uncle guide for the day, krabat  diraja masih lagi ada sehingga ke hari ini. Kerabat di raja tinggal di bahagian tertutup dari orang awam, sebahagian saja kompleks istana di buka utk orang awam (muzium di raja). Please be reminded not to take any picture di dalam museum. (chief the mission kami kena denda sbb si anak 'ter'snap gambar dalam kawasan museum'). Gambar termahal kata chief. šŸ˜†. 

The City Palace
Ibu-ibu di City Palace

Penat dah jalan seharian, kami pulang ke hotel utk istirehat. Dinner, kami keluar secara berjemaah dengan coach jugak. Minta uncle driver hantarkan ke 'Restoran Hotel Muhammadi Palace'. Makanan mmg superbs.. tapi pedas.. tapi murah.. ahahhaha. Ground floor restoran nih, punya la sesak dgn Uber Eats punya driver.. kalau tersalah langkah (macam En Dzul), termasuk dlm diorang tgh berlari lari order dan bawak keluar masuk makanan order.. alamatnya terpaksa mengikut arus..  Orang semua keluar restoran ke kanan.. tetiba En Dzul hilang.. rupenye terpaksa redah Uber Eats driver.. sebelum berjaya belok ke kanan.
menggiurkan.. balik siap order tapau.


Uber eats driver yg rakus.. berlari tu semua tu..  

Selesai makan.. kita pulang dan tidoorrrrr..  Selesai hari kedua di India. 







India Trip - e Visa application

Aku tak tahu pun sebenarnya pergi India kena pakai Visa.. lepas tu mahal lak tu Visa dia.. muahhahahha. Dah ko beli ticket.. makanya takkan la ko tak apply visa plak . šŸ˜‚

Website Indian Visa Online https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html#

Nak di pendekkan cerita.. korang ikutilah cara-caranya seperti yang telah di karang oleh Wanderlust dj karang. Terima kasih.. terima kasih. 😘

http://wanderlustdj.blogspot.com/2018/09/cara-membuat-e-visa-untuk-ke-india.html

Seperti mana aku dan rakan-rakan telah lakukan. Ikut je step-step itu.. hihihi. Penuh rasa cuak kot-kot kena reject.. tak pasal2 burn duit bayar visa ( tak le takde refund). Sila study sungguh-sungguh ye.. sebab borangnya panjang la jugak.. lepas tu ko kena repeat setiap sorang .. kena 6x nak kena buat jenuh la jugak. Dah le terexperience salah beli tarikh ticket Delhi-Srinagar tu masih terkesan dijiwa.. satu baris tu aku baca sepuluh kali .. before klik next. hohohho.

Alhamdulillah.. semuanya lepas.

Sila print & bawa ke hulur ke hilir.. 


Kos seorang RM353 sorang. Takde harga adult , child ye.. semua pukul rata . kekekekke.
(kos ini adalah kos pada December 2018, kalau ada perubahan sila nak rujuk yg terkini di websitenya ye) 



India Trip - Golden Triangle



India Golden Triangle
(First leg of the our India trip)

India's golden triangle is a tourist circuit which connects the national capital Delhi, Agra and Jaipur. The Golden Triangle is so called because of the triangular shape formed by the locations of New Delhi, Agra and Rajasthan on a map.


Image result for india golden triangle mapOur trip starts in Rajasthan (old city and fort) , moving east to Agra (Taj Mahal), and Delhi (to catch our flight to Srinagar.

ok yg dibawah nih adalah copy paste from wikipedia :) 

 It is normally possible to do the trip by coach or private journey through most tour operators. The Golden Triangle is now a well traveled route providing a good spectrum of the country's different landscapes. The circuit is about 720 km by road. Each leg is about 4 to 6 hours of drive.


We engaged with SAMI WORLD TRAVELS untuk rental of private transportation for 16 pax ~ Jaipur - Agra - Delhi (15  - 20 Dec) . Kos for my family of 6 pax kurang dari RM1k. Driver tu cakap je nak pegi mana utk 5 hari tu.. dia akan bawakkan. Pick up di Airport Jaipur sehinggalah drop us at Airport New Delhi. 

Perkhidmatan dari Sami Worlds Travels mmg terbaik. Recommended. Boleh la contact kalau nak guna perkhidmatan tour , car rental di sana.

Namun anda perlu bersedia pagi-pagi akan ada guide (free complimentary katanya tapi dia still expect korang utk bagi tips .. hihihi). Since kami pergi secara berjemaah, tips pun kitorang bagi secara berjemaah. Kena pakat-pakai kumpul duit tips.. bagi sekaligus. Kalau korang nak buat degil tanak, boleh juga cakap elok2. Apa pun nego la ye.

Nota Penting :- sediakan duit for tips. Di India.. anything yg dibuat, semuanya ada tips.. hatta bukakkan korang pintu bilik air.. maka.. sediakan la duit kecik.. Kalau korang rasa tak nak bagi tips.. boleh.. tapi korang nntkan kerna ikut sampai korang hulur gak tips.. (wlpn ko tak minta pun dia tolong).

India Trip - Dari KL hendak ke Jaipur

Namaste

India trip ni adalah trip last minute decide nak follow. Since dah last minit.. boleh agakla kan, flight tickets semua dah mahal.. har har hal hal.. Nak tambah lagi jadi lebih mahal bile boleh pulak tersalah purchase tarikh plak tix Delhi-Srinagar.. (mmg haru). Mujur Air India bagi full refund dengan syarat purchase ticket tarikh yang betul dengan Air India juga. Ada proof of dah beli ticket baru, baru dpt refund. Fuhhh

Yang bestnya trip to India ni, ala ala private trip (private transportation, private driver, tapi without orang tgh.. semua direct deal with orang local di sana). Thanks to ketua-ketua  kabilah (Farrah - walaupun akhirnya terpaksa divert jalan jalan ke Busan, Korea), Yati (yg secara automatic terlantik chief of mission), Azrin (selaku ahli tetap) yang menerima participant last minute ini. Tanpa korang, maybe takkan berjaya ku jejak kaki ke bumi India. Much love !!!!

Selain dari kos flight yg 'ter'paksa mahal, kos-kos lain seperti penginapan & private coaster, pakej ground di Kashmir yg superb. Semuanya adalah terbaik. Jika anda tanya saya, perlukah guide di India.. i would say.. amikle wehhhh.. Kurang banyak pening kepala.. diorang tolong dealkan. Kalau korang tgk citer hindustan.. diorang cakap omputih kan.. sebenarnya tak sangat pun bila dekat sana. Tak ramai yg nak cakap omputih dengan korang, pusing pening kalau kena nego sendiri. hihihi. Lagi lagi korang berjalan beranak pinak cam kitorang.

6 pax punya bagasi 11hari bermusafir 

p/s: tetiba mood rajin nak update blog.. so marila kita.. (sementara memori masih boleh di recall). 

Day 1 - Arrived at Jaipur

International flight - KUL - Jaipur (15 Dec 2018 , 10pm KL arrived 10pm Jaipur) India (-) 2 hours.. so sebenarnya sampai Jaipur tu dah pukul 12 malam Msia. Ini pengalaman pertama Ajim naik kapalterbang. Dia excited tengok kapal terbang dekat dekat, tapi memula nak suruh langkah masuk dlm kapal.. dia tanak sebab "ajim nak tengok je.. ajim tanak masuk" (adeehhhh). Mujur bila dah masuk & duduk.. dia senyum je. Kalau dia buat aksi guling2 nak turun.. parah la jugak..


Sib baik ok bila dah duduk. 

Almost sampai.. lots of light.. hihihii

Sampai di Airport Jaipur... lengang.. sangat lengang. Tapi proses nak melepasi imigrationnya aduhaii lama sangat sbb nak kena scan sepuluh jari jemari (semua orang ok, termasuk anak-anak). Orang tak ramai.. tapi sbb tak detect la.. jari peluh-peluh laa.. jenuh. Tiada gambar di Airport.. kang kena tangkap plak.. tak pasal2 je.. hihihih. Settle semua orang melepasi imigration officer.. pungut2 bag.. terus ke arrival area. Keluar-keluar pintu je.. terus bersambut dek driver personalise kami..

Pintu airport terbukak.. makkk aiiiii.. sejuk tak hingat. Bajet bajet.. sejuk.. tapi takde la bajet sejuk ya amat. ahhahaha.. December adalah winter di India.. Jaipur di malam hari around 8-9 degree. Brrrrrrrr... mmg sejuk. Cepat2 melangkah keluar pintu airport, naik bas yg dah menanti.. Cukup korum.. zassss.. ke penginapan pertama kami. Hotel H R Palace.

Check in H R Palace , Jaipur
Satu pesanan while menginap di India.. sila beli air mineral untuk semua urusan minum , masak memasak sbb air paip diorang macam ada kapur or keladak or ntah tatau la apa. Bila check in hotel tu, order je air mineral sesiap hantar bilik ye. Nak minum, nak buat air.. even nak masak maggie ke.. sila guna air yg mineral yg di botolkan. Kalau korang try masak air paip , korang akan nampak ada keladak warna putih2 pada kettle nnt. Takleh nak telan nnt.. ahahhaha.

Group picture ahli jemaah trip India (Jaipur - Agra - Kashmir - Delhi) dpn Hotel H R Palace. (16/12/18)
15 December - 25 December 2018

Nota kaki : Harapnya kisah ini.. tidak kandas separuh jalan seperti yg lain-lain.. har har har..

Jan 29, 2019

Salji

Ok anak-anak.. mama dah berjaya bawak korang pergi main salji. 
Yeyyy.. ((mama pun first time tgk salji))

Oct 20, 2017

OMG

OMG nak hujung tahun dah.. and krik krik.. blog tak terusik

OK ,
Nah gambar nak balik rumah selepas operasi berenang2 bebas di bilik selama 2 hari 1 malam.


#cissnampakdabelchinmak #budakbudakdahbesopanjang

Feb 16, 2017

Tahniah Kakak Nurul Atiqah

Tahun lepas tiada laman web atau SMS boleh digunakan utk check result UPKK Abang. Mama balik office, awak yang bergossip beriye-riye.. "Mama , kawan ika kata Abang dapat 8A"

Reaksi Abang.. hmpp.. Takde expression... kekekkeek.
Gembira ke ? Teruja ke ?
Sampai kena suruh nak tgk slip result, baru korek-korek beg cari mana slip.
Iyela kan.. ntah betul ntah tidak gossip si adik manis tuh :)

Alhamdulillah.. Tahun nih reaksi yang berbeza... Tahniah Kakak!
Dia punya cerita tentang debaran menunggu result UPKK sejak 11 am - 530 pm (empunya diri di sekolah, terus sampai petang sbb ada aktiviti KOKO) .. Fuhh mama dengar pun dah macam keretapi laju ... Takde noktah ceritanya..

"Saya dengar Ilyana dah tahu result dia, mak dia mesej kat Cikgu Salwati, lepas tu ada si polan pun dah tahu.. lepas tuh.. lepas tu.. lepas tuh.. Lepas tu saya balik.. lepas tu saya klik link mama kasik tu, saya macam tak percaya.. lepas tu .. lepas tuh.. "

hohohoh.

Hari yang riang buat si Kakak.. Tapi jangan lupa ada lagi 2 exam besar utk awak :P


Moga momentum di teruskan utk UPSR & PSRA 2017 ! Chaiyok!


Jan 20, 2017

Ariff Farhan vs Rotavirus

Week in a Life | 2017
2-8 January

Kesinambungan cerita Sekolah, Sekolah & Hospital


January 5
Mak urgent leave.. monitor dua orang budak sakit

January 6
Bapak urgent leave .. take turn monitor dua budak sakit

January 7 

Hari Sabtu. 

Adehh.. mmg tak boleh jadi dah nih. Paan still continue to throwing up everything yang dia consumed. Ubat toksah cakap lah..air .. makanan ..ape saja.. huhuhu. Lepas Asar, paknya kata.. jom kita pergi hospital. Before ke hospital, kena dapatkan refer letter nak minta GL dulu.  So bergegas ke Klinik Araa berdekatan rumah. Doktor pun tak banyak soal, dia pun setuju, kena drip air nih. Ciri - ciri dehydrated mmg makin obvious. Alarming. 

Destinasi pertama, kami ke DEMC (sebab utamanya adalah , paling hampir dengan rumah. Apa apa nanti nak ulang alik hospital - rumah , MUDAH. 

Adeehh.. letih nak story pasal DEMC nih, with refer letter tuh, kami Q dia emergency lane. Tunggu punya tunggu.. Sampai lah giliran. Itu pun dah satu jam masa berlalu. Masuk-masuk bilik Doktor tuh, doktor tu tgk sikit.. Dia pun setuju anak nih perlu di hospitalised. "TAPI.. sekejap ye Mak, saya pergi cek ada bilik tak"

Credit to the attending doctor - sbb segera bingkas bangun pergi cek bilik - TAKDE KOSONG.
Terus suruh Mak decide Hospital lain . SEGERA.

Dah buang masa 1 jam kat situ. Mak dan pak terus aje vrooomm kereta ke Hospital Pantai KL. So far tak pernah mengecewakan dalam memberikan treatment segera. Walaupun nun jauh dari rumah .

Di HPKL, Alhamdulillah.. semuanya mudah dan segera di uruskan. Menunggu sekejap dlm 2-3 minit selepas pendaftaran di kaunter Emergency. Terus Paan di panggil masuk, boleh menunggu Doktor access di dalam wad temporary di Emergency treatment. Assessment pun mudah, Doctor yg datang ke katil, di belek.. di colek.. di tanya itu ini.Terus process utk di admit ke ward. Sementara menunggu bilik dan katil wad, Paan dah start di drip air. Alhamdulillah.. Lega perasaan Mak. 

Lega terus dapat baring di ER

Good boy, takde drama-drama masa nak pasang drip. 

Maka bermulalah kehidupan Mak , Pak dan Paan di hospital selama 5 hari nan indah.. kah kah kah. 

Day 1-2-3 macam ni lah dia..Makan tak berapa nak, minum kena paksa. Mengharapkan drip yg berbotol2 tu aje lah. Alhamdulillah, muntah dah takde, just cherry berry masih continue

Bilik Isolation - Lepas confirm Rotavirus, terus bilik kena marked gini. ISOLATE dari budak budak lain. Highly contagious.

Day 4 - dah ada selera.. tapi selera dia mahal okeyh..Sushi nyamm nyammm

Off dari kena drip, getting better. Dah boleh jalan-jalan dalam bilik.. Tgk permandangan (Jem kat bawah nun) & view office Mama  di seberang jalan sana nun..

Jalan-jalan ala ala tourist. Heho

Cehh..bila dah sihat .. Terus tukar gaya ronggeng atas katil orang sakit.

One for the album - Penghuni C528 utk 5 hari. 

Discharge YEY..Finally

Ajim windu sangat kat Abang.. dok terkepot kepot aje kat sebelah Abam yg dah 5 hari tak ketemuan. 


Diagnosis - Rotavirus

Sekian. 


Jan 19, 2017

Sekolah, Sekolah dan Hospital (Part 2)

Week in a Life | 2017
2-8 January

January 4

4.15am
Makpak terus bongkah bangun....habis hujung katil dah lencun.. Tak tengok lagi part atas lantai..Adusss. Paan dah ulang balik masuk toilet.. Muntah ada..cherry berry jugak. Tatau berapa round dah dia muntah & tercirit.. Seluar dah berganti..pun kena lagi.

5.30am
Akhirnya Paan dia terlelap dalam berselimut gara-gara.. suar takde. :P Mak malas nak turun cari seluar kat bilik bawah. Ada Atok & Pah datang bermalam, semangat nak ikut sama menghantar Abang masuk asrama pagi nanti. Nanti kalau Mak pergi ketuk pintu nak ambil seluar Paan, harus Atuk & Pah join bersengkang mata pulak nnt.

645 am
Sebagaimana di rancang.. yang nak bertolak ke asrama harus memulakan perjalanan. Bismillah.. bertolak lah Mak, Pak, Atuk, Opah dan Abang ke Labu Negeri Sembilan. Bajet-bajet sampai awal, singgah RNR bersarapan dalam perjalanan nanti.

Jangka perjalanan 50 minit..  masih awal pagi. Kereta pun masih sikit di jalan raya. Berhenti rehat di R&R Seremban seperti di rancang. Kelibat mak bapak lain dengan anak seragam sekolah menengah merata-rata. Agaknya semua serupa idea..moh sarapan dulu sebelum register. Pendaftaran sbp seragam tarikhnya 4hb Januari..berteka-teka sendiri agak-agak ada tak antara anak-anak berseragam ni bakal meneman Abang di sekolah nanti.
Jom swafoto Abang 

Berdedai dedai orang singgah sarapan sebelum pergi register

8.30 am
Selamat memparkir kereta di perkarangan sekolah. Huh... mak rasa nostalgia sangat (sbb hantar anak masuk sekolah mak tinggalkan 20 tahun yg lalu). Walaupun tentativenya pendaftaran bermula 9 pagi seperti dalam surat. Tapi kaunter-kaunter di jaga pelajar-pelajar senior telah pun di buka dan boleh mula memproses. Proses pendaftaran di bahagi-bahagi dalam beberapa section. Kaunter semakan, kaunter Rumah Sukan, kaunter Bayaran Koperasi, Kaunter bayaran Asrama semua berasingan. Membenarkan ibubapa penjaga mudah bergerak tanpa perlu beratur panjang. (Boleh juga skip kaunter, pergi yang mana kosong). Bijak sistem ini. Berpeluh-peluh juga mengeluarkan wang pendaftaran.

10.00 am
Selesai urusan di dewan, kami boleh pilih hendak ke Koperasi (mengambil barang-barang yg telah di bayar tadi) atau boleh terus ke asrama. Kami pilih pergi cop katil dulu la.. hhehehhe.. Mak pak & Abang terus di serbu (boleh kata serbu gak le..  sbb dalam 4-5 orang nak tolong angkat barang pergi asrama). Okeh adik .. sila lah bawakkan barang nih (ecewaaahh.. mak perasan masih muda).
Beratur di Koop

Locker inspection - sampai awal boleh pilih-pilih

Bilik Rumah Umar 

Dorm mengikut rumah Sukan. Form 1, Form 2 dan 2 abang MPP akan duduk dalam satu bilik. Cadar semua seragam ikut warna rumah Sukan. Loker sorang satu, besi & sangat luas (ini comparison kepada zaman mak dulu yg cuma dapat loker kayu 1/3 size loker si anak nih).  Masa Mak , Pak dan Abang sampai bilik, abang MPP tengah menyapu sampah. Comel-comel dan sopan aje orang nya. First impression mak & bapak.. "nampak harmless" . Moga mmg begitula sifat azali nya walaupun nnt penjaga dah balik.

Aihh senang sekarang, pakai pasang siap aje.. tak aci nih

Loker yang besarnya weh.. 

11.30 am
Ada taklimat daripada pentadbir sekolah. Yada yada.. sesi soal jawab. Done.

Mengenang masa depan ke ape kah  ? 

Since masih boleh bawa anak keluar sehingga pukul 6pm. Kami keluar balik, terus decide nak pergi ke rumah PakSu di Bangi Avenue sambil singgah beli sandal utk Abang , kidnap senaskah tafsir dari rumah Paksu, makan tengahari, jahit badge di baju sekolah Abang (ada satu badge aje pun dapat beli.. jadi la.. asal ada). Sempat juga buat kunci pendua utk loker di asrama (satu bg abang simpan spare, satu letak dlm kereta makpak, satu tinggal rumah Paksu - dahsyat tak planningnya.. heheh)

Duplicate kunci in progress

5.50pm
Abang yang dah siap mandi di rumah Pak Su, turun kereta terus berlari naik asrama. Nak tukar baju melayu (Abang MPP dah pesan tadi, pukul 630pm dah kena siap nak makan malam & lepas tu ke Surau).

Hmpp... bye bye Abang (nampak ke dia berlari naik tangga tu ? )

Ganbatte!

Uiihh.. semangat. Takde toleh toleh belakang pun. So mmg takde la episode anak teriak , mak teriak. Mak terkebil-kebil ada la..  Bye bye Abang . Moga sukses selalu (Doa mak dalam hati)

by 7pm
Sampai di rumah.

Tengok Paan melembik. Tengok Ajim pun sama merengek-rengek. Sorang muntah & cherry berry.. Sorang deman & cherry berry. Lepas solat... terus bawa keduanya pergi klinik.

Orang sakit 1

Orang sakit 2