India Day 5 -
Taj Mahal
|
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha |
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi India lah lagi kan š.
So #kamisudah
#1 - Better ada seorang yg fasih berbahasa ibunda di sana (biasala pagi2 dah ada siap2 ada abang guide naik bas), urusan beli tix semua dia buatkan (wlpn ada kaunter khas tourist) .. tapi abang tu skipped je terus tepi tingkat, pot pet pot pet.. dia dapat dah ticket utk 16 orang tourist nih.. jenuh gak kalau nak kena beratur dan beli sendiri.. Unless korang berdua je ke.. adventures.. boleh je redah la. hiihihi. By the way.. korang akan di terjah dengan puluhan manusia offer diri jadi guide, jadi photographer, pakej itu ini .. so bersedialah. Nego baik-baik kalau nak guna.. kalau tak korang kena tipu je nnt. hohoho. Kitorang punya guide sbb dah dtg dgn bas.. so tips dia kitorang bagi sekali je sampai dia nak turun bas (secara berjemaah).
|
Kaunter beli ticket (abang guide kitorang yg pakai baju sweater hitam /blueish shirt yg menempek tepi tingkat kaunter tu) |
#2 - Sila pergi pagi-pagi sbb bukan tourist luar ramai, tourist local pun lagiiiii ramaiii. Mmg sesak. Bila sampai pagi-pagi, kaunter masih kurang manusia, matahari belum terik , fresh air yg lebih better dari tghari (sedap je menghirup udara haze) ahahhaha.. Okeyh Agra mmg berjerebu.. terasa amat sakit tekak & jerebunya sesampai kat Agra.
|
pepandai la adjust amik gamba ye. š |
|
Pelawat |
#3 - Pilih Gate masuk yg ok. Ada beberapa gate (tapi seriusly tak ingat la masuk gate mana ntah - sangat tak membantu kan ? ) Main follow je abang guide tuh. Tapi dari tempat beli ticket, nak sampai ke Gate adalah 1km kot.. kitorang malas nak jalan.. Amik je khidmat naik buggy. Zerrrrrtttt sampai depan pintu masuk.
|
Source - https://www.aroundtheworldl.com/taj-mahal/ Ini gambar orang lain - ini lane nak melepasi security check Luckily masa kitorang dtg.. line takde la se havoc diorang dalam gambar ni. Line so much shorter ada dlm 5-10 orang je kot kat dpn.
|
#4 - Sila light travel, beg kecik & jangan ada memacam barang ko bawak. Ada satu pintu kawalan ketat, macam nak melepasi imigration kaedahnya. Yg akan check dan punggah barang2 dari bag korang. Tak boleh bawak air masuk selain daripada air yg di beli dkt kaunter ticket. Kena lalu mesin pengimbas bagai .. fuhh mmg dahsyat. Barisan lelaki & perempuan berpisah. So be ready utk gather balik bila dah lepas (sbb orang ramai) ada possibility lost contact.. hohoho. Ada list of do & don't di sana , boleh refer di website
official . Antara barang yg di pesan tak boleh lagi, tripod, camera pun katanya tak boleh, kena guna official photographer (ada passes) kat sana. Kitorang hire la jugak (again secara berjemaah supaya dapat harga paling bagus). Kami amik pakej paling cikai je.. 20 keping gambar kot siap print dan CD. tak ingat la jugak harga.. (again tak membantu).
#5 - Photos - pepandaila adjust supaya tak nampak lautan manusia semua tu ye.. ahhahaha. Photographer profesional diorang tu.. ganas.. kalau spot ko berdiri tu tempat dia nak amik gambar customer dia.. Dia halaunya korang nnt. We found this spot.. just nice background (wlpn masih leh nampak manusia yg ramai di belakang).
#6 - Kami bayar sekali boleh masuk dalam masjid. So kami melepak atas masjid marble putih tu dekat sejam la jugak. Duduk-duduk, amik gambar (side atas marble tu tak seramai manusia dibawah, maybe sbb kena bayar extra).
#7 - Ada 4 menara mengelilingi main structure Taj Mahal. Tengah2 main structure ada makam Shah Jahan & Mumtaz. 4 menara tu dibina dengan sengaja condong ke luar (menjauhi main structure) supaya jika runtuh tidak akan runtuh ke main structure / tomb. Actual kubur mmg ada di bahagian bawah Taj Mahal (sama seperti orang Islam lain) . Pelawat boleh tgk structure makam je di dalam main building atas tu yg je. Kalau dari jauh kita lihat besar gila Taj Mahal, sebenarnya kecik je dalam tuh.. boleh buat satu pusingan tgk je (orang ramai kan, pusing pun kena terus je bergerak. tak boleh berhenti2 or ambil gambar pun). Di antara 4 menara dan main structure tu je yg mmg luas sangat.. boleh la ambil2 gambar. Baring2 kat atas marble tu pun boleh. Orang tak ramai sangat. Taj Mahal di tutup setiap jumaat utk make way solat jumaat.
|
Kena berdiri di specific spot (ada tanda) utk dapat tgk all 4 menara sekaligus dari Gate. |
|
Tak kena spot tak nampak. hihihi |
|
Marble putih dan khat |
|
Garden antara gate & main building |
|
drama drama bersama anak kecik |
|
gigih ambil gambar |
|
Group picture (walaupun banyak drama dalam gambar tu) |
|
selipar khas |
|
Us š |
Selepas drama - drama tanak berjalan dan lain-lain. Kami meninggalkan Taj Mahal menjelang tengahari. Mau 2-3 jam jugak duduk dalam tuh. Kami keluar ikut gate lain , yang mana perlu melalui deretan kedai-kedai dan penjual souvenir yg amatla ramai. Sampai takut nak beli souvenir dan sampai balik Msia tak beli souvernir.. š
isk isk.
Before bertolak meninggalkan Agra dan terus ke Delhi. Kami bertemu dengan owner Sami World di kedai karpet milik Aidil (owner). Menyelesaikan baki pembayaran & tumpang solat sekali. Baik ownernya.. recommended sangat kalau nak pegi sana & engage with company nih. Terbaik.
Another 4 jam seterusnya.. perjalanan di teruskan utk penginapan seterusnya before flight pagi esok Delhi-Srinagar. Our next penginapan ni mmg dekat dgn airport, check in & terus booked dgn lobi utk pepagi esok nak airport transfer. Hotelnya.. bebtul di tepi main road. Turun bas kelam kabut (sbb asyik kena hon hon).. hahahaha. Nak babai2 uncle driver & pembantu bas tu pun carca marba. Tu last stop dia attend kitorang, next day kena arrange taxi / airport transfer sendiri2.
|
Delhi traffic. |
|
Last picture dlm bas sewa Sami World Travels |
Penginapan malam ke 5 - Hotel WTI Airport .
Errrrr.. kalau korang berjaya cari hotel lain.. silakan. Hotel ni agak kotor, bilik nya kecik, boleh masuk bau kedai sebelah goreng masak2. hahahhahaa.. Mujur ala ala transit buat bagi boleh tido je... yg mudahnya. Keluar pintu hotel, terus ada kedai runcit. Nak beli biskut, air ke.. mudah ya amat.